Salam hujung minggu,
Sekarang ni aku suka beriadah di luar dari beriadah di gym sebab doktor kata kena dapatkan vitamin D secukupnya hihi. Jadi pagi-pagi aku akan keluar beriadah sama ada hiking di Taman Tugu atau berjalan di taman-taman awam. Jumaat lepas ke Taman Botani Perdana untuk brisk walk. Dari rumah, aku naik LRT dan MRT, kemudian turun di stesen MRT Muzium Negara. Dari stesen MRT, jarak ke Taman Botani Perdana tak jauh, dalam 300 meter je.
![]() |
Keluar dari Pintu B dan naik escalator exit di depan Muzium Negara |
![]() |
Sebelum ni, nama rasmi taman ni ialah Taman Tasik Perdana sebelum ditukar ke Taman Botani Perdana pada tahun 2011 |
Macam biasa sambil brisk walk, aku suka ambik gambar sekitar taman:
![]() |
Bangku kerusi dengan latar belakang yang cantik, sesuai untuk OOTD |
![]() |
Itik berenang-renang di tasik |
![]() |
Tenang je tengok hidupan liar di taman tasik ni |
![]() |
Hujung minggu, tempat ni jadi tumpuan orang ramai bawak anak-anak beriadah |
Antara Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Botani Perdana, aku prefer Taman Botani Perdana sebenarnya sebab lebih besar dengan keluasan 226 ekar keseluruhannya, lebih banyak tarikan contohnya taman rusa, taman orkid dsb., nampak lebih terjaga dan lebih redup sebab ada banyak pokok. Cuma aku lebih kerap ke Taman Tasik Titiwangsa sebab lebih dekat dengan rumah.
![]() |
Sungai yang bersambung dengan Tasik Perdana |
![]() |
Pokok peluru meriam atau dalam Bahasa Inggeris ialah cannonball tree. Antara fakta menarik tentang pokok ni ialah ianya digunakan secara meluas dalam bidang perubatan tradisional Ayurveda termasuk merawat selesema, sakit kepala, masalah hati dan reumatisme (iaitu penyakit yang dicirikan oleh radang dan rasa sakit terutamanya pada bahagian otot ) dan kulit batangnya pernah digunakan untuk merawat gigitan ular berbisa (sumber: sini) |
![]() |
Air terjun buatan |
![]() |
Kucing ni malas nak layan aku, mungkin dia dah bosan asyik kena belai pengunjung di sini 😅 |
![]() |
Sekitar taman ni banyak fakta menarik jadi sambil beriadah, kita boleh tambah ilmu baru tentang alam semulajadi |
Kalau korang pulak, korang suka beriadah dekat mana?
Best brisk walk di Taman Botani Perdana. Pernah ikut hubby check in hotel nearby sebab meeting, lepas Subuh brisk walk situ.
ReplyDeleteSetuju dgn Kak Mulan. Best cuci mata tengok pokok2 hijau di taman botani ni.
DeleteLamanya tak BW. Malas betul. Bestnya BW sambil tengok view cantik.
ReplyDeleteIgtkan saya sorang je lama menyepi hehe. Tu yg kejap2 berhenti ambik gambar sebab taman ni cantik sangat.
DeleteMZ jrg sgt beriadah, if pegi taman pun, sekadar ronda2 hirup udara segar ajer
ReplyDeleteSaya kena paksa diri keluar beriadah atas nasihat doktor hihi.. tapi mmg segar udara di taman berbanding di luar sebab byk pokok dekat sini
DeletePernah ke sini sekali sebab company adik ipar ada buat event di sini.. best jalan jalan di sini..
ReplyDeleteGood job sis 👍🏻
ReplyDeletePH brisk walk area perumahan ni je. Itupun tak consistent huhu
seronoknya.. MA pun suka brisk walk di luar smabil nikmati keindahan alam... ala, bila nak mula balik ni kann
ReplyDeleteSA sendiri dah lama x keluar beriadah...ntah bila nak start..memandangkan PZ pun x berapa sihat sekarang..so jarang nak ajak dia keluar..
ReplyDeleteEh saya ternyata pernah kemari 😄😄. 2012, dan saat itu tengah pregnant 6 bulan . Tapi tuhlaah , banyak lupa. Mungkin Krn sedang hamil itulah, jadi tak terlalu ingat pernah kemari. 😅😅. Tak bisa jalan banyak, kalo tak salah dulu ada semacam buggy car. Saya ingat sebab naik buggy car kliling taman. Tak sanggub Carneyz tengah preggy jalan kaki pula 🤣🤣
ReplyDeletedah lama sy tak ke sini...
ReplyDeletedulu2 mmg rajin jogging kat sini...
lps pindah dah jarang daa ke sini lagi...