Dari Jakarta Ke Bandung... Day 1

Salam semua,

Aku rasa macam dah lama bebenor postponed menulis cerita pasal percutian keluarga ke Jakarta dan Bandung hujung bulan Ogos lepas. Nanti lupa pulak, al-maklumlah umur dah 40-an ni 😅. Lessgoooo!


Jakarta
Jakarta mendapat jolokan 'The City of Contrasts'. Kenapa? Korang kena pergi ke Jakarta kalau nak tau 🤭

Hari pertama sampai ke Jakarta, kiteorang naik teksi Goldenbird ke hotel Ashley Tanah Abang. Fanny dah tunggu kiteorang kat hotel sebab dia nak bawak kiteorang makan malam di Bakso Mas Kumis.


Jakarta
Jumpa lagi dengan Fanny hee~

Dah setel check in dan solat Asar, kiteorang turun dan naik kereta Fanny ke Bakso Mas Kumis yang terletak tak jauh dari hotel Ashley. Suami Terchenta pun kata bakso kat sini sedap, kena sangat dengan tekak dia 😋. Alhamdulillah malam tu Fanny belanja 🫶🏻. Semoga murah rezeki Fanny dan Raka, Ameen YRA 🤲🏻.


Bakso Mas Kumis
Wefie sementara tunggu bakso sampai

Bakso Mas Kumis
Kali ni aku pesan mee kuning. Tapi jujur aku rasa bakso bihun lebih sedap 👍🏻 Untuk minuman, wajib la pesan es jeruk 😍

Lepas makan malam di Bakso Mas Kumis, Fanny bawak kiteorang ke Pacific Place untuk dessert hunting di RR Chocolate. Kalau korang terlepas entry pasal RR Chocolate, boleh klik dekat link ya.

Esoknya, sekali lagi Fanny dan Raka jemput di hotel dan bawak kiteorang sarapan pagi di Ah Pek Kopitiam. Lepas sarapan, Raka bawak sekitar Jakarta pusat (Jakpus) melihat tempat-tempat dan monumen-monumen bersejarah sebelum menghantar kiteorang ke Stasiun Halim.


Jakarta Indonesia
Monumen Selamat Datang untuk menyambut tetamu luar negara yang datang ke Jakarta

Kalau ikutkan perancangan asal, kiteorang sepatutnya berkumpul dengan mak, kakak dan adik aku yang baru tiba dari KL pagi tu di Stasiun Halim, lepas tu sama-sama naik tren Whoosh ke Bandung. Tapi disebabkan beberapa faktor yang unexpected, kiteorang terpaksa ambik tren yang seterusnya iaitu pukul 12 tengahari.


Mesin tiket Whoosh
Inilah salah satunya punca kiteorang terlepas beli tiket tren yang sama dengan mak, kakak dan adik aku. 

Perkara yang paling tak boleh dilupakan - hampir-hampir terlepas tren gara-gara mesin tiket bermasalah! Dua kali masukkan maklumat penumpang dan nombor passport, pilih nombor tempat duduk etc., bila nak buat pembayaran tetiba service unavailable! Kali ketiga buat, bayaran lepas tapi tiket pulak tak keluar 😭 Sudahnya terpaksa ke kaunter mintak bantuan print tiket. Tambah menyesakkan dada bila mat salleh yang beratur depan kiteorang ambik masa 10 minit nak komplen tentang dia terlepas tren dan nak mintak refund (salah dia kot, lagi nak mintak refund! Hey geram aku sebab kiteorang ni lagi 15 minit sebelum tren nak berlepas! 😤) Bila sampai giliran kiteorang, tiket anak-anak je dapat print, tiket aku dan Suami Terchenta pulak kena tulis manual. Kiteorang dah anxiety takut terlepas tren gara-gara masalah kat mesin ni, grrr!


Stasiun Halim
Masa ni kena cepat-cepat naik ke atas ke tempat perlepasan tren sebab kena scan luggage sebelum dapat masuk ke bahagian dalam 

Whoosh
Alhamdulillah selamat jugak naik Whoosh. Phew~ 😮‍💨

Stasiun Padalarang
Sampai di stesen Padalarang, kena ambik shuttle train ke stesen Bandung pulak

Akhirnya selepas sejam barulah dapat berkumpul dengan mak, kakak dan adik aku di stesen Bandung. Dari stesen Bandung, kiteorang ambik Grab ke hotel Moxy Bandung. Check in hotel, tinggalkan luggage, solat dan off we go ke destinasi pertama dalam itinerary Bandung kami - menonton persembahan budaya di Angklung Udjo.


Angklung Udjo
Kali ni sampai awal jadi dapat la tengok persembahan Angklung Udjo ni dari mula sampai habis 👍🏻

Angklung Udjo
Kalau ke Bandung, korang wajib masukkan aktiviti ni dalam itinerari korang tau. Aku dah dua kali pergi pun tak bosan tengok 👍🏻

Angklung Udjo
Part ajak menari dangdut tu, dengan mak pun bangun ikut sekali 🤣 Maklumlah, dia pernah di era dangdut hihi 😜

Angklung Udjo
Eh eh, sekali tengok Khayla pun ikut jugak 😅 Dia ni memang peminat any cultural shows

Selesai menonton persembahan di Angklung Udjo, kiteorang sekali lagi ambik Grab untuk makan malam di Bebek Kaleyo.


Angklung Udjo
Muka happy lepas tengok persembahan di Angklung Udjo (kecuali Khadeeja yang moody sikit sebab dia dah lapar!)

Selesai makan malam, kiteorang balik ke hotel semula. Kali ni baru dapat masuk bilik sebab masa mula-mula sampai hotel, bilik belum ready lagi jadi kiteorang cuma tinggalkan luggage dekat front desk. 

Lepas solat jamak Maghrib dan Isya', aku dan Suami Terchenta keluar sekali lagi ke UNIQLO Heritage sebab Suami Terchenta nak shopping baju dan seluar jeans. Kat sini baju dan seluar jeans branded murah giler. Suami Terchenta beli 2 pasang seluar jeans dan sepasang t-shirt, dengan harga tak sampai RM200. Murah kan? (Nota kaki: Gambar takde pulak, lupa nak ambik 😜).

OK nanti ada mood aku sambung pulak cerita hari kedua di Lembang (bila entah nak ada mood tu hihi). Banyak lagi entry tertangguh dari sebelum jalan-jalan ke Jakarta / Bandung ni lagi.

Post a Comment

14 Comments

  1. Macam² hal pulak ye sementara nak dapat masuk coach whoosh tu. ..

    Bagus khayla, minat dgn culture thingy ni.. tak semua orang esp kids minat tau. Salute 🫡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mcm2 ujian membeli tiket Whoosh tu hehe. Sebab tu tak beli awal2 dari Malaysia sbb macet kat Jakarta tak boleh dijangka. Igtkan sempat naik sama tren dgn mak, kakak dan adik tapi sekali tengok tak sempat.

      Delete
  2. part hassle dan rushing nak naik train tu..teringat masa kat tokyo (time nak gi gala yuzawa tu)...anyway bestnya u cuti2 jakarta sbb gi beramai2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, nervous betul masa tu takut kena tinggal tren gara2 masalah tiket tak keluar & kaunter customer service pulak ada satu je!

      Delete
  3. Dugaan juga psl ticket train tu ye.. Nasibaik dpt naik train walaupun masa dh suntuk... Sedap tgk bakso tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kalau tak melayang RM300+ lepas tu kena beli lagi tiket baru 😵 tu yg anxiety dibuatnya bila mat salleh beratur depan kiteorg dekat kaunter tu tak habis2 komplen pasal tiket dia yg burn.

      Delete
  4. Weiii sorry makyengg kita tergelak beso part menari dangdut tu😜😅 unsangkerable ye hahaha pape pun semua enjoy!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Bila penyanyi dangdut tu ajak menari sekali, dia auto bangun ye Kak Ret 😅 Amboi, beshe dia ye. Terus hilang sakit lutut time tu ye 🤣🤣

      Delete
  5. Great travel post! Missing train tickets due to machine issues is always stressful, but it looks like Day 1 turned out well in the end with the cultural show and dinner. Enjoyed reading about the trip!

    ReplyDelete
    Replies
    1. It was very stressful because the tickets were not cheap. Thank God we made it in time but we managed to board the train!

      Delete
  6. Uishh tang takut terlepas train paling risau ekk.. bukan dapat refund nanti.. teringan pasangan yang sama naik kita terlepas train tu.. kena beli lagi tiket kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Sislin, harga tiket dah la tak murah kan. 4 orang RM300+. Kalau terlepas tren kena beli tiket baru 😱

      Delete
  7. Replies
    1. Sedap sangat Cie 👍🏻 tu yg repeat bawak asben makan sini sbb dia peminat bakso, soto dan sewaktu dengannya 😆

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .