Weekend lepas memandangkan kiteorang tak ada rancangan bercuti di luar KL, jadi kiteorang pun singgah ke Festival Taman Kuala Lumpur 2025 di Taman Tasik Titiwangsa. Ni kali kedua kiteorang ke festival ni - kali pertama dulu tahun 2023. Nak tau apa tu Festival Taman Kuala Lumpur, boleh baca dekat posts aku sebelum ni dekat sini, sini, sini dan sini. Since aku dah cerita panjang tentang pameran di festival ni sebelum ni, jadi entry kali ni aku buat ringkas je la ye hihi. Dasar pemalas nak mengarang cerita! 😜
 |
Tema KL Park Festival tahun ni ialah ASEAN Unity in Diversity |
 |
Belakang tulisan ni cantik berlatar belakangkan bangunan-bangunan ikonik KL |
Pergi masa weekend memang ramai la umat manusia sampai banyak kereta yang terpaksa park atas bahu jalan. Nasib baik kiteorang pergi dengan motor, ajaibnya parking motor tak penuh pulak.
 |
Aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Festival Taman Kuala Lumpur bermula dari 15 hingga 26 Oktober (Ahad ni) |
Macam biasa, bila ada festival ada la gerai makanan dan food truck sebab rakyat Malaysia ni suka makan termasuk la kami. Tapi takde la yang jual nasi berlauk, kebanyakannya jual fast food dan makanan ringan macam sosej, roti, keropok lekor, panna puri, latok, aiskrim, popcorn, kopi dan sewaktu dengannya. Agaknya senang nak makan dan tak bersepah kot. Selain makanan ada jugak yang jual kraftangan, keropok kering dan buah-buahan tempatan.
Ada jugak agensi kerajaan yang bukak booth pameran macam PPZ, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia dan Jabatan Muzium. Eh, random sungguh kan. Tak pasti la sama ada penganjur panggil jabatan-jabatan ni je atau dieorang ni je yang boleh datang bukak booth kat sana.
 |
Antara gerai jualan dan pameran yang dibuka di KLFP2025 |
 |
Booth Jabatan Muzium Malaysia menarik ramai pengunjung sebab ada aktiviti permainan tradisional |
 |
Suami Terchenta tunjuk skill bermain sepak bulu ayam. Khadeeja pulak mencuba permainan kaki gajah dan rampanau (atau kaki hantu) |
Dah namanya festival taman, mestilah tarikan utamanya ialah bunga-bungaan hihi. Peminat flora, sila munculkan diri di KLPF2025 ni, pasti korang tak menyesal! Peminat bunga dan pokok tanaman tak melepaskan peluang membeli pokok-pokok bunga, buah-buahan dan tanaman untuk masakan di KLPF2025.
 |
Bahagian tempat jualan pokok-pokok hiasan dan tanaman lain |
 |
Khas untuk tatapan mata peminat-peminat orkid |
 |
Cantik-cantik kan kaktus mini ni |
 |
Ada banyak lagi pokok hiasan lain tapi masa ni bateri phone aku dah panas so terpaksa berhenti kejap ambik gambar |
Setiap sudut dalam taman tasik ni ada segmen-segmen dengan tema tersendiri:
 |
Environmental Arts - pameran arca yang dibuat menggunakan bahan-bahan terpakai Garden of Haven - pameran laman rumah ASEAN sculpture Gardens - pameran ukiran dalam taman |
 |
Antara arca yang dipamerkan di pelbagai lokasi dalam taman tasik Titiwangsa. Gambar kanan atas ialah Malaysian Heritage Garden |
Dah alang-alang kat Taman Tasik Titiwangsa, kiteorang ambik kesempatan naik paddle boat. First time bawak anak-anak naik paddle boat ni hihi. Kemain dieorang suka. Cuaca pun baik, berangin je tengah-tengah tasik tu. Rasa nak terlelap je layan mata sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.
 |
Naik paddle boat dekat Tasik Titiwangsa. |
 |
Singgah tengok pertandingan tarian tradisional, salah satu acara menarik di KLPF2025
|
Festival ni sampai Ahad ni je tau. Siapa yang ada dekat area KL minggu ni, boleh la singgah ke Taman Tasik Titiwangsa sebab serius lawa giler Taman Tasik Titiwangsa sepanjang festival ni, boleh 'fefeeling' macam bersiar-siar dekat taman di luar negara!
 |
Antara lanskap yang menarik di KLPF2025 |
 |
Bunga lavender macam dekat overseas pulak
|
 |
Khadeeja kagum macamana orang gantung pokok-pokok hiasan dekat pokok besar ni 😅 |
 |
Family selfie! |
Kalau datang weekend ni eloklah ambik pengangkutan awam kalau takde plan nak memborong pokok-pokok jualan di sini takut jem giler. Korang boleh naik MRT dan turun di stesen Hospital KL. Dari stesen MRT ni boleh jalan kaki je ke Taman Tasik Titiwangsa.
macam best je naik MRT tu..walaupun rumah sekangkang kera je, tapi memang takde parking lah nanti... carneyz naik berapa biji motor?
ReplyDeleteConfirm takde parking, Linda. Nak senang naik MRT je. Saya dgn suami bawak motor masing2 sbb bawak anak2 sekali 😄
DeleteSesiapa yang dekat KL tu , rugi tak pergi tahun2025 Festival Taman KLni. Saya tengok gambar WOW! tak akan terjadi selepas ni, cantiklah betul2 dah jadi Taman KL..hebat..tahniah hadirkan diri, macam2 aktiviti..terbaik lah..blogger ni..
ReplyDeleteYe, festival ni agaknya dianjurkan 2 tahun sekali sebab yg pertama dulu tahun 2023, tahun ni yang kedua.
DeleteAnak ada kem pulak minggu ni. Kalau tak, boleh juga terjah kat situ sambil meramaikan umat.
ReplyDeleteAlamak, sayangnya. Kalau tak boleh la memeriahkan suasana dekat festival ni hehe
DeleteEh, macam mana uncle boleh tak tau ada festival ni...?
ReplyDeleteNi saya dah war2kan Uncle cepat bawak aunty ke sini 😜
DeleteTema tu mgkn sempena ASEAN summit kot ye... Best ni. Orkid la paling menawan hati ceq :)
ReplyDeleteAgaknya la kot sis. Apa kata ajak suami sis datang ke festival ni tengok orkid? Hihi
Deletelawa2 betul orkid tu tp tak berani la i nak beli/tanam sbb memang fussy nak jaga
ReplyDeleteSama la kita MZ hehe. Tak beli pun walaupun geram tengok orkid cantik2 dan macam2 warna ada
DeleteRugi kalau tak datang sini terutama yang tinggal berdekatan. Taman Tasik Titiwangsa itu menggamit memori hihihi.
ReplyDeletePeminat bunga rugi kalau tak datang sebab festival ni rasanya dianjurkan 2 tahun sekali je. Wah, memori apa tu Kak Amie? 😁
DeleteSeronoknya dapat ke festival ni. Macam2 ada tapi paling menambat mata, pokok2 dan bunga tu lah hehe.
ReplyDeleteDah agak Kak Mulan mesti tergoda tengok pokok2 bunga yang dijual dekat nursery tu kan hehe
Delete