Pagi tadi rasa agak down dengan khabar berita tentang peserta-peserta bantuan kemanusiaan GSF yang telah diculik oleh pengganas Isra3l di perairan Gaza. Nampak sangat Isra3l tu takut orang luar tengok kebenaran tentang jenayah perang yang tentera rejim tu dah buat di G4za. Sebab tu dieorang seboleh-bolehnya tak nak orang luar sampai ke sana. Dan-dan tu jugak la terjumpa 'bukti' dokumentasi yg GSF ni ada kaitan dengan H4m4s. Tebusan dieorang kemain lama lagi cari tak jumpa-jumpa, tapi 'bukti' macam ni senang-senang pulak jumpa bawah runtuhan bangunan katanya. Propa betul. Huh.

Jadi pagi-pagi lagi aku dah keluar brisk walk sebab aku rasa kalau aku duduk diam je mesti la darah aku akan naik makin tinggi lagi. Selepas brisk walk sejauh 5.3km kemudian dengan pace 12" (laju untuk aku sebab tengah marah kan? 😜) dan 8 ribu langkah terkumpul, baru rasa lega sikit.

Cuba teka kat mana aku brisk walk ni?



Anyway, esok aku akan travel lagi dengan geng KAMIE pulak. Kemanakah? Jeng... jeng.. jeng... Nanti dah balik Insha Allah aku update kat blog ye.

Take care korang.

Teruskan berdoa untuk keselamatan peserta bantuan kemanusiaan GSF & rakyat 🇵🇸 🤲🏻.

12 comments:

  1. apsal bila pandang pokok tinggi2 tu macam terbayang FRIM.

    Semoga Allah pecahkan tembok syaitonnirrojimmmm tu. Sakitkan hati bila tengok rakaman live para peserta GSF

    ReplyDelete
    Replies
    1. FRIM jauh sangat pulak nak redah ke sana huhu. Ni dekat Taman Tasik Titiwangsa Ammi.

      Ameen3x! Hasbunallahu wa ni'mal wakeel 🤲🏻

      Delete
  2. terus dapat lari laju...
    eh macam bestnya tempat berlarian nie..
    semoga Israeeellll tu cepat2 lah hilang dari mukabumi nie, selalu terbayang kalau ada sniper yang tembak setanyahoo tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geram sangat Linda. Sakit hati sangat tu yg jalan laju2 huhu.
      Klu dia kena temb*k rasa macam tak adil pulak. Nak tengok dia merengkok dalam penjara macam dia buat dekat Saddam Hussein dulu. Tak pun Allah turunkan azab dekat dia biar hilang nikmat dia di dunia ni. Dekat akhirat tentu2lah dia kena humban dalam neraka jahannam.

      Delete
  3. Sediiih sangat saya baca stories ttg sukarelawan Malaysia yg diculik dengan Israhell ini 😭😭😭. Semoga mereka semua bisa kembali dengan selamat.... Memang buat mood down sangat baca beritanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang sakit hati sangat baca berita pagi tadi Fanny. Dasar penjenayah perang dan pengganas tentera Zio tu!

      Delete
  4. حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيل
    Selamat bercuti sis.... Enjoy!

    ReplyDelete
  5. Di Tasik Titiwangsa ke?
    Ya Allah tak tenang rasa apabila dengar berita.

    ReplyDelete
  6. mcm dkt FRIM...slamat bercuti..kita tau dh kt mana sbb dh nmpk posting geng yg pergi update td hehe

    ReplyDelete
  7. sy tak faham betul...dgn ubat dan makanan pun diorg dah takut... mmg dasar bangsa pengecut!

    kat area taman dpn rumah ke tu?

    ReplyDelete
  8. Macam alam bunian je...? Eh? hahahaha

    ReplyDelete
  9. waaa carneyz fly again ker? enjoyyyyy tak sbr nak baca ur entries nanti

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .