![]() |
| Minyak wangi hasil kolaborasi antara HMNS dan Maliq & D'essentials (band muzik Indonesia yang membawa genre jazz dan soul music) dengan aroma Rose & Musk |
Bila dibuka kotaknya, ada sekeping kad waranti (eh minyak wangi pun ada waranti ye?) dan sekeping kad yang tertera kod QR. Bila diimbas, kod QR ni ialah playlist Spotify dengan lagu-lagu dari band Maliq & D'essentials. Sejujurnya ni first time aku mendengar nama band ni dan jugak mendengar lagu-lagu dieorang. Actually, aku pernah je dengar lagu 'Kita Bikin Romantis' tapi tak cakna pun artis yang bawak lagu tu hihi. Rupa-rupanya lagu tu ialah dari kumpulan Maliq & D'essentials.
![]() |
| Unboxing kotak minyak wangi pemberian Fanny 🫶🏻 |
![]() |
| First time tengok kad waranti dalam kotak minyak wangi |
![]() |
| Sambil layan aroma minyak wangi, boleh layan lagu-lagu dari band Maliq & D'essentials bila imbas kod QR ni |
![]() |
| Begini ler botol minyak wanginya. Betul-betul nampak eksklusif la! |
Untuk aku yang agak cerewet dengan pemakaian minyak wangi, haruman minyak wangi ni pada mulanya tak membuatkan aku tertarik mungkin sebab kali pertama hidu bau musk yang agak kuat berbanding bau bunga ros. Aku ingatkan ni minyak wangi lelaki masa tu, tapi selepas beberapa minit baru wangian bunga ros tu semakin menyerlah.
Baunya di antara lembut dan kuat - haha, tak tau la nak explain macamana 🤣. Nak kata baunya menyengat hidung tak jugak, tapi lembut pun tak jugak. It just - settles and lingers. Kalau dari jauh mungkin tak perasan aromanya, tapi bila dekat, aroma tu agak ketara. Aku suka sembur dekat baju sebab lepas tu bau tu melekat dekat baju dan tahan agak lama.
Selalunya aku pilih minyak wangi yang baunya lembut dan segar yang kadang-kadang aku seorang je yang boleh bau minyak wangi tu, contohnya minyak wangi Elizabeth Arden Green Tea. Kalau mood aku gembira, aku suka pakai minyak wangi Clinique Happy. Minyak wangi Untitled Humans ni walaupun tak jatuh dalam kategori ciri-ciri minyak wangi yang selalu menjadi pilihan aku, tapi keunikan aromanya tu membuatkan aku jatuh cinta. Jadi sekarang dah bertambah la koleksi minyak wangi kesukaan aku - Untitled Humans haruman Rose & Musk pulak.
Terima kasih Fanny, memperkenalkan minyak wangi ni kepada saya 🥰. Nasib baik ada jual kat Shopee boleh la beli kalau dah habis 😅.





30 Comments
exclusive sangat packaging perfume ni. nak hadiahkan kat orang memang berbaloi la.
ReplyDeleteBetul tu Cie. Memang nampak eksklusif. Bau pun eksklusif 😄
DeleteAda kad waranti untuk pastikan yang asli minyak wangi.
ReplyDeleteKad waranti tu utk claim ganti kalau botol pecah masa penghantaran.
DeleteNampak sngt exclusive nya minyak wangi ni... First time tgk ada warranty card utk minyak wangi huhuu..
ReplyDeleteBetul tu, first time tgk minyak wangi ada kad waranti dalam kotaknya 😄
DeletePackaging eksklusif.
ReplyDeleteBahagian yang ada tulisan dan lubang bertali tu agaknya untuk dijadikan bookmark.
Tepat sangkaan kak Ujie. Kad tu boleh dijadikan bookmark 😄
Deletebestnya perfume tu! i suka apa2 yg bau rose or apa2 jenis bau floral pun ok ;) tapi dlm wishlist nak beli jadore laa... ;)
ReplyDeleteYes, best baunya macam bau minyak wangi mahal. I suka minyak wangi yg baunya light dan tak menusuk hidung macam ni.
Deletewah..nanti nak riki2 lah
ReplyDeleteSilalah riki hehe. Kat Shopee ada yg dah decant punya klu taknak beli satu botol terus 😊
DeleteI pakai Dashing je.
ReplyDeleteAsalkan sedap bau kat hidung kita Shai hehe
DeleteMinyak mangi kegemaran saya Clinique happy for men... sedapnyaaaa......
ReplyDeleteYesss! Clinique Happy memang sedap baunya, buat mood kita rasa gembira kan? hehe
DeleteMacam best hehe ..
ReplyDeleteLagu Kita Bikin Romantis tu pun best :)
Best baunya sis. Mula2 sembur rasa mcm undecided tapi lama2 suka hehe
DeleteAda warranty memang exclusive. Ohh produk nya kolab dengan Maliq & D'essentials. Lagu tu memang famous dulu kan.
ReplyDeleteAah first time tgk minyak wangi ada warranty card. Betul tu kak Mulan, siap ada playlist Maliq & D'essentials lagi hehe
DeleteMesti best giler bau dia ni..nak- nak produk collab kan....
ReplyDeleteSaya suka baunya, tak menusuk hidung dan aroma bunga ros tu memang ketara sangat.
DeleteWah, cantik pemberiannya kan..tahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah, Fanny memang tak lokek bawak buah tangan setiap kali datang ke KL 😄
DeleteHah? Ada waranty?
ReplyDeleteMemang lain maciam kotak dia!
Ye saya pun kagum tengok ada kad waranti dalam kotak minyak wangi ni Uncle hehe.
DeleteJujurnya, saat saya beli untitled humans, saya belum tahu wangi dia seperti apa 😅😅. Tp saya pakai HMNS yg varian Unrosed, Philea dan orgasm.
ReplyDeleteCirj khas parfume HMNS ini, selalu strong di awal sprayed, tp lama2 berubah ke aroma berikutnya dan lebih lembut 😄.
Saya nak habiskan dulu parfum HMNS yg saya punya, baru nanti nak coba varian lain 😄😄. Msh penasaran dengan yg untitled human dan 1 lagi essence of the sun. Kata teman saya sesuai utk siang hari 😁
Band Maliq ini saya kenal, tp pasti ya bukan band fav, sebab saya lebih suka genre rock 😄😄. Cuma beberapa lagunya memang sedap diputar di mobil.
Nanti kalau ke JKT, saya ajak ke store nya HMNS ini. Beberapa parfume lokal Indonesia, memang pakai warranty card. Tak semua, tp yg brand dah kuat macam HMNS, mereka pakai.
Antara banyak2 perfume HMNS tu yang mana satu Fanny paling suka? 😄
DeleteIni yang buatkan saya teringin sangat nak ke Jakarta sebab selalu tengok kat reel kat sana banyak kedai perfume yang best. Walaupun saya bukan pemakai perfume yang tegar, tapi bila saya jumpa yang saya suka, saya akan pakai perfume tu sampai bila2 😊
bagi sy kalau dah berbungkus berkotak mcm ni, secara tak langusng ni perfume eksklusif... teringin nak bau juga hehehe
ReplyDeleteKan.. tapi harganya ok sangat2 walaupun baunya eksklusif hehe.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .