Semalam opismet aku sumer heboh2. Masing2 dok tanya, ada bawak baju sukan ke tak? Excited giler nak menguruskan badan petang tu! Petang yang ditunggu2 tu pun tiba. Mula2 sumer dok lenggang-kangkung, borak2, itu-ini, sampai la instructor tu datang. Apa lagi, sesak la toilet bila sumer dah kelam-kabut nak salin baju.

Kiteorang start dengan senaman memanaskan badan. Pastu instructor tu menerangkan aerobik yang akan kiteorang buat petang tu. Petang tu just intro je lah. Dier bagitau senaman tu bagus untuk mencantikkan [ahem], bahagian2 tertentu, terutama pinggang & pinggul. Minggu depan pulak dier akan ajarkan steps untuk mengempiskan perut. Sesekali dier bagitau,

'Kalau korang nak tau, akak ada 6 orang anak. Anak sulung dah 23 tahun. Tapi body masih solid, kan? Dari belakang orang tengok macam anak dara. Dari depan, baru tau dah kerepot!'

Bila dengar tu sumer, semakin bersemangat la nak ikut jejak langkah akak tu. Dalam sejam setengah sesi tu, kiteorang sampai berpeluh2 sbb step dier buat cepat & makin lama makin complicated.

Balik dari bersenam aerobik tu, aku singgah beli ubat gigi & tapaw kuey teow goreng yang sedap tapi mahal. Lepas tengok tv jap, aku masuk bilik dan terus baring sebab letih giler. Tapi aku rasa seronok pulak sbb dah mengeluarkan peluh. Harap2 aku berjaya la mengurangkan berat badan ke berat aku yang dulu :) Hahaha! Caiyok2x!

Bib: 'Hang buat apa nak kuruih?? Hang tu, pipi je chubby. Hang patut senam kat pipi je!'

PESANAN PENAJA: Kalau ada sesapa nak join, register RM15, fee RM35 utk 4 kali sesi sebulan. Tapi korang kena gi opis aku la tetiap petang Isnin jam 6 - 7.30 petang. Kalu berminat, boleh tinggalkan e-mel kat comment ye!

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .