Jalan-Jalan Kuching (Part 3)

Bersambung dari sini:

Hujung minggu kiteorang di kampung, sepupu aku ajak keluar berjalan-jalan lagi di Kuching. Aku pun macam orang mengantuk disorong bantal, terus bagitau dia, "OK! Tapi aku taknak pergi shopping mall, aku nak jalan-jalan macam pelancong luar."

Ahaks. Demand betul sepupu dia ni kan? 😜 Tapi sepupu aku tu sporting je, jadi dia pun bawak kiteorang keluar jalan-jalan macam pelancong.

Destinasi #8: Mita Cake House @ Satok

Pit stop pertama ialah di Mita Cake House untuk membeli butter cake Mita yang terkenal ni. Percayalah, yang beratur ramai-ramai ni kebanyakannya pelancong dari luar Sarawak. Kek Mita ni dah jadi benda wajib bawak balik sebagai ole-ole dari Kuching atau untuk makan sendiri di rumah. Dari luar kedai lagi dah semerbak bau butter cake, apa lagi bila dah melangkah masuk ke dalam kedai. Bagusnya dekat sini siap ada khidmat bungkus kek ni dalam kotak (kena bayar RM4 untuk servis ni). Setiap kotak boleh muat 8 biji butter cake. Sebiji kek ni berharga RM17.50. Kalau beli di airport harganya dalam RM24 kalau tak silap. Jadi baik la beli di Mita Cake House ni je.


Mita Cake House @ Satok
Beli ole-ole butter cake dari Mita Cake House ✅

Destinasi ke #9: CHÁS Cafe & Workshop

Alang-alang dah di Carpenter Street, kiteorang singgah dulu di CHÁS Cafe & Workshop sebab sepupu aku tak makan lagi. Nampaknya kafe ni baru je dibukak. Menu highlight di sini ialah roti sourdough dan pizza yang dibuat dari sourdough. Harga makanan di sini standard kafe hipster di KL.


CHÁS Cafe & Workshop
Suasana dalam kafe yang nampak elegan dan classy

CHÁS Cafe & Workshop
Beef pepperoni pizza, crĂšme brĂ»lĂ©e dan iced chocolate

Destinasi ke #10: Carpenter Street

Memandangkan aku request nak jalan-jalan macam pelancong di negeri sendiri, jadi sepupu aku bawak la ke salah satu lokasi yang menjadi tarikan pelancong sebagai kawasan yang kaya dengan sejarah di Kuching iaitu Carpenter Street. 

Jalan Carpenter di Kuching, Sarawak, ialah jalan bersejarah yang terkenal dengan bangunannya yang berusia lebih berabad-abad, kedai tradisional Cina dan tokong Cina. Kalau nak bandingkan vibe di sini dengan lokasi di Semenanjung Malaysia, aku terus teringat Jonker Street dekat Melaka. Haa.. lebih kurang gitu la.

Antara tempat-tempat menarik di Carpenter Street dan berhampiran dengan jalan ni ialah:


Kuching Sarawak
Sepanjang Carpenter Street

Carpenter Street
Hiang Thian Siang Ti Temple yang diasaskan oleh pendatang China satu ketika dulu, kini termasuk dalam Old Kuching Heritage Trail. Pada musim perayaan, tokong ni meriah dengan perarakan keagamaan masyarakat Cina di Kuching

Carpenter Street
Satu lagi tokong yang kaya dengan senibina budaya dari China

Kuching
Tokong tertua di Kuching iaitu Tua Pek Kong Temple, juga sebahagian dari Old Kuching Heritage Trail

Street cat rescue program
The Wheelhouse - sebuah hostel yang menjalankan program perlindungan kucing jalanan. Kiteorang singgah membeli barang yang dijual dengan harga murah sebagai tanda sokongan terhadap program ni

kraftangan Sarawak
Kalau ke sini, jangan lupa singgah di Juliana Native Handwork, sebuah kedai menjual seni kraftangan Sarawak terutama kraftangan manik Iban

Destinasi ke #11: Kek Lapis Mama Su

Lepas bersiar-siar di Carpenter Street, kiteorang singgah di Pullman Hotel Kuching untuk tumpang solat di surau hotel. Lepas solat Maghrib, kiteorang sambung jalan-jalan lagi, kali ni nak cari kedai kek lapis pulak.

Nak cari kek lapis yang cantik dan sedap, korang boleh singgah di Kek Lapis Mama Su. Harga kek di sini pun agak berpatutan. Aku beli 3 potong kek - kek lapis India, kek belacan dan kek lapis berperisa kopi. Dekat sini korang boleh cuba dulu kek lapis sebelum beli.

Kalau tak silap, Kek Lapis Mama Su ni ada bukak cawangan di Bangi, Selangor. Senang la nak cari kek lapis Sarawak kat sini kalau teringin atau nak buat open house raya lagi (bila la agaknya tu? đŸ€­).


Kek Lapis Mama Su
Kek Lapis Mama Su

Kek Lapis Sarawak
Antara kek lapis yang dijual di sini. Kek ATM, PDRM dan kek lapis pisang tu cantik kan coraknya, sesuai dihidang di hari raya

Destinasi ke #12: Waterfront Kuching

Walaupun dah singgah di Waterfront Kuching pada hari kedua kiteorang di sini, tapi kali ni kiteorang pergi waktu malam pulak. Suasana di Waterfront Kuching ni sangat la cantik dengan limpahan cahaya lampu berwarna-warni, uolls! Tapi memandangkan anak-anak dah kepenatan, jadi kiteorang tak stay untuk menonton pertunjukan air muzikal di sini. Insha Allah, lain kali!

Next, sepupu aku ajak makan malam di kampung seberang sungai. Kiteorang naik kereta sebab nak tunggu perahu tambang macam lama pulak. Dalam perjalanan, ternampak gereja St Peter's yang baru. Dari jauh nampak macam gereja di England. Kebetulan malam tu ada perarakan Krismas, sebab tu agaknya nampak meriah dengan cahaya.


waterfront
Suasana Kuching sebelah malam

Destinasi ke #13: My Village Barok

Sebelum pulang ke Samarahan, kiteorang singgah makan malam di My Village Barok. Sepupu aku kata sambal belacan yang dimakan dengan linut di sini sedap jadi aku pun tertarik nak cuba. Restoran berkonsepkan tradisional Sarawak ni terletak di seberang sungai dari Kuching Waterfront, iaitu di Kampung Boyan. Restoran ni antara restoran favourite orang Semenanjung jugak bila ke sini.


Kampong Boyan
My Village Barok

linut
Dari atas, lawan arah jam: Mee kolok kosong, udang butter, midin belacan, nasi ayam ketok, linut dan sambal belacan dan es pisang

Aku setuju dengan sepupu aku - sambal belacan linut tu memang legit sedap! Tapi favourite aku dekat sini ialah midin belacan. Sepupu aku pulak pesan nasi ayam ketok. Verdict? Boleh ulang lagi, dan lain kali nak cuba manok pansoh pulak sebab bila baca Google review ramai orang kata sedap.

Alhamdulillah, seronok jugak merasa jadi tourist di negeri sendiri đŸ€­. Banyak lagi tempat menarik di Kuching dan harapnya lain kali boleh explore tempat baru pulak.

9 comments:

  1. Bestnyaaa....JJCM....suami SA x pernah ke Sarawak lagi...nanti nak bawak dia la..selepas buulan 7 insyaallah...sekarang sibuk dengan kerja...dapat jalan- jalan yang terdekat aje dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la SA refer sini untuk plan trip ke Kuching dengan suami tahun depan 😃

      Delete
  2. best nya jalan2 Kuching. belum berkesempatan nak jejak Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau Cie nak ke Kuching boleh rujuk tempat2 menarik di blog saya 😉

      Delete
  3. Linut tu macam kenyal2 ke Carneyz? Kalau ada peluang nak try linut tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, susah nak describe rasa linut tu sis Ezna. Nak kata kenyal tak jugak hehe.

      Delete
  4. Thanks for sharing Carneyz nanti boleh refer kalau ke Kuching lagi.

    ReplyDelete
  5. terliur kek butter tu laaa...bestnya if i dpt repeat cuti2 kuching...been there many2 years ago

    ReplyDelete
  6. Bole la simpan itinerary sis ni kot ada rezeki ke sana. Semua menarik đŸ‘đŸ»

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .