Selepas sesi memanjakan diri di Isfahan Hammam & Spa, tiba-tiba adik kata tunang dia nak belanja kiteorang makan pulak. Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan 😄. Mula-mula adik nak ajak kiteorang ke Ma La Tang di Petaling Street tapi kakak aku malas nak drive ke sana jadi kiteorang decide nak makan di MyTown je la.
Dari Turkish hammam, kiteorang ke restoran Jepun pulak haha. Mentang-mentang bakal adik ipar tu gaji dalam SGD, amik kesempatan kita 🤭. Barulah international vibe sikit 😜
Adik bawak kiteorang ke Ume Tei yang terletak dalam kedai buku BookXcess. Antara kiteorang bertiga, aku sorang je yang tak pernah lagi makan kat sini. Adik dan kakak aku dah pernah makan kat Ume Tei ni, dan dieorang kata sedap. Aku ikut je cadangan dieorang, janji jangan bawak aku pergi restoran Korea je sebab makanan Korea memang tak lalu langsung di tekak aku 😅. Kalau makanan Jepun, memang favourite aku hihi.
Harga makanan di sini surprisingly tak la mahal sangat (set makanan dari RM30+ - RM40+) tapi dari segi rasa, bagi aku premium 😍. Aku pesan set salmon sashimi dengan nasi, sup miso, chawanmushi, acar ubi bit, salad kentang dan agar-agar:
![]() |
| Set salmon sashimi (harga kalau tak silap RM38) |
Ikan salmon nya segar, manis dan potongan pun tebal. Puas hati!
Yang ni pulak pesanan adik aku - salmon belly:
![]() |
| Perut ikan salmon (RM30) |
Tak cukup dengan salmon belly tu, dia pesan jugak set tempura oyster ni:
![]() |
| Harga dalam RM40+ |
Ni pulak set yang dipesan oleh kakak:
![]() |
| Salmon butteryaki set (RM35) |
Setiap hidangan set ni datang sekali dengan teh hijau (Japanese green tea).
![]() |
| Semoga murah rezeki adik ipar belanja kakak-kakak ipar makan 🥰 |






2 Comments
salmon sashimi pernah mkn tp ngaso2 kwn punya je la...tk brp kena ngan tekak...menarik tgk set Salmon butteryaki & tempura tu
ReplyDeleteByk juak dish dlm 1 set ya.. berbaloi.. mun kmk mmg mst share ya mcm x mampu jak nk ngabis semua
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .