Nasi Goreng Dabai

Salam Jumaat semua,

Minggu lepas BFF aku yang menetap di Sarawak outstation ke KL. Awal-awal dia bagitau aku dia nak bawak buah dabai, terung asam dengan pes laksa Sarawak untuk aku. Alhamdulillah, orang memberi, kita merasa. Nampaknya kena merajinkan diri buat laksa Sarawak la lepas ni 🤭.

Aku ingatkan dia nak bagi buah dabai segar tapi rupa-rupanya dia bagi stok dabai yang dibekukan. Kalau dabai fresh, aku suka rendam sampai isinya lembut lepas tu gaul dengan garam / kicap manis. Makan macam tu je.

Tapi kalau dabai frozen ni aku prefer letak dalam nasi goreng. Sedap tau, ada rasa lemak masin dan aroma dabai dalam tu. Cara nak buat senang je. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dengan ikan bilis sikit. Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk tu sampai wangi, gaulkan nasi ke dalam tumisan sampai rata, masukkan dabai yang dah dibuang bijinya dan gaul sebati ke dalam nasi goreng. Perasakan. Dah siap!


dabai Sarawak
Buah dabai yang dah frozen ni tak payah rendam dalam air panas sebab isinya dah lembik, jadi aku picit keluarkan bijinya dan basuh sebelum dimasak

dabai Sarawak
Bahan-bahan menumis dan isi buah dabai. Aku guna perencah nasi goreng kampung Seri-Aji jugak sebagai perasa

nasi goreng dabai
Nasi goreng dabai kesukaan aku dan Suami Terchenta

nasi goreng dabai
Alhamdulillah, buat untuk sarapan pagi tapi kenyang sampai ke petang

BFF aku bagi 2 bungkus dabai frozen hari tu. Sebungkus lagi aku bagi dekat jiran sebelah rumah, orang Sarawak jugak. Kemain happy makcik tu dapat dabai dengan terung asam hehe. Orang Sarawak dapat dua benda ni macam dapat emas tau 🤭. Terung asam tu aku dah selamat buat sup udang dengan terung asam. Ada sebiji lagi, mungkin yang tu aku akan buat sambal belacan dengan terung asam bakar.

Ada sesiapa yang pernah cuba nasi goreng dabai? 🙋🏻‍♀️ Cer letak kat komen.

Post a Comment

29 Comments

  1. pernah dengar buah dabai tapi x pernah lagi merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah dabai ni ada org panggil 'avokado Sarawak' sbb rasanya seakan2 buah avokado hehe

      Delete
  2. Pernah makan nasi goreng dabai masa ke Kuching, tapi rasanya sangat masin. Tak pasti yang terlebih masin tu buah dabai atau garam dalam nasi gorengnya.

    Kebetulan pulak ya, berjiran pun dengan orang Sarawak. Mudahlah nak berkongsi makanan tradisi Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa tukang masak tu guna dabai jeruk, Kak Ujie. Sebab tu sgt masin. Saya pun pernah order nasi goreng dabai dari restoran Sarawak dekat sini dan dabainya mmg masin. Kalau guna dabai fresh / frozen ok je, sedap rasa berlemak 😁

      Delete
  3. Bestnya BFF siap bawakan dabai, terung asam dan pes laksa Sarawak dari sana. 🤭 Dabai gaul garam atau kicap manis tu nampak simple, tapi mesti sedap. Lepas ni bolehlah tunggu projek laksa Sarawak pula!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi, projek laksa Sarawak tu bila la nak buat 🫣. Tu kena tunggu mood rajin baru buat hehe

      Delete
  4. rupa buah ni nmpk mcm kurma dlm gmbr..curious nak tahu apa rasa buah ni..nasi goreng u tu nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, rupanya seakan2 kurma tapi rasanya seakan2 avokado (creamy texture, tapi ada rasa kelat2 sikit). Nasi goreng simple2 je MZ. Yg bagi dia luar biasa sbb campur dabai je hehe

      Delete
  5. Pernah makan dan saya kurang suka sebab ada rasa masin-masin...kalau dah biasa dengan dabai ni mungkin saya suka. Kalau adik ipar makan la sebab beliau berasal dari Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masin2 tu sbb guna dabai jeruk kot? Kalau dabai fresh takde rasa masin melainkan digaul dgn garam. Dabai fresh saya suka makan gaul dgn garam sikit / kicap lemak manis 😋 makan macam tu je.

      Delete
  6. Replies
    1. Kalau berpeluang ke Dapur Sarawak boleh cuba pesan. Tapi tanya dulu guna dabai fresh atau dabai jeruk. Kalau dabai jeruk tu takut masin je la.

      Delete
  7. Saya masih belum yakin apa buah dabai ini sama dengan buah Jumblang. Karena dari segi bentuk miriiiip sangat. Dan biasanya saya pun buat jadi rujak Jumblang. Kasih kecap Chili padi, garam, gula sedikit, kacau merata.

    Tapi tak pernah terpikir dibuat nasgor 😄. Ntahlah ini sama atau tidak yaa. Menarik tapi... Memang harus coba langsung biar pasti buahnya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah Google, ternyata beda. Buah dabai ni cuma ada di pulau Borneo. Tekstur isinya paling mirip dgn buah avokado, warna kuning dan rasanya lemak-lemak kelat (kulitnya rasa kelat sikit). Ada yg tak suka rasa kulitnya yg kelat tu akan kikis kulitnya sebelum direndam dalam air panas.

      Delete
    2. Oh ic.... Jadi bentuk saja yg mirip yaaa. Ntah kapan lah ini ke Sabah Sarawak 🤣🤣. Tahun depan pun rasanya masih belum bisa Krn ada big plan lain. Tapi kalau dia tumbuh di Borneo land, berarti harusnya di Kalimantan ada.

      Delete
  8. Selalu dengar menu nasi goreng dabai tapi tak pernah jumpa di LD. Mungkin tiada bekalan dabai. Kalau buah dabai, pernah beberapa kali makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada orang yang jual buah dabai segar di pasar tani, boleh la Kak Amie cuba buat. nasi goreng dabai ni 😄 Tapi skrg rasanya bukan musim buah dabai. Kena tunggu musim baru boleh cuba.

      Delete
  9. Dapnyaa... kalau dekat, Sis minta juga sikit terung asam tu.. masa ikut Tourism ke Sarawak dulu, kengkawan pun pelik, tekak Sis boleh makan semua tu hahahaha.. rfugi sapa tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terung asam masuk dalam asam pedas sedap tau Sislin. Makyeng selalu buat ikan asam pedas terung asam. Dapnyaaa 🤤

      Delete
  10. Replies
    1. Kena datang Sarawak musim dabai baru dapat rasa dabai fresh Cie. Klu dabai jeruk saya tak suka sangat sbb masin.

      Delete
  11. Pernah cuba makan dabai, tapi mcm tak berapa nak suka.. sekali tu je lah rasa, tak pernah la rasa lagi.. mcm buah salak tu ,Linda tak makan.. kalau beli pun, sebab ingat husband makan.. itu je

    ReplyDelete
  12. Tidak merasa lagi dabai ini. Harap-harap dapat peluang makan.

    ReplyDelete
  13. Untungnya Carneyz ada BFF pemurah bawa stok makanan Sarawak dari sana! Nasi goreng dabai ni memang nampak membangkitkan selera, gandingan rasa lemak dabai dengan perencah nasi goreng tu mesti mantap. Tak sabar tunggu entri laksa Sarawak & sambal belacan terung asam pulak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, BFF saya tu mmg baik sangat, klu datang ke sini ada je buah tangan dia bawak utk saya 😄

      Delete
  14. Tak pernah rasa nasi goreng dabai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat Dapur Sarawak ada jual nasi goreng dabai. Tapi tu la, klu dieorg pakai dabai jeruk tak berapa sedap.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .