Korang tau kan aku ada satu kegilaan terhadap warna pepel?

Sampai Suami Terchenta nak termuntah dengan fantasi pepel aku.

Cantiknya baju ittew. Alah, sebab dia warna pepel kan?
Cantiknya tudung ittew. Sebab kaler pepel kan???
Shut up.

Macamana kalau aku kata, cantiknya bilik ittew?



HAHAHAHA! Suami Terchenta mesti jatuh pengsan. Enough purple! Enough!

Anyway, aku mau cerita tentang satu hari berwarna pepel.

Carneyz & Warna Pepel Nya


Satu hari, kami dapat jemputan daripada kawan sekolah aku ke kenduri doa selamat sempena kelahiran anak saudaranya. Hari tu, aku pakai baju (seperti biasa la kan) warna pepel:


Lalalala...

Alang-alang dah keluar rumah tu, haruslah singgah ke McD sebab nak tukar gelas (ahem) FREE hasil pembelian McValue Meal. Sebab apa nak tukar? Sebab nak kaler pepel la, apa lagi. Muehehe...

Sampai je kat McD, aku pergi ke kaunter dan bagitau dengan berbudi-bahasa,

'Cik, saya nak tukar gelas ni. Semalam saya order kaler pepel, tp org delivery tu hantar kaler hijau. Tolong tukar ye.'

Waktu tu kat tangan aku ialah:


Purse & casing handphone RM5 berwarna pepel...

Achi yang jaga kaunter tu pon tengok aku dari atas, ke bawah, ke atas, ke tengah (tangan aku ler). Lepas tu, sambil dia bagi gelas kaler pepel faveret aku tuh, dia sempat lagi tanya,

'Cik suka kaler pepel ye?'

Haits. Itu ialah understatement of the year. Aku bukan setakat suka kaler pepel. Aku GILA pepel ok! Muahaha!


Tadah...! Gelas pepel ku!

Bukan satu, tapi dua!



Suami Terchenta dah tak terkata apa-apa. Dia cuma geleng kepala dan,

'WHATEVER!'

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .