Ke Perpustakaan KL lagi dan Singgah di The Braders' Durian

Salam Isnin kawan-kawan,

Semalam kiteorang bawak anak-anak ke Perpustakaan KL sekali lagi sebab anak-anak request nak belajar di library. Boleh nampak la dieorang lebih fokus belajar di perpustakaan dari di rumah. Buktinya, balik dari library je terus buku-buku tu dilupakan! 🙂‍↔️ Padahal aku dah pesan balik dari library kena sambung ulangkaji dan buat latih tubi. Grrr. Hangin je mak dieorang 😒.

Kiteorang ke perpustakaan lepas anak-anak habis kelas mengaji. Tak berani nak ambik risiko jalan ditutup, maka kiteorang pun naik LRT je dan jalan kaki ke library. Masa kiteorang sampai dekat Dataran Merdeka tu, himpunan protes Trump datang ke Malaysia dah lama bersurai. Kalau tak boleh join sekaki 🤭.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Ke sini lagi...

Macam biasa library KL sentiasa penuh dengan student. Tapi nasib baik ada sekumpulan pelajar ni dah nak balik jadi kiteorang pun dapat la duduk dekat meja panjang lepas dieorang balik. Aku macam biasa la, blogging. Suami Terchenta pulak tengok siaran langsung mesyuarat ASEAN dekat hp. 

Anak-anak fokus buat ulangkaji dan cuma berhenti untuk solat Zohor dan makan tengahari. Dekat library ni, ada pantry kecik yang menjual mee segera dan minuman, senang tak payah keluar cari makan. Lepas beli mee segera, isi air panas dalam cawan dari penapis air yang disediakan dan duduk di meja makan dekat luar bahagian perpustakaan. Cuma boleh makan dekat kawasan situ, tak boleh bawak makanan masuk ke dalam.

Kiteorang stay situ dari pukul 12.30 sampai pukul 5 petang. Bila staff library tutup lampu barulah kiteorang keluar dari library.

Sebelum balik ke rumah, kiteorang singgah di The Braders' Durian sebab memang dah janji dengan anak-anak nak bawak makan durian hujung minggu ni. The Braders' Durian ni dekat Jalan Gombak, tak jauh sangat dari rumah kiteorang.


The Braders' Durian
Mendurian dulu sebelum balik

Menyesal tak tau tempat ni lebih awal sebab pernah makan kat DKing dekat sebelah Avenue K awal tahun ni, mahal giler ok! Sebiji durian Black Thorn je dekat RM300, kalau tak silap RM90/kg, tu pun timbang dengan kulit durian sekali. Cis, rasa kena scam pulak 😅. The Braders' Durian ni pulak kiteorang ambik 2 bekas besar durian Musang King dan Udang Merah dan Suami Terchenta ambik sebijik lagi Black Thorn, total RM200+ tu pun lebih sikit je.


durian
Besar dan gebu-gebas ulas durian Black Thorn ni. Sedap, ada rasa pahit-pahit sikit

Alhamdulillah isi durian semua bagus dan sedap. Boleh la ke sini lagi kalau tetiba craving durian. Syukur craving tu datang beberapa bulan sekali je, haha. Kena sedar diri kan, ada diabetes! 🥲

Kiteorang pilih untuk makan di medan selera Pondok Makan sebelah gerai durian je. Tempat ni selesa ada kipas siling dan kipas besar jugak.


medan selera
Medan selera Pondok Makan

Nampak gerai cendol, tetiba teringin pulak nak membasahkan tekak dengan cendol yang sejuk. Satu mangkuk cendol biasa RM4. Aku pesan cendol jagung, harganya RM5.


Pondok Makan
Gerai cendol ni ambik durian dari gerai The Braders' Durian kalau customer request nak cendol durian

Malaysian dessert
The perfect combination - cendol dan durian

Alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya 🥰.

4 comments:

  1. Uishhh Carneyz....Black Thorn tu gemuk dan nampak lemak manis duriannya. Warna pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis, harga pun tak semahal yg sebelah Avenue k tu. Puas hati makan durian dekat The Braders' Durian ni 😄

      Delete
  2. Aduh gebusnya isi durian tu 😋
    Study dekat library feel dia lain, lebih kusyuk sbb proper place kot. Dulu zaman u pun suka lepak dekat library. Best dgn aircond-nya lagi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sama la kita PH. Suka belajar kat library siap bawak sweater lagi.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .