KL Lockdown Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Notis penutupan pusat bandar KL sempena sidang kemuncak ASEAN ke-47

Bermula dari semalam sampai Selasa depan, pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya dan penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bagi laluan konvoi rasmi. Langkah ini dibuat bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sidang kemuncak ASEAN ke-47 yang akan diadakan di Kuala Lumpur tahun ni.

Orang awam dinasihati merancang perjalanan lebih awal, menggunakan pengangkutan awam untuk memasuki Kuala Lumpur dan memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan trafik demi kelancaran serta keselamatan bersama. Pihak berkuasa juga meminta orang awam untuk tidak memasuki pusat bandar tanpa urusan penting semasa tempoh penutupan jalan.

Untuk maklumat dan penjelasan terperinci, boleh lawati laman web ecentral.my .

Nota kaki: Bila baca lockdown ni teringat pulak zaman PKP dulu. Nak masuk ofis, kena ada surat dari HR. Apapun, semoga mesyuarat ASEAN ni membuahkan hasil yang positif untuk kelangsungan ekonomi Malaysia.

12 comments:

  1. setakad pagi Jumaat ni laluan suami dan anak kak ana ke pejabat depa masih okay, lengang juga hiway Plus mungki sebab cuti sekolah dan ramai dah WFH, tapi Ahad, Isnin dan Selasa ni actual event memang PLUS akan terjejas sebelah pagi dan petang. Semoga di permudahkan urusan semua pengguna yang keluar mencar rezeki di tengah kotaraya, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA. Pagi tadi terbaca semalam MRT pun sesak sebab ada billboard jatuh atas landasan jadi perkhidmatan tergendala. Kesian pulak dgn org2 yg nak balik ke rumah - nak driving tak boleh, naik MRT pulak ada problem huhu

      Delete
  2. 2 hari ni memang jammed luarbiasa..semalam kita x sihat suami amik, jammed sampai Nilai...lepas Nilai baru OK....Isnin dan Selasa SA WFH

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK la tu SA dapat WFH. Kawan2 yg kerja di KLCC pun semua dapat WFH jugak. Mana yang tak dapat WFH tu yg kesian

      Delete
  3. kami duduk ampang la yg paling terkesan.. semua jalan kiri kanan byk yg ditutup huhuu :D

    ReplyDelete
  4. Memang boleh trap la dalam tu time lockdown ni tapi tu lah kena rancang perjalanan kita. Nasib baik hubby tak kerja dalam KL. Idak terbabit sama. Dulu masa kerja kat Jalan Raja Laut, asal hari merdeka mesti jalan tutup sebab sepanjang Jalan Raja Laut tu diletakkan kerusi untuk penonton. Memang nak kena rancang perjalanan la time tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya semua agensi kerajaan yg ada pejabat dalam KL kena WFH Isnin-Selasa depan. Oo dulu sis Ezna kerja kat Jalan Raja Laut ye? Sama la kita sebelum saya tukar kerja di KLCC 😅 Dulu ofis saya dekat Menara Tradewinds. Skrg dah takde dah bangunan tu.

      Delete
  5. sy blk nnt naik kat mrt ampang park. so sy nk tgk jln kat situ sunyi mcm pkp dulu😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak sesepi masa PKP tapi nampak highway belakang rumah ni tak jem macam selalu

      Delete
  6. Banyak jalan tutup... Sekolah² pun ada yg terlibat. WFH & PDPR la mcm PKP dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tu la. Dah macam masa PKP dulu. Nasib baik sekolah anak2 luar dari pusat bandar walaupun dalam KL jugak 😄

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .