Jom Derma Baju Raya

Salam Jumaat kawan-kawan 🫶🏻,

Semalam ternampak post ni dekat Instagram:




Mesti ramai yang dah beli baju raya baru tahun ni kan? Baju raya lama yang masih elok tu, kalau tak tau nak buat apa atau dah tak muat ke, boleh la korang kumpulkan dan hantar ke program amal baju raya ni.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

الحمدلله
Program Amal Baju Raya Project akan berlangsung pada tahun ini pada tarikh & lokasi dibawah.

Tarikh: 28.2.2026 / 10 Ramadan 1447H
Tempat: RHB Centre, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur

Masa penghantaran sumbangan:
8:30 pagi - 11:00 pagi

Jenis dan cara menghantar sumbangan yang diperlukan:
1️⃣ Baju raya terpakai/baru (YANG ELOK SAHAJA).
2️⃣ Pastikan pakaian tersebut BERSIH.
3️⃣ Masukkan dalam plastik atau beg kitar semula mengikut jenis pakaian
4️⃣ Labelkan saiz & jenis pakaian dengan JELAS.
5️⃣ Hantar pada hari dan waktu yang ditetapkan SAHAJA.

Sasaran penerima: Rumah kebajikan, anak yatim, ibu tunggal atau sesiapa saja yang memerlukan.

Letak reminder siap-siap dalam kalendar korang tau. Baju raya anak-anak yang dah tak muat tu pun boleh dermakan jugak. Ni la masanya untuk clear almari pakaian sambil menderma 🥰. Jangan lepaskan peluang ni!

Post a Comment

0 Comments