Salam semua,

Rasanya dah lama aku tak kena flu. Sejak aku ambik vaksin influenza 2 tahun lepas sekalipun aku tak kena selsema. Alhamdulillah vaksin tu memang serasi dengan aku. Bayangkan kalau sebelum ni setiap kali dekat dengan orang lain selsema aku pun selsema jugak. Pernah sekali kawan satu office bersin di hujung office esoknya aku pulak yang selsema.

Nak dijadikan cerita sebab last sekali aku ambik flu shot ni ialah 2 tahun lepas, so bila anak aku baru-baru ni kena selsema & sakit tekak, aku pun mulalah ada simptom-simptom tak sedap badan jugak.

Musim sekarang lepas pandemik ni, kalau kena selsema adalah perasaan risau menjelma takut kena Covid. So apa lagi aku pun cepat-cepat beli test kit & buat test semalam untuk aku & Khayla. Syukur Alhamdulillah result negatif.


Pagi tadi aku bangun efek selsema lebih terasa dari semalam. Tekak dah mula sakit, hidung pulak berair. Tak lama kemudian aku mula bersin-bersin. Alahai kenapalah semalam tak beli ubat selsema jugak? Terpaksalah mintak tolong Suami Terchenta belikan di farmasi terdekat. Sementara tu, teringat mak ada beli Redoxon. Apa lagi, pagi-pagi lagi minum air Redoxon dengan harapan cepatlah antibodiku kuat semula melawan virus influenza!


Bila selsema ni teringin la pulak nak makan sup. Memandangkan lauk semua dah habis so aku pun bukak aplikasi Grab. Order ayam segar, tulang kambing & bahan-bahan untuk masak sup. Maka terhasillah sup tulang kambing:

Resipi sup tulang aku ambik dari Aziekitchen.

Sup ni memang sesuai untuk orang yang kurang sihat sebab pertama, mudah nak masak dalam keadaan aku tak sihat dan kedua, sup ialah lauk 2-in-1 sebab aku campak sekali sayur-sayuran dalam sup - carrot, batang celery, tomato & kentang. 

Yang lecehnya bila masak pakai pressure cooker elektrik ni lama nau nak tunggu 'de-pressurized'. Kalau yang manual atas stove tu kita angkat je lah tombol atas tu buang angin cepat.

So ni sedikit perkongsian apa yang kita patut buat bila kena selsema:
  1. Rehat secukupnya
  2. Minum air secukupnya untuk 'flush out' toksin & virus
  3. Jaga kebersihan mulut, hidung, tangan. Kerap berkumur & basuh tangan.
  4. Ambik ubat selsema untuk melegakan simptom.
  5. Ambik lozenge untuk sakit tekak / minum air dicampur dengan lemon & madu
  6. Kalau hidung tersumbat boleh titikkan minyak kayu putih dalam air panas, tunggu sekejap & perlahan-lahan sedut wap (jangan sedut keras sebab minyak kayu putih ni tajam baunya)
  7. Elakkan keluar rumah & bergaul dengan orang lain
Tu je lah yang aku boleh ingat. No. 7 ni sangat penting ye. Stay safe everyone.

0 Comments