Hadiah Coklat Hanoverian dari Mekah

Nampaknya rezeki aku tahun ni dapat banyak coklat dari kawan-kawan dan keluarga. Dan latest chocolate gift yang aku dapat ialah dari kakak aku yang baru je balik dari menunaikan umrah baru-baru ni. Alhamdulillah berkat doa semua, mak dan kakak selamat pergi dan selamat pulang ke tanahair 2 hari lepas. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan ✨.

Kakak aku belikan beberapa hadiah untuk kiteorang antaranya jubah Arab, kurma Ajwa dan teristimewa untuk aku seorang sebagai peminat coklat tegar dalam keluarga kami - coklat mewah jenama Hanoverian 😍.

Coklat mewah ni berasal dari Amman, Jordan dan baru-baru ni dieorang bukak satu butik coklat di Clock Tower, Mekah. Dengar citer, nak masuk butik coklat ni beratur panjang ye. Tapi kakak aku kata kebetulan masa dia lalu, tak ramai sangat orang jadi dia cepat-cepat beli coklat kat sini.


Hanoverian Chocolate
Kotak coklat pun dah nampak eksklusif macam kotak jam mahal pulak


Hanoverian Chocolate
Kakak belikan Hanoverian Crunchy Hazelnut untuk aku

Dalam kotak ni ada 6 ketul truffle chocolate. Nampaknya kena makan dengan berjimat-cermat, tak boleh gelojoh ye sebab mahal 🤭.


Hanoverian Chocolate
Bahagian atas

Bahagian bawah

Aku dah gigit seketul tu. Masha Allah, sedap sangat! Rasa coklat yang smooth, the flavour just burst in your mouth buat aku terngiang-ngiang 🤤. Rasa hazelnut yang rangup tapi macam makan cornflakes, bukan kacang. Hands down, the ultimate chocolate experience buat aku untuk tahun ni, alhamdulillah.

Kalau korang ada plan nak buat umrah tahun ni atau tahun depan, sekiranya nak merasa coklat ni boleh cari dekat ground floor dalam Clock Tower tu.

Post a Comment

1 Comments

  1. wah mewah coklatnya...akak dlu beli coklat kunafa iras2 dubai

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .