Hari Kantin Anjuran Pihak Pengurusan Kondo
Management kondo kiteorang duduk sekarang ni rajin betul buat aktiviti komuniti untuk penduduk-penduduk yang tinggal di kondo ni. Ahad lepas, dieorang anjurkan Hari Kantin (tak tau la kenapa nama acara tu Hari Kantin, aku dah terbayang kantin sekolah tau haha). Aku tak lepaskan peluang mendaftar sebab macam biasa akan dapat makanan percuma haha. Setiap unit yang mendaftar akan diberi kupon makanan, kupon aktiviti dan sekeping kad untuk menyertai acara putar dan menang (dengan syarat kena dapatkan 3 cop dari booth service provider yang terlibat).
 |
Alhamdulillah, menang kad Touch N Go special design SkyWorld. Dalam tu ada kredit RM10 |
Aktiviti yang dibuat masa Hari Kantin tu lebih kepada aktiviti untuk anak-anak sebenarnya. Ada bouncy castle, sand art, memancing itik, menembak itik, face painting, popcorn dan gula-gula kapas.
 |
Ada bouncy castle jugak, nak main kena bagi 1 kupon hehe
|
 |
Aktiviti tembak itik getah. Khadeeja dapat tembak seekor itik, hadiahnya berupa jajan 😅
|
 |
Aktiviti memancing itik - kena pancing 12 ekor itik dalam masa 1 minit. Dua-dua dapat hadiah gelang DIY |
 |
Aktiviti sand art |
 |
Gerai paling popular - gerai popcorn dan gula-gula kapas |
Selain tu, ada gerai makanan dan gerai kitar semula barang-barang terpakai (kiteorang bawak turun pakaian terpakai, botol-botol kaca dari sos spaghetti yang aku dah cuci dan tanggalkan pelekat label, botol-botol plastik contoh botol syampu, shower gel, botol minuman dsb., kotak kadbod, barangan e-waste (kabel pengecas yang tak dipakai, hp rosak, headphone rosak dll.) dan barangan perkakas elektrik yang dah rosak. Semua ni memang aku dah simpan untuk dihantar ke tempat kitar semula. Lupa pulak ambik gambar barang-barang yang kiteorang bawak turun, penuh satu troli! Setiap satu kategori barang kitar semula (kertas, plastik, kaca, baju, barangan elektrik, e-waste) akan dapat satu kupon makanan dan aktiviti. OK la daripada tak dapat apa-apa hehe.
 |
Gerai makanan - ada nasi lemak, sandwich, karipap kentang, popia sayur dan pelbagai minuman dalam tin |
Dekat booth service provider pulak, kiteorang ambik kesempatan untuk upgrade penapis air jenama LG sebab dah pakai lebih tempoh 36 bulan, jadi dah boleh tukar ke model lain tanpa kos tambahan. Selain dari upgrade model, bayaran bulanan pun lebih rendah sebab model baru ni self-service, jadi tak perlu la buat appointment technician datang setiap 3 bulan untuk servis penapis air.
Selain tu, aku mintak quotation untuk buat kabinet kasut dekat booth servis renovation, dan Suami Terchenta pulak register untuk tukar Internet provider ke Time Internet.
All in all, selain dari seronok join aktiviti dan dapat makanan percuma, dapat jugak hantar barang-barang terpakai untuk dikitar semula dan berjumpa dengan service provider mendapatkan apa-apa servis yang patut. Diharapkan management akan teruskan lagi aktiviti komuniti macam ni dekat kondo ni.
Selalunya hari kantin dipolah di sekolah, tok di kondo... xda idea lain kali sidaknya... hahaha... nasib juak booth yg dijemput best²
ReplyDeleteYalah tek. Sekolah kmk dolok pun sik pernah polah hari kantin haha. Aok, nang sik sia2 join hari kantin tok
DeleteBagusnya pihak management rajin buat aktiviti komuniti gini
ReplyDeleteKan. Dalam setahun tu ada beberapa kali jugak dieorang buat tapi kiteorg takde la join semua. Mana yg best je hehe.
Deletemenang tak tu hihihihi
ReplyDeleteMenang kad tng special design. Anak2 dpt la jajan & gelang mainan DIY hehe
DeleteBagus aktiviti gini, dapat juga kenal² jiran kan...
ReplyDeleteTak jugak, masing2 sibuk join aktiviti hehe. Kiteorang kenal jiran2 masa solat terawih dekat surau kondo je. Time tu je borak2 & kenal dengan jiran2 masa moreh hihi
DeleteBagus betul MC..betul2 create aktiviti untuk penduduk.
ReplyDeleteYe kak, MC aktif buat aktiviti macam ni utk penduduk kondo
DeleteFirst time tau ada hari kantin untuk Kondo..bagus management situ...
ReplyDeleteTu la takde idea agaknya tu yg bagi nama hari kantin hehe.
Deletesronok tu bila kondo ada program mcm2 utk penduduk..tahniah dpt kad touch n go special design tu
ReplyDeleteAah kak, anak2 seronok dapat join games kiteorang pulak seronok sbb dpt makanan free, dapat declutter rumah dermakan barang2 terpakai & melawat booth service provider hehe.
DeleteIsssh kalo ada acara begini, saya pasti langsung ke stand makanan 😄😄. Bisa banyak yg dibeli nanti. Apalagi yg dijual pun fav saya rata2 🤣.
ReplyDeleteEh tapi permainan utk anak2 juga seru, trutama yg mancing bebek dan tembak bebek karet. Jangan kan anak2, saya pun suka permainan itu 😄
Ya, saya langsung dapat kupon terus ke gerai makanan 😅 terus tapau 4 bungkus nasi lemak untuk sarapan pagi hehe. Betul tu, rasa nak join games jugak tapi kupon tak banyak bagi anak2 je la main ðŸ¤
DeleteMenarik juga letak nama Hari Kantin di kondo... Dah macam festival sekolah.... best!
ReplyDeleteAktiviti Hari Kantin tu lebih kepada karnival je Uncle hehe. Tapi anak2 seronok mak bapak tumpang seronok jugak.
DeleteAktiviti yang menarik. Mungkin kah boleh try buat kat tempat aku ini kah?
ReplyDeleteBoleh je ambik idea ni buat cadangan dekat MC tempat ko tu Shai hehe
DeleteBagus juga ada acara semacam begini Mbak. Minimal bisa saling kenal dengan sesama yang tinggal di kondo. Terlihat aktivitas meriah juga.
ReplyDeleteWah disana ada juga gula-gula kapas ya. Disini ada juga yang berdagang gula-gula kapas, ini banyak disukai oleh anak-anak.
Salam,
Ya Pak Asa, aktiviti nya meriah, cuma jiran2 di kota kurang ramah, paling mesra pun cuma berbalas senyuman 😅 gula2 kapas ni paling laku masa hari kantin
Delete