Mencuba Kafe Baru @ Splash Cupcakes

Semalam balik dari klinik, aku singgah dekat sebuah kafe dekat Taman Sri Rampai. Nama kafe ni Splash Cupcakes, owner Muslim. Kafe ni baru buka rasanya, interior kafe ni nampak selesa, moden dan bersih. Selain dari menjual kek, pastri dan dessert, kafe ni jugak ada menjual makanan panas macam laksa Johor, lontong, soto, nasi lemak dan set nasi berlauk.


kafe halal
Kafe Splash Cupcakes

menu hidangan panas
Menu minuman dan set makanan panas

Splash Cupcakes cafe
Kaunter kek, dessert dan pastries

Kalau korang tengok pilihan kek, pastri dan dessert dekat kafe ni mesti korang rambang mata macam jugak. Semua nampak menarik dan sedap! Harga tu, aku tak pasti la sama ada memang standard harga kek potong sekarang ni ke atau harga kayangan, sebab aku jarang-jarang beli kek.


Splash Cupcakes cafe
Pelbagai pilihan kek potong di kafe ni

Splash Cupcakes cafe
Ada jugak kek yang dijual dengan harga diskaun

Splash Cupcakes cafe
Antara kek yang menarik perhatian aku

Splash Cupcakes cafe
Ni pulak pilihan pastri

Splash Cupcakes cafe
Dessert dan biskut

Splash Cupcakes cafe
Dessert sejuk untuk peminat dessert

Splash Cupcakes cafe
Suka tengok croissant ni walaupun tak beli

Splash Cupcakes cafe
Siapa minat Pistachio, boleh la cari kek ni

Aku pesan laksa Johor. Dari segi garnishing, semua cukup lengkap. Dari segi rasa, ok la sedap tapi aku rasa macam ada sesuatu yang kurang. Entah la, aku masih lagi rasa kuah laksa Johor dekat Pak Tam Laksa Johor yang paling sedap aku pernah rasa. Aku boleh bagi rating 3.5 / 5.


Splash Cupcakes kafe
Laksa Johor

Sebelum balik, aku tapau mini Pavlova untuk si adik, kek batik coklat cheese untuk si kakak dan kek snickers untuk diri-sendiri. Kek Snickers tu sedap, ada rasa kacang dan peanut butter. Kek coklat pulak moist je. Kek batik coklat cheese tu aku rasa jugak, tapi kurang suka sebab manis yakmat. Sejak aku kurang makan benda-benda manis dan dessert, rasa cepat muak pulak bila makan benda terlalu manis ni.

Overall, aku rasa worth untuk repeat. Lain kali aku nak cuba set nasi berlauk pulak la.


Splash Cupcakes Cafe
Alamat: 29, Jln 46B/26, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Masa Operasi: 10 pagi - 9 malam
IG: @splashcupcakes

19 comments:

  1. mcm dh lama tak mkn laksa johor..craving la plakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba laksa dekat kafe ni MZ. Sedap jugak tapi my tekak still prefer Pak Tam Laksa Johor dekat Melawati 😅

      Delete
  2. Harga sepotong kek tu macam tak berapa marhain kalau dah smpai RM16.00 huhuu.. but boleh try nanti kalau ke sana ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya dieorg guna bahan2 premium kot sbb tu harga bukan marhain huhu. Tapi ok la sedap.

      Delete
  3. banyak pilihan kek dia..perisa yang lain dari lain tu yang best..nie asyik2 red velvet..kikiki...

    eh, carneyz deko "rumah" baru. ke linda yang lama tak dtang sini...nampak bersih je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Linda, rambang mata dibuatnya 😍 nasib baik dah kurang makan benda2 manis skrg ni.
      Saya tukar template sebab template lama mcm lama sgt nak bukak lagi2 dekat hp. Harap2 template ni laju dan senang nak bukak 😄

      Delete
  4. Betul, at our age ni tak boleh dah nak makan yg manis² kan, auto rasa tekak bole terima.
    Menarik cafe ni, ada masa boleh terjah.

    ReplyDelete
  5. bulan puasa die jual kek & pastries dkt rumah...besar rumah parent die kt setiawangsa...cafe tk pernh smp lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dia dah pindah tak jual kat rumah parent dia lagi kot. Skrg dah jual dekat kafe je.

      Delete
  6. Wah! bersih sekali, hias lawa2 kan..jika saya di sana dah jadi pelanggan..lepak makan kuih sebiji..minum air mineral pun dah ok..mau sokong orang muslim niaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, kafe ni baru lagi tu yg datang nak bagi sokongan dan sebenarnya nak rasa laksa Johor dekat sini je hehe

      Delete
  7. Tampilan blog dah lain sudah ni..semakin cantik ni..tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Template free je, tapi gigih jugak nak menggodek kod utk pakai dekat blog ni

      Delete
  8. Geramnya tengok pastries dan cake tu...tapi umur macam ni kena selang2 amik benda manis..SA sebulan 2 kali je makan kek..itupun puas menahan nafsu..SA xde kencing manis..tapi keturunan SA sebelah mak ni semua manis2 belaka darahnya...maka kena la menjaga dari sekarang...tapi tgok entry Carneyz ni tetiba teringin ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah klu keturunan ada kencing manis mmg kena jaga2 SA. Saya pun jarang2 sangat makan kek, tak igt bila last makan kek. Rasanya birthday bulan Jun lepas kot 😅

      Delete
  9. Harga kek dia standard harga sekarang. LJ nampak sedap tapi rating sikit, apa yg kurang agaknya? Yang kita nampak kuah dia nampak tekstur macam lumpur dan tak sebati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la SK, tak reti nak explain tapi mmg rasa mcm ada yg tak cukup 😅

      Delete
  10. Macam-macam jenis kek dan pastri. Ini boleh datang setiap minggu untuk cuba lain-lain kek dan pastri.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .