Cuti-cuti Balik Kampung!

Insha Allah esok kiteorang akan balik kampung seminggu menghabiskan cuti tahunan Suami Terchenta 🤭. Walaupun sekolah dah tak buat aktiviti pembelajaran lagi, aku tetap buat surat tak hadir ke sekolah memaklumkan guru kelas yang kiteorang bercuti balik kampung untuk direkodkan dalam rekod kehadiran pelajar. Kadang-kadang kesian dengan cikgu kelas kena tagih alasan tak hadir dalam group whatsapp sebab segelintir mak ayah senyap je tak maklumkan ketidakhadiran anak-anak ke sekolah. Sepatutnya mak ayah kena cakna dengan peraturan sekolah iaitu kalau anak-anak tak dapat hadir ke sekolah, kena buat surat atau serahkan MC kalau anak tak sihat. Bukannya senyap gitu je.

Eh, terbebel pulak kat sini 😝.

Sambung cerita balik kampung. Sebelum balik ke rumah mertua di kampung, kiteorang nak staycation semalam di Kuching sebab Khayla dah lama teringin nak melawat Borneo Cultures Museum. Masa kiteorang pergi ke muzium ni tahun 2023, kiteorang tak sempat melawat pameran di tingkat 4 dan 5 gara-gara kesuntukan masa. Jadi kalau korang ada kesempatan ke muzium ni, aku sarankan korang rancang masa sehari suntuk di muzium ni.

Dan tentulah kalau di Kuching wajib la singgah JJCM (jalan-jalan cari makan)! Dah berangan-angan nak breakfast mi sapi Haji Salleh di Sepinang Sari, malamnya pulak makan seafood di Topspot dan esok pagi sebelum gerak ke kampung, singgah makan laksa Sarawak di Mom's Laksa!


Tripit
Itinerari staycation di Kuching dalam aplikasi TripIt

Kakmim, kat mana lagi tempat makan yang boleh selitkan dalam itinerari ni? Cer share sekejap 😄. Kalau sempat dan ada kelapangan, boleh la berjumpa jugak (tapi kalau tak dapat pun, aku faham sebab hari bekerja kan).

Nota kaki: Harap-harap ofis Suami Terchenta tak buat meeting mengejut, menangis tak berlagu pulak nanti sebab tiket dan hotel semua dah dibayar 🥹.

Post a Comment

36 Comments

  1. waaa bestnya balik kg sambil bercuti! menarik la itinerary dlm apps gitu! enjoy and have fun yer carneyz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, sebelum balik kampung cuti2 kat kuching dulu sbb once dah sampai kampung mmg susah nak kemana-mana sebab takde kereta kat kampung.

      Delete
  2. Pergh…balik kampung pun ada itinerari details gini.
    Kalau ada peluang, akak pun nak ke Kuching lagi. Masih banyak tempat menarik yang tak sempat pergi haritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada itinerari kak Ujie sbb husband byk benda nak fikir takut dia lupa 😜

      Delete
  3. Selamat bercuti
    Blik kampung
    Seronokkk kqn dpt cuti di kg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ciknor. Seronok jarang2 dpt balik kampung.

      Delete
  4. Wah..... urm... kek lapis sarawak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg org tak pandang kek lapis. Org cari kek mita 🤭

      Delete
  5. sronok tu blk kampung + staycation + jjcm...selamat bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sbb bukan selalu dapat balik ke kampung suami ni 🤭

      Delete
  6. selamat bercuti.. betul tu, sebab masih hari persekolahan, so buat la surat siap2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ikutkan nak tunggu cuti sekolah tapi suami kena cover ramai staff cuti hujung tahun + Krismas jadi dia ambik cuti awal bulan sebelum cuti sekolah. Lagi pun tiket flight pun tak berapa mahal kalau balik hari biasa. Masuk cuti sekolah je terus naik harga tiket flight huhu

      Delete
  7. Betul sangat tu ada je parents tak sekolahkan anak. Cie jenis buat surat jugak kalau ada urusan. Tak hadir pun mesti bersebab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tak boleh nak pontengkan anak sesuka hati. Dah la ponteng, tak bagi alasan pulak tu 😬

      Delete
  8. Replies
    1. TQ Eyma. Dah selamat sampai ke kampung suami 🤗

      Delete
  9. Seronoknya baik kampung. Have fun dan enjoy semuanya di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok kak. Peluang yang jarang2 dpt sebab suami sibuk bekerja dan jarang2 dapat ambik cuti hihi.

      Delete
  10. Okeh..x sabar menanti cerita Sepinang Sari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ringkas je ceritanya nanti SA hehe. Insha Allah akan update dalam masa terdekat. Ni update guna iPad susah sikit nak edit gambar.

      Delete
  11. Selamat balik kampung sis ...
    Seronoknya!
    Siap dgn itinerary tu 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sis 🤗 Alhamdulillah dapat jugak convince suami ambik cuti balik kampung hihi

      Delete
  12. Impian saya bisa keliling Malaysia, datang ke semua states nya 😂. Sebab keliling Indonesia memang tak mungkin , saking besarnya dan mahal. 🤣

    Tapi di antara states di Malaysia, memang Sabah Sarawak jadi top list saya nomor 1 👍👍👍. Betul2 nak fokus kesana lah. Tp memang harus ambil durasi lama, sebab jauh2 kan lokasinya. Belum lagi Labuhan itu masuk dalam state juga? Atau dia under Sabah atau Sarawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tapi saya sarankan pergi ke bandar2 besar je sebab tempat2 lain tu tarikannya mungkin 1-2 je. Kalau di Sarawak, boleh singgah di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Di tempat lain tu mungkin boleh singgah jalan2 sehari contohnya kalau nak ke Mukah boleh menginap di Bintulu dan sewa kereta jalan2 di kawasan Mukah/Matu/Daro/Dalat.

      Delete
  13. Bila tek ktk balit? boleh try mee kolok laila inn juak... tp cabaran menunggu dh mcm hj salleh juak laaa... mom laksa di jalan hj taha ya boleh tahan juak, mcm² ada... mun cun timing kita jumpa k... salar mee tarik best juak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kmk org dah smp di kampung Jun tok 😅 mun dah di kampung susah sikit mok ke Kuching nun sbb Jun gik gago masuk meeting walaupun tengah bercuti 🥲.

      Delete
    2. Terus rindu kakak ofismate Linda yang orang Sarawak. Rajin layan adik² nak kan laksa Sarawak... Balik kampung, mesti bawa balik kek lapis banyak²..dulu² takde lagi kot kek Mita tu.

      Delete
    3. Kek Mita dah lama ada, tapi lepas Covid je start famous di kalangan pelancong sampai kalau orang luar Sarawak datang ke Kuching, memang dieorg angkut berkotak2 kek Mita bawak balik ke sana 😄

      Delete
  14. Itu dia, itinerary pasal tempat makan aje, hihi. Bestnya balik kampung naik belon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung tu je la aktiviti yg menarik hehe.

      Delete
  15. waahhhhh bestnyaaa siap ada itinerary camtu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena plan itinerari sebab nak maksimakan masa di Kuching sebelum balik ke kampung suami hehe

      Delete
  16. selamat bercuti
    selamat pergi dan selamat kembali...
    amboiiii penuh dgn JJCM je ya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh part yang paling best balik Sarawak ialah makan 🤭

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .