Salam hujung minggu,

Sekarang ni aku suka beriadah di luar dari beriadah di gym sebab doktor kata kena dapatkan vitamin D secukupnya hihi. Jadi pagi-pagi aku akan keluar beriadah sama ada hiking di Taman Tugu atau berjalan di taman-taman awam. Jumaat lepas ke Taman Botani Perdana untuk brisk walk. Dari rumah, aku naik LRT dan MRT, kemudian turun di stesen MRT Muzium Negara. Dari stesen MRT, jarak ke Taman Botani Perdana tak jauh, dalam 300 meter je.


Keluar dari Pintu B dan naik escalator exit di depan Muzium Negara

Sebelum ni, nama rasmi taman ni ialah Taman Tasik Perdana sebelum ditukar ke Taman Botani Perdana pada tahun 2011

Macam biasa sambil brisk walk, aku suka ambik gambar sekitar taman:


Bangku kerusi dengan latar belakang yang cantik, sesuai untuk OOTD

Itik berenang-renang di tasik

Tenang je tengok hidupan liar di taman tasik ni

Hujung minggu, tempat ni jadi tumpuan orang ramai bawak anak-anak beriadah

Antara Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Botani Perdana, aku prefer Taman Botani Perdana sebenarnya sebab lebih besar dengan keluasan 226 ekar keseluruhannya, lebih banyak tarikan contohnya taman rusa, taman orkid dsb., nampak lebih terjaga dan lebih redup sebab ada banyak pokok. Cuma aku lebih kerap ke Taman Tasik Titiwangsa sebab lebih dekat dengan rumah.


Sungai yang bersambung dengan Tasik Perdana

Pokok peluru meriam atau dalam Bahasa Inggeris ialah cannonball tree. Antara fakta menarik tentang pokok ni ialah ianya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan tradisional Ayurveda termasuk merawat selesema, sakit kepala, masalah hati dan reumatisme (iaitu penyakit yang dicirikan oleh radang dan rasa sakit terutamanya pada bahagian otot ) dan kulit batangnya pernah digunakan untuk merawat gigitan ular berbisa (sumber: sini)

Air terjun buatan

Kucing ni malas nak layan aku, mungkin dia dah bosan asyik kena belai pengunjung di sini 😅

Sekitar taman ni banyak fakta menarik jadi sambil beriadah, kita boleh tambah ilmu baru tentang alam semulajadi

Kalau korang pulak, korang suka beriadah dekat mana?

7 comments:

  1. Best brisk walk di Taman Botani Perdana. Pernah ikut hubby check in hotel nearby sebab meeting, lepas Subuh brisk walk situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Kak Mulan. Best cuci mata tengok pokok2 hijau di taman botani ni.

      Delete
  2. Lamanya tak BW. Malas betul. Bestnya BW sambil tengok view cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Igtkan saya sorang je lama menyepi hehe. Tu yg kejap2 berhenti ambik gambar sebab taman ni cantik sangat.

      Delete
  3. MZ jrg sgt beriadah, if pegi taman pun, sekadar ronda2 hirup udara segar ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kena paksa diri keluar beriadah atas nasihat doktor hihi.. tapi mmg segar udara di taman berbanding di luar sebab byk pokok dekat sini

      Delete
  4. Pernah ke sini sekali sebab company adik ipar ada buat event di sini.. best jalan jalan di sini..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .