Salam Ramadhan 1447H

Salam Khamis dan salam 1 Ramadhan 1447H kawan-kawan,

Akhirnya bulan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Syukur alhamdulillah, dipanjangkan umur dan dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi tahun ni. Buat kawan-kawan yang beragama Islam, selamat menyambut bulan yang penuh berkat ini dan selamat berpuasa. Semoga semua amal soleh kita diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan pahala yang berlipat-ganda hendaknya 🤲🏻.


Ramadhan greeting
Sumber: Whatsapp

Malam semalam dah mula solat terawih malam pertama Ramadhan. Nampaknya tahun ni makin ramai penduduk kondo yang tau ada solat terawih dibuat di surau kat bawah sebab surau lebih penuh dari tahun lepas sampai ada yang terpaksa pulang / pergi ke tempat lain untuk solat terawih. Kesimpulannya malam esok kena turun awal sikit, tak macam tahun lepas bila dah azan Isya' baru turun. Kesian jugak dengan jemaah yang tak dapat tempat tadi tapi nak buat macamana, kapasiti surau tak dapat menampung jumlah jemaah. Ikut rezeki la kalau ada kosong lagi, boleh la menyelit 😅. Kalau tak dapat, solat di rumah pun dapat pahala jugak, Insha Allah.

Tahun ni aku macam tak de mood sangat nak memasak untuk sahur. Kalau boleh nak makan oat dan kurma je, tapi family aku ni jenis yang kena makan nasi dan ada lauk protein + sayur 😮‍💨.  Last-last aku buat ikan bakar dan goreng sayur kailan ikan masin je. Nak tengok video KA pun malas haha. Mungkin sebab baru hari pertama kot. Harap-harap bila dah muncul makin banyak video resipi, timbullah ilham nak memasak tu hihi.

OK la, setakat tu je cerita hari pertama berpuasa ni. Tengah nak cari idea nak masak apa pulak untuk berbuka nanti 🤭. Korang plan nak berbuka lauk apa petang nanti? Bagi idea sikit! 😉

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya tarawih di rumah tadi malam. Hujan pun juga. Dah lah memang di rumah saja.

    Kita samaaaaaa, saya nih sbnrnya sahur dengan air putih saja pun cukup. Memang tak biasa makan jam segitu. Tp Raka dan anak2 tak mungkin.

    Jadi mau tak mau lah, ttp hrs masak. Cuma untungnya kalau sahur, Raka pun tak teringin sangat makan berat. Jadi buat dia, telur dadar dengan mushroom atau tahu, itu pun cukup. Tak susah sangat.

    Kalau berbuka, better kita bantu orang2 yg jualan takjil saja Karni 😄😄.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .