Salam semua,
Aku rasa macam dah lama bebenor postponed menulis cerita pasal percutian keluarga ke Jakarta dan Bandung hujung bulan Ogos lepas. Nanti lupa pulak, al-maklumlah umur dah 40-an ni 😅. Lessgoooo!
 |
| Jakarta mendapat jolokan 'The City of Contrasts'. Kenapa? Korang kena pergi ke Jakarta kalau nak tau 🤭 |
Hari pertama sampai ke Jakarta, kiteorang naik teksi Goldenbird ke hotel Ashley Tanah Abang. Fanny dah tunggu kiteorang kat hotel sebab dia nak bawak kiteorang makan malam di Bakso Mas Kumis.
 |
| Jumpa lagi dengan Fanny hee~ |
Dah setel check in dan solat Asar, kiteorang turun dan naik kereta Fanny ke Bakso Mas Kumis yang terletak tak jauh dari hotel Ashley. Suami Terchenta pun kata bakso kat sini sedap, kena sangat dengan tekak dia 😋. Alhamdulillah malam tu Fanny belanja 🫶🏻. Semoga murah rezeki Fanny dan Raka, Ameen YRA 🤲🏻.
 |
| Wefie sementara tunggu bakso sampai |
 |
| Kali ni aku pesan mee kuning. Tapi jujur aku rasa bakso bihun lebih sedap 👍🏻 Untuk minuman, wajib la pesan es jeruk 😍 |
Lepas makan malam di Bakso Mas Kumis, Fanny bawak kiteorang ke Pacific Place untuk dessert hunting di RR Chocolate. Kalau korang terlepas entry pasal RR Chocolate, boleh klik dekat link ya.
Esoknya, sekali lagi Fanny dan Raka jemput di hotel dan bawak kiteorang sarapan pagi di Ah Pek Kopitiam. Lepas sarapan, Raka bawak sekitar Jakarta pusat (Jakpus) melihat tempat-tempat dan monumen-monumen bersejarah sebelum menghantar kiteorang ke Stasiun Halim.
 |
| Monumen Selamat Datang untuk menyambut tetamu luar negara yang datang ke Jakarta |
Kalau ikutkan perancangan asal, kiteorang sepatutnya berkumpul dengan mak, kakak dan adik aku yang baru tiba dari KL pagi tu di Stasiun Halim, lepas tu sama-sama naik tren Whoosh ke Bandung. Tapi disebabkan beberapa faktor yang unexpected, kiteorang terpaksa ambik tren yang seterusnya iaitu pukul 12 tengahari.
 |
| Inilah salah satunya punca kiteorang terlepas beli tiket tren yang sama dengan mak, kakak dan adik aku. |
Perkara yang paling tak boleh dilupakan - hampir-hampir terlepas tren gara-gara mesin tiket bermasalah! Dua kali masukkan maklumat penumpang dan nombor passport, pilih nombor tempat duduk etc., bila nak buat pembayaran tetiba service unavailable! Kali ketiga buat, bayaran lepas tapi tiket pulak tak keluar 😭 Sudahnya terpaksa ke kaunter mintak bantuan print tiket. Tambah menyesakkan dada bila mat salleh yang beratur depan kiteorang ambik masa 10 minit nak komplen tentang dia terlepas tren dan nak mintak refund (salah dia kot, lagi nak mintak refund! Hey geram aku sebab kiteorang ni lagi 15 minit sebelum tren nak berlepas! 😤) Bila sampai giliran kiteorang, tiket anak-anak je dapat print, tiket aku dan Suami Terchenta pulak kena tulis manual. Kiteorang dah anxiety takut terlepas tren gara-gara masalah kat mesin ni, grrr!
 |
| Masa ni kena cepat-cepat naik ke atas ke tempat perlepasan tren sebab kena scan luggage sebelum dapat masuk ke bahagian dalam |
 |
| Alhamdulillah selamat jugak naik Whoosh. Phew~ 😮💨 |
 |
| Sampai di stesen Padalarang, kena ambik shuttle train ke stesen Bandung pulak |
Akhirnya selepas sejam barulah dapat berkumpul dengan mak, kakak dan adik aku di stesen Bandung. Dari stesen Bandung, kiteorang ambik Grab ke hotel Moxy Bandung. Check in hotel, tinggalkan luggage, solat dan off we go ke destinasi pertama dalam itinerary Bandung kami - menonton persembahan budaya di Angklung Udjo.
 |
| Kali ni sampai awal jadi dapat la tengok persembahan Angklung Udjo ni dari mula sampai habis 👍🏻 |
 |
| Kalau ke Bandung, korang wajib masukkan aktiviti ni dalam itinerari korang tau. Aku dah dua kali pergi pun tak bosan tengok 👍🏻 |
 |
| Part ajak menari dangdut tu, dengan mak pun bangun ikut sekali 🤣 Maklumlah, dia pernah di era dangdut hihi 😜 |
 |
| Eh eh, sekali tengok Khayla pun ikut jugak 😅 Dia ni memang peminat any cultural shows |
Selesai menonton persembahan di Angklung Udjo, kiteorang sekali lagi ambik Grab untuk makan malam di Bebek Kaleyo.
 |
| Muka happy lepas tengok persembahan di Angklung Udjo (kecuali Khadeeja yang moody sikit sebab dia dah lapar!) |
Selesai makan malam, kiteorang balik ke hotel semula. Kali ni baru dapat masuk bilik sebab masa mula-mula sampai hotel, bilik belum ready lagi jadi kiteorang cuma tinggalkan luggage dekat front desk.
Lepas solat jamak Maghrib dan Isya', aku dan Suami Terchenta keluar sekali lagi ke UNIQLO Heritage sebab Suami Terchenta nak shopping baju dan seluar jeans. Kat sini baju dan seluar jeans branded murah giler. Suami Terchenta beli 2 pasang seluar jeans dan sepasang t-shirt, dengan harga tak sampai RM200. Murah kan? (Nota kaki: Gambar takde pulak, lupa nak ambik 😜).
OK nanti ada mood aku sambung pulak cerita hari kedua di Lembang (bila entah nak ada mood tu hihi). Banyak lagi entry tertangguh dari sebelum jalan-jalan ke Jakarta / Bandung ni lagi.
14 Comments
Macam² hal pulak ye sementara nak dapat masuk coach whoosh tu. ..
ReplyDeleteBagus khayla, minat dgn culture thingy ni.. tak semua orang esp kids minat tau. Salute 🫡
Itulah, mcm2 ujian membeli tiket Whoosh tu hehe. Sebab tu tak beli awal2 dari Malaysia sbb macet kat Jakarta tak boleh dijangka. Igtkan sempat naik sama tren dgn mak, kakak dan adik tapi sekali tengok tak sempat.
Deletepart hassle dan rushing nak naik train tu..teringat masa kat tokyo (time nak gi gala yuzawa tu)...anyway bestnya u cuti2 jakarta sbb gi beramai2 tu
ReplyDeleteAah, nervous betul masa tu takut kena tinggal tren gara2 masalah tiket tak keluar & kaunter customer service pulak ada satu je!
DeleteDugaan juga psl ticket train tu ye.. Nasibaik dpt naik train walaupun masa dh suntuk... Sedap tgk bakso tu
ReplyDeleteAlhamdulillah, kalau tak melayang RM300+ lepas tu kena beli lagi tiket baru 😵 tu yg anxiety dibuatnya bila mat salleh beratur depan kiteorg dekat kaunter tu tak habis2 komplen pasal tiket dia yg burn.
DeleteWeiii sorry makyengg kita tergelak beso part menari dangdut tu😜😅 unsangkerable ye hahaha pape pun semua enjoy!!
ReplyDeleteHahaha! Bila penyanyi dangdut tu ajak menari sekali, dia auto bangun ye Kak Ret 😅 Amboi, beshe dia ye. Terus hilang sakit lutut time tu ye 🤣🤣
DeleteGreat travel post! Missing train tickets due to machine issues is always stressful, but it looks like Day 1 turned out well in the end with the cultural show and dinner. Enjoyed reading about the trip!
ReplyDeleteIt was very stressful because the tickets were not cheap. Thank God we made it in time but we managed to board the train!
DeleteUishh tang takut terlepas train paling risau ekk.. bukan dapat refund nanti.. teringan pasangan yang sama naik kita terlepas train tu.. kena beli lagi tiket kann..
ReplyDeleteIye Sislin, harga tiket dah la tak murah kan. 4 orang RM300+. Kalau terlepas tren kena beli tiket baru 😱
DeleteNampak sedap bakso tu.
ReplyDeleteSedap sangat Cie 👍🏻 tu yg repeat bawak asben makan sini sbb dia peminat bakso, soto dan sewaktu dengannya 😆
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .