Salam Rabu kawan-kawan,
Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan Oktober ye. Tinggal 2 bulan je lagi nak melabuhkan tirai tahun ni. Apapun, alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan sepanjang tahun 2025 ni dan semoga yang baik-baik aje untuk kita semua terutama buat saudara-saudara kita di Gaza yang masih lagi menghadapi ujian yang berat yang akan memasuki tahun ke-2 bulan ni 🤲🏻. Teruskan berdoa buat mereka di sana dan jugak kumpulan kemanusiaan yang menyertai Sumud Flotilla, semoga Allah membuka jalan untuk dieorang menyampaikan bantuan buat penduduk di Gaza. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Sabtu lepas, department Suami Terchenta buat event CSR merangkap Family Day. Selama bertahun-tahun dia bekerja kat situ, ni first time kot ada event yang involve ahli keluarga 😅. Selalunya apa-apa event syarikat cuma staff je yang terlibat. Jadi walaupun kena bertolak awal pagi nak ke tempat event ni, kiteorang semangat nak pergi sebab lepas ni tak tau akan ada lagi tak peluang nak join event macam ni.
![]() |
Muka ceria kami sebab julung kali dapat join event syarikat Suami Terchenta |
Nampaknya bukan kiteorang je yang semangat, ramai lagi yang bersemangat datang sebelum pukul 8 lagi! Sampai terpaksa parking dekat tepi jalan sebab kat dalam kawasan pusat latihan tu dah penuh.
![]() |
Dieorang buat dekat pusat latihan syarikat. Meriah tengok staff dengan ahli keluarga masing-masing |
Lepas Suami Terchenta register kehadiran, kiteorang terus pergi jenguk gerai-gerai makanan yang dibuka di situ. Ada gerai yang jual roti, snek, kuih-muih, nasi lemak, bihun Singapore, minuman dan macam-macam lagi. Setiap hasil jualan ni akan didermakan kepada wad salah sebuah hospital di Selangor (aku lupa kat mana).
![]() |
Meriah gerai jualan hari tu, dah macam kat bazaar Ramadhan pulak suasananya 😆 |
Tepat pukul 8, acara perbarisan kumpulan mengikut warna tema pun dimulakan. Bermacam-macam gaya siap ada maskot lagi. Team hijau dengan maskot katak, team kuning dengan maskot harimau dan team biru dengan maskot Power Ranger. Team merah takde maskot tapi dieorang ada orang yang boleh buat backflip! Kiteorang terhibur tengok bermacam-macam gaya dieorang ni masuk ke padang.
![]() |
Acara perbarisan kumpulan mengikut warna tema |
Lepas perbarisan dan berzumba, ada beberapa acara padang yang dibuat iaitu walkathon dan tarik tali. Tapi Suami Terchenta tak ikut pun acara-acara tu, menyebabkan aku membebel sekejap sebab aku dah semangat nak bersorak untuk team Suami Terchenta 😆.
End up kiteorang duduk tengok pertandingan bola tampar dekat sebelah dalam sambil bersorak untuk team Biru (team Suami Terchenta).
![]() |
Ni la masa untuk mencungkil bakat terpendam masing-masing bermain bola tampar... |
Lepas menonton pertandingan bola tampar, kiteorang pergi ke bilik training untuk aktiviti keluarga. Setiap aktiviti ni dikenakan bayaran yang akan disumbangkan dekat wad hospital untuk program CSR hari tu.
![]() |
Acara masukkan bola pingpong dalam cawan kertas |
![]() |
Khadeeja la semangat sikit bermain aktiviti-aktiviti kat sini. Khayla kurang minat, biasalah dah teenagers kan. |
Harap-harap lepas ni ada lagi aktiviti macam ni yang melibatkan keluarga staff jugak. Sebabnya hujung minggu sepatutnya masa untuk bersama keluarga jadi bila ada program yang melibatkan keluarga, dapat la staff spend time dengan keluarga sambil join program anjuran syarikat jugak. Betul tak?
nampak fun lah aktiviti2nya tu! best sgt, yg penting dpt menyumbang kpd target group jugak
ReplyDeleteBetul tu MZ, yg penting dpt meraih dana utk disumbangkan dekat hospital terpilih
Deletesronok tu ada event csr skali family day..mcm2 aktiviti
ReplyDeleteTu la bukan selalu dapat join event company suami ni hihi
DeleteMenarik ni 👍🏻
ReplyDeleteMacam sukan sekolah pulak ye, ada perbarisan hehe
Kan sis, siap ada perbarisan lagi hehe
Deletesiap ada team perbarisan, gitulah bila kerja di syarikat yang besar. staff aja dah ramai dan bila ditambah ahli keluarga lagilah ramai jadinya
ReplyDeleteHmm agaknya la kot kan Ammi. Tapi kali ni dapat join rasa seronok dan dihargai sebab selalunya bila dieorg buat aktiviti luar kerja, cuma involve staff je tapi ambik waktu family.
DeleteBagus kalau ada family day begini. Dulu saat saya di HSBC tiap tahun ada family day. Jadi pasti ajak suami dan anak lah. Saya dah resign tak pernah lagi merasakan. CIMB pula tak pernah buat family day 🤣
ReplyDeleteRasanya cimb dan tempat kerja suami saya tu sama aja, Fanny. Dua2 tak pernah buat family day sebelum ni 😆 mungkin sebab department suami saya ada boss baru dari luar, jadi mungkin dia yang cadangkan untuk ajak keluarga sekali tahun ni 😜
Deletemeriah acaranya...
ReplyDeleteyg ambil bhagian pun sporting belaka👍👍👍
patut buat selalu event mcm ni