Semalam Suami Terchenta tiba-tiba balik tengahari, katanya badan rasa tak sihat jadi dia mintak izin dari boss untuk balik ke rumah.

Jarang-jarang Suami Terchenta demam, bila sekali terkena memang teruk jugak la. Lepas makan ubat, dia tidur sepanjang hari. Bangun pun untuk solat je lepas tu sambung tidur. Malam pulak dia makan laksa Sarawak semangkuk kecik dan sambung tidur.

Pagi ni aku buatkan bubur ayam ala Mekdi untuk Suami Terchenta. Kebetulan ada baki daging ayam yang dah diracik halus untuk menu laksa Sarawak malam semalam, jadi boleh la habiskan ayam tu untuk dimakan dengan bubur.


bubur ayam senang

Resipi bubur ayam ala Mekdi Paling Ringkas

  • Satu cawan beras (dicuci bersih dan ditos)
  • 6 cawan air
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 kiub pati ayam Maggi
  • 2 bahagian dada ayam
  • Minyak bijan
  • Daun bawang dihiris halus
Cara-cara:
  1. Dalam periuk nasi, masukkan air, halia dan kiub pati ayam.
  2. Masukkan dada ayam dan rebus sampai masak. Keluarkan dada ayam dan racik-racik isinya.
  3. Masukkan beras yang sudah dicuci. Masak hingga jadi bubur nasi guna fungsi 'congee'.
  4. Semasa menghidang, letakkan isi ayam yang telah diracik atas bubur, tuang tabur daun bawang dan tuang minyak bijan mengikut kuantiti yang disukai ke atas bubur. Sedia untuk dihidang.

Biasanya orang demam suka rasa yang plain je, jadi bubur ni memang sesuai sebab tak banyak bahan dan rempah yang digunakan. Aroma minyak bijan lebih menaikkan bau dan rasa bubur ayam ni.

Semoga Suami Terchenta cepat sembuh lepas berehat secukupnya. Kesian pulak tengok dia nampak betul-betul tak larat nak bangun.