Ngopi Kat Hat Yai, Yokk!! (Bahagian 1)

Salam Jumaat semua!

Kemain lagi kan tajuk jalan-jalan kali ni? 😜 Trip mengejut kali ni atas ajakan Kak Retna, Sislin dah Kak Siti Delima. Lebih kurang gini la perbualannya.

"Jom, Hat Yai!"

"Jommmm..!"

Tup-tup dah beli tiket ETS, tempah hotel, tempah kereta sewa, isi Thailand Digital Arrival Card, eh, eh, ehhhh... 🤪 

Kiteorang ke Hat Yai selama 3 hari 2 malam 3 - 5 Oktober lepas. Ni first time aku jejak kaki ke sana, yang lain semua dah pernah ke Hat Yai. Trip ni la paling tak pening kepala sebab itinerary semua Kak Retna dah planned, tinggal hulur duit, kemas beg dan tempah tiket ETS je 😁. Kemain masing-masing teruja nak pergi trip ni siap planned nak pakai baju sedondon lagi hari ke-2 tu hihi.

Pongpangpongpang akhirnya hari yang dinantikan pun tiba.

 

Hari Pertama (3 Oktober, Jumaat): Naik ETS ke Padang Besar. Check in hotel Hat Yai Golden Crown. Makan Malam di Ayutthaya. Shopping Cenderahati di Thanyada Village. Cuci Mata di Central Festival Mall.

Pengalaman Naik ETS Kelas Perniagaan

Disebabkan kiteorang nak berborak sambil mengadap muka masing-masing sepanjang perjalanan ke Padang Besar tu, jadi kiteorang sepakat beli tiket kelas perniagaan. Sebabnya seat dekat kelas ekonomi yang mengadap muka masing-masing tu dah habis. Aku tukang beli tiket ETS tu. Senang je, beli dekat apps atau website KTMB. Kena isi nama penumpang dan seat memang dah siap-siap assigned nombor kerusi. Harga tiket RM200 seorang, kiteorang ambik tren yang tak banyak berhenti. Tiket balik pulak aku ambik seat ekonomi, harganya RM135 seorang.

Pukul 8 pagi, Suami Terchenta tolong hantarkan kiteorang ke KL Sentral. ETS ke Padang Besar bertolak pukul 9.55 pagi. Disebabkan banyak masa lagi, kiteorang pergi sarapan dulu di Richiamo Coffee (kalau tak silap). Lepas tu baru la kiteorang naik ke atas iaitu ke Ruby Lounge iaitu ruang menunggu untuk penumpang kelas perniagaan. Ruangnya luas dan ada banyak tempat duduk yang selesa. Sambil menunggu tu boleh la bancuh kopi atau teh yang disediakan. 


ETS business class
Ruby Lounge di KL Sentral

Hampir pukul 9.55 pagi, staff KTMB pun jemput semua penumpang kelas perniagaan turun ke platform menggunakan lif. Kelas perniagaan ni dekat koc yang paling depan sekali iaitu koc A. Feature yang menarik dekat koc ni ialah kerusinya boleh dipusingkan untuk mengadap ke belakang, jadi boleh la nak berborak mengadap muka masing-masing 😄.


ETS
Dalam ETS dan masa tunggu turn masuk lif nak turun ke platform

Serius, aku rasa berbaloi betul beli tiket kelas perniagaan ni sebab makanan dihidangkan dua kali. Seat pun lebih luas dan ada skrin kalau nak layan movie atau melayari Internet (tapi Internet dalam ETS slow laa...). Nak pesan makanan / minuman pun boleh melalui skrin yang disimpan dekat dalam armrest. Kalau tak nak guna skrin tu boleh la lipat dan simpan balik.

Dalam ETS tu sejuk sikit, menyesal pulak tak bawak jaket. Bila dah tak tahan sejuk, aku pun pergi ke kafe beli minuman panas. Sislin beli keropok lekor kat kafe ni, sedap betul keropok lekornya. Selain dari kafe, ada kemudahan surau dan tandas jugak dalam ETS ni. Tandas dia ok bersih tapi bila tisu habis takde refill pulak. Hmm. Nasib baik bawak tisu sendiri.


ETS
Kafe dalam ETS terletak di koc C. Sepanjang perjalanan, kiteorang dapat makanan dua kali - yang pertama dapat muffin, kacang, air kotak dan minuman panas. Siap dapat earphones percuma lagi. Kali kedua dieorang hidangkan makanan tengahari iaitu nasi beringin ayam ros. First time aku makan nasi beringin.

5 jam 21 minit kemudian, akhirnya kiteorang pun sampai ke Padang Besar. Dari Padang Besar, Kak Retna dah siap-siap book van nak masuk ke Hat Yai. Oh ya, sebelum masuk ke Hat Yai ni, kena isi Thailand Digital Arrival Card 72 jam sebelum masuk ke Thailand. Belum ada bayaran dikenakan buat masa ni, cuma kena bagi maklumat kita dan trip kita sepanjang berada di sana termasuklah nombor passport, nombor telefon, alamat hotel yang kita dah book dan jenis pengangkutan kita masa dekat sana (sama ada kita drive sendiri atau naik pengangkutan awam). Bila dah isi digital arrival card tu, kita akan dapat satu salinan melalui e-mel. Sebenarnya tak payah tunjuk pun e-mel tu masa dekat imigresen Thailand sebab dieorang dah simpan dalam sistem dieorang. Cuma benda tu kena isi sebelum kita masuk Thailand je.


Van Hat Yai
Dalam van dari Padang Besar ke Hat Yai. Van tu akan drop off kita betul-betul depan hotel. Balik nanti pun van ambik depan hotel jugak

Check-in di Hotel Hat Yai Golden Crown 

Kiteorang duduk dekat hotel Hat Yai Golden Crown. Lokasinya convenient sebab senang nak cari tempat makan halal. Untuk 2 malam dan 2 bilik tidur, harga kesemuanya ialah RM500++ jadi sorang bayar RM140.


Hat Yai Golden Crown hotel
Bilik hotelnya agak luas, katil tu standard la hotel 3 bintang ok je tidur nyenyak malam-malam, bilik air lengkap dengan pemanas air dan sabun & syampu tapi berus gigi bawak sendiri ye, siap ada tanda arah kiblat lagi. Overall puas hati sebab harga murah dan selesa, memadai la sebab kiteorang bukan pergi staycation pun 😝 

Lepas check-in dan solat jamak, kiteorang turun untuk aktiviti hari pertama:

Makan Malam di Ayutthaya Noodle Halal

Keluar dari hotel je, kiteorang terus menuju ke restoran Ayutthaya Noodle Halal yang terletak beberapa meter je dari hotel. Restoran Ayutthaya ni famous dengan mee sup style boat noodle dan tomyamPekerja restoran dekat sini rata-rata boleh berbahasa Melayu, senang betul nak buat pesanan. Menu dalam bahasa Thai dan Inggeris jadi senang nak faham.

Kak Siti pesan mee ladna kalau tak silap. Aku dan Kak Retna ambik beef noodle dengan kuah tomyam, sedapnya Masha Allah! 🤩 Ayam goreng ala Thai ni pun sedap - rangup, juicy, lembut dan perapannya sampai ke bahagian dalam. Sislin ambik yang seafood dengan udang galah, punyalah dia menikmati udang galah tu sampai terpelanting ekor udang nasib baik tak masuk ke dalam mangkuk aku! 🤣

Memandangkan dah di Thailand, wajib la cuba Thai milk tea dengan Thai green tea. Mak aiiii... manis leting! Nasib baik 3 hari je dekat Thailand, kalau seminggu mau naik bacaan gula aku 😅.


Ayutthaya Noodle Halal
Restoran Ayutthaya Noodle Halal

Beli Cenderahati di Thanyada Village

Lepas mengalas perut, kiteorang berjalan kaki ke Thanyada Village yang terletak beberapa ratus meter je dari hotel. Dekat sini kawan-kawan yang lain memborong tumbler yang murah. Aku yang takde niat nak shopping pun terjebak sama, beli topi boleh lipat untuk mak, mangga kering dan gula-gula mangga.


cenderahati Thailand
Antara pilihan cenderahati di Thanyada Village

Thanyada Village
Comel je patung gajah tu tapi tak beli pun sebab patung anak-anak kat rumah sampai dah tak muat letak atas katil, dah boleh buat koleksi zoo dah kat rumah tu 😜

Thanyada Village
Tempat duduk yang selesa dengan backdrop yang cantik 😍

Jalan-Jalan di Central Festival Mall

Dah selesai shopping cenderahati, kiteorang naik tuk tuk dari depan hotel ke Central Festival Mall. Lupa pulak berapa harga naik tuk tuk ni, tapi rasanya tak sampai RM10.


Hat Yai
Pengalaman naik tuk tuk di Hat Yai

Central Festival Mall
Central Festival Mall / Central Hat Yai ialah shopping mall yang terkenal sebagai salah satu destinasi menarik di Hat Yai 

Hat Yai
Bergambar depan Central Hat Yai

Dekat sini yang famous ialah food court dekat tingkat bawah mall ni sebab ada banyak gerai yang menjual makanan yang menarik! Walaupun kiteorang dah kenyang, tapi bila tengok makanan sedap-sedap yang dijual dekat sini, maka terbeli la jugak untuk bawak balik dan makan di hotel. Jadi kalau korang tengah diet, baik la tak payah consider Hat Yai ni sebagai destinasti percutian sebab kat sini syurga makanan ok. Confirm rosak diet korang 😜.


food court
Food court kat sini meriah dengan macam-macam pilihan street food

Central Festival Mall
Antara juadah yang menggoda iman!

Selain dari food court, pelancong-pelancong dari Malaysia datang ke sini untuk ke butik Gentlewoman dan farmasi Boots. Jujurnya aku baru tau tote bag Gentlewoman tu viral haha. Nampak nau aku bukan peminat beg kan 😅. 

Barang-barang penjagaan diri dekat farmasi Boots pun menarik sebab ada promosi beli satu percuma satu. Aku sempat la sambar losyen shea butter jenama Ted Baker sebab murah giler! Satu tub tu lepas convert dalam RM80++ tapi sebab percuma satu, jadi satu tub tu dalam RM40++ je. Kalau bandingkan losyen shea butter dari jenama Body Shop dekat Malaysia, satu tub losyen dalam RM100+. Berbaloi sangat-sangat.


Boots pharmacy
Butik Gentlewoman, jenama dari Thailand yang terkenal dengan tote bag yang viral dan farmasi Boots jadi sasaran pelancong Malaysia.

Dah puas jalan-jalan cuci mata (dan poket!) dekat mall, kiteorang ambik tuk tuk untuk balik ke hotel. Tapi kiteorang kena scam uolls huhu. Mula-mula driver tu quote harga kurang dari harga tuk tuk masa kiteorang pergi, tapi bila nak bayar tiba-tiba dia kata tadi tersilap quote harga pastu harganya jadi dua kali ganda harga yang kiteorang naik masa mula-mula nak ke mall tu! Sabar je la 😤 Kalau tau, kiteorang naik Grab je balik ke hotel.

Oh ye, sebelum balik hotel sebenarnya kiteorang singgah di 7-Eleven sebab nak beli air mineral. Tapi cerita 7-Eleven tu aku letak dekat entry lain je la. Tu pun banyak jugak gambar yang aku ambik hehe.


latok
Ni la makanan yang kiteorang beli dekat food court mall tadi - Vietnamese roll dengan latok

Next entry, sambung cerita jalan-jalan hari kedua pulak.

Kredit foto: Kak Retna / Sislin / Kak Siti Delima 😉

22 comments:

  1. Wowww bestnya
    Ciknur x penah naik eta ni memang teruja tgkk org naik
    Entahh la bila dpt naik he hee
    Hatyai org kt mknan mcm2 ado yg sukaa mkn2 memang besttt dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang sama je naik tren ktm tu cuma ets ni laju je la Ciknur hehe. Tu la puas hati betul makan2 kat Thailand, sebab semua tempat makanan dia sedap!

      Delete
  2. Bestnya girls' trip macam ni...
    Macam best Naik biz class ETS tu. Balik kampung bole try hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat sis, rasa nak repeat lagi 😄
      Biz class ETS selesa, seat luas, makanan serve 2x memang berbaloi betul 👍🏻

      Delete
  3. Wah...best tu jalan² dengan otai² blogger nie...girls trip lagi, tu yang syiokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni girls' trip ketiga saya pergi tahun ni hehe. Alhamdulillah suami izinkan sbb dia bz sokmo tak dapat nak ambik cuti 😜

      Delete
  4. Hahahaha tak boleh ingat betul udang terpelanting tu hahahaha.. punyalah menikmati ekkkkk adoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terkejut kita udang terpelanting! 😂 Tgh syok2 makan tiba2 terpercik pulak kuah udang ke muka hahaha!

      Delete
  5. seronoknya baca entri ini. terus teruja nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat Abe Kie lagi senang nak ke Hat Yai. Seronok jalan2 cari makan kat sana hehe

      Delete
  6. saya so far baru sekali jer gi thailand, tu pun gi patani, many years ago utk attend conference. kalau my sil and family, mcm setahun berkali2 gi cuti2 thailand tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau MZ foodie, Hat Yai ni recommended la for me sebab banyak makanan halal & sedap2 pulak tu 😄

      Delete
  7. syok tu ke hatyai dgn kwn2....tk pernah juga lg smp hatyai..mmg ada plan tp time tu dh pkp so plan kena postponed smp sudah tk onz haha....syok juga naik ETS tu ye...sronok mkn2 and shopping tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, highly recommended ke Hat Yai ni utk kaki foodie hehe

      Delete
  8. Hahaha akhirnyaaaa!!! Kita suka kita suka.. mcm nk repeat lagi haha tp x tau la bila thn² depan kot 🤣🤣

    Hatyai Mmg sesuai utk kaki makan dan kaki soping hahah #referdirisendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ret pun cepat update! Kita nak baca pengalaman Kak Ret pulak hehehe

      Delete
  9. Dah lama nak try naik ETS ni tapi tak try sampai sekarang. Best juga ya naik business class ni. Tempat yang dilawati menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sis. Seat luas dan boleh pusing ke belakang, ada touch screen, makanan serve 2x. Memang berbaloi 👍🏻

      Delete
  10. WoW! happy enjoy to all. All the best, seronok nya bahagia kan dapat jalan-jalan..macam nak jalan2 juga ni bawa cucu ..cuti dipavali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya bawakla cucu pegi jalan2, mesti dia seronok dan akan dikenang sampai bila2 😊

      Delete
  11. yg kerusi kelas bisnes tu, macam mana dia nk berpusing hadap belakang tu? sebab nampak rapat je dgn kerusi sebelah :o
    pegi hatyai ni tak sah kalau tak JJCM atau shopping. balik hatyai barulah sambung diet balik, makanan kat sana sedap2 dan murah! saya pergi tahun 2019 sekali, niat nak repeat balik, tapi sampai sekarang tk repeat2 lagiii

    ReplyDelete
  12. sekarang dah tahu dah kannnn kenapa org malaysia berbondong2 pergi hat yai hehehhe...

    mkn shopping mkn shopping tu je laa keje nyaaaa sediakan $$$ je...

    part kena scam tu... hmm tak boleh nak kata apa laa...mn2 pun sama je....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .