Menikmati Coklat Premium di The RR Chocolate (Bahagian 2)

Sambungan dari SINI.

Butik coklat The RR Chocolate ni bukan setakat menjual coklat tapi dieorang ada kafe jugak. Tujuan utama Fanny bawak kiteorang ke sini tak lain tak bukan untuk mencuba dessert coklat di kafe ni.


Pacific Place Jakarta
Ruang kafe yang nampak cosy dan chillax

The RR Chocolate
ID kafe ni seolah-olah dalam kabin kapal yang dikelilingi oleh air dan replika kapal layar di luar kafe

Walaupun dah kenyang lepas makan bakso Mas Kumis sebelum kiteorang sampai di sini, tapi bila tengok menu dengan gambar-gambar dessert yang comel, kiteorang sampai tak tau nak pilih yang mana satu sebab rasa nak cuba semua! 😅 Tapi yang penting kena pesan pisgor (pisang goreng) 🤭. Dah sampai Jakarta wajib try pisang goreng kat sini walaupun di kafe kayangan ni. Barulah boleh ketawa dalam nada have-have ha💸ha💸ha💸!  🤣


The RR Chocolate
"Hari ini mau dessert yang simple dan sederhana - pisgor aja. Tapi pisgor di The RR Chocolate ((pause)). Ha💸Ha💸Ha💸" 😆

Pisang goreng ditabur dengan parutan keju, kismis, coklat dan kekacang. Pisangnya manis, lembut, garing dan sangatlah sedap dimakan panas-panas.

Dessert kedua ialah butterfly cacao. Dessert berbentuk buah koko dan dihiasi dengan hiasan rama-rama ni dibuat dari coklat dan terdiri dari 3 lapisan - lapisan luar ialah lapisan mirror glaze, diikuti dengan lapisan coklat dengan tekstur seakan-akan chocolate mousse yang lebih pekat dan padat dan lapisan paling dalam pulak ialah coklat mousse putih. Rasanya tak terlalu manis, tapi disebabkan tekstur lapisan dalam tu agak pekat sikit, jadi bila dah makan separuh tu rasa kering pulak tekak dibuatnya.

Hiasan rama-rama tu pun sebenarnya boleh dimakan jugak cuma aku tak pasti dibuat dari apa - icing fondant, coklat atau lain-lain.

 
The RR Chocolate
Peminat tegar coklat kena cuba dessert butterfly cocoa ni 👍🏻

Next, kiteorang nak something yang berperisa buah-buahan pulak jadi kiteorang pun cuba mango mousse. Sama macam butterfly cocoa tadi, dessert ni terdiri dari lapisan mousse coklat putih bercampur rasa mangga sikit dengan topping mirror glaze. Dan bila kiteorang sampai di bahagian tengah, rupa-rupanya ada satu lagi lapisan di dalam iaitu iaitu isi buah mangga sebenar. Bagi aku, aku lebih suka mango mousse ni sebab tekstur mousse yang lebih ringan, tak muak dan tak manis sangat walaupun dibuat dari coklat putih.


The RR Chocolate
Mango mousse dengan tekstur ringan, rasa segar dan manis buah mangga sebenar tu buat rasa dessert ni lebih balanced

Anak-anak pulak pesan snow bear dan raspberry mousse (lupa pulak ambik gambar 😅. Korang boleh tengok rupa dessert raspberry mousse ni dan camane rasanya kat blog Fanny ye). Dua-dua ni aku tak rasa sebab aku dah kenyang.


The RR Chocolate
Snow bear yang comel

Selain dari dessert, kafe ni jugak menghidangkan makanan lain seperti kudapan, pasta, western, asian dan salad. Anak-anak request nak popcorn chicken yang dihidang panas-panas. Rasanya rangup dengan isi ayam sebenar, mirip rasa dan bentuk chicken tenders dari chicken popcorn sebenarnya.

The RR Chocolate
Chicken popcorn

Untuk minuman, aku pesan cacao milk (iced chocolate) dan Suami Terchenta pulak pesan hot cacao. Rasanya mirip iced chocolate di Nando's dengan parutan coklat halus atas minuman.


The RR Chocolate
Cacao milk

The RR Chocolate
Hot cacao yang dipesan Suami Terchenta

Yang lain-lain aku tak ingat pulak dieorang pesan apa 😅.

Alhamdulillah semua makanan yang dipesan ni sedap-sedap belaka. Akhir sekali, terima kasih buat Fanny sebab belanja kiteorang malam tu 😍. Semoga murah rezeki Fanny bawak kiteorang dessert hunting di kafe The RR Chocolate yang eksklusif ni 🤲🏻.


The RR Chocolate
Terima kasih Fann, udah belanja makan di kafe The RR Chocolate! 

Post a Comment

2 Comments

  1. cute dessert butterfly tu...mango mouse tu tringat mkn dkt cafe lemon tree.

    ReplyDelete
  2. semua nampak sedap la....memang choc exclusive ni...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .