Bersenam Mengikut Kitaran Haid Wanita

Aku terjumpa info yang menarik tentang senaman mengikut kitaran haid wanita:



Bagi aku, info ni sangat membantu dari segi emosi. Sebab ada masa bila bersenam, aku rasa energy level aku drop walaupun malam sebelumnya aku dah cukup tidur. Contohnya minggu ni hari pertama dan kedua berlari, aku rasa bertenaga dan pace pun dah semakin baik. Tapi dari semalam lagi, aku rasa - ya Allah, kenapa struggle giler nak berlari ni?

Yes, the struggle is real 😂. Aku agak demotivated semalam selepas berlari sebab aku rasa penat tu macam aku dah berlari 5km, bukan 3km. 


apple watch
Progress minggu ni

Bila difikirkan balik, mungkin minggu ni aku dalam fasa luteal, di mana energy level aku paling rendah masa ni. Kalau aku tak tau, mungkin esok aku give up berlari sebab penatnya luar biasa. Memandangkan aku baru je mula berlari, jadi aku kena pastikan aku berlari setiap hari supaya momentum / stamina tu tak jatuh. Tapi sekarang bila aku dah tau minggu ni minggu yang paling tak bertenaga, jadi aku mungkin kena slow down pace atau kurangkan jarak supaya tak cepat putus asa. Balik rumah, rehat sekejap dan buat strength training pulak. Yang penting, keep showing up dan keep it consistent! 💪🏻

Bak senikata lagu 'Don't Give Up on Me':

I'm not givin' up
I'm not givin' up, givin' up, no, not me
Even when nobody else believes
I'm not goin' down that easily
So don't give up on me.

Selamat berhujung minggu kawan-kawan!

Post a Comment

11 Comments

  1. Replies
    1. Waalaikumussalam. Baik2 aje tengah merajinkan diri bersenam setiap hari ni hehe.

      Delete
  2. Ada masa memang mood kita drop . Jenuh kan. Saya pun sama. Apalagi saya olahraga indoor. Mudah sangat utk bosan. Tapi memang hrs dipaksa.

    Cuma kalau sedang awal2 haid, biasanya saya pilih olahraga strength yg banyak posisi tiduran saja.

    Nak treadmill saat haid pertama, memang tak mood lah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood nya ada tapi energy nya yang drop huhu. Terpaksa akur badan kita ni ikut kitaran hormon tak boleh dipaksa sangat 😅

      Delete
  3. ilmu baru untuk saya,kadang paksa diri bersenam rupanya badan pun ada fasa dia sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lepas faham ni saya tak rasa down sangat bila tak dapat nak capai target berlari. Janji tiap2 hari bersenam 😊

      Delete
  4. Teruskan semabgat, datangkan rasa bahagia dalam kehidupan ni ya..semoga kembali ceria..tak apa normal wanita muda haid ya..banyakkan bersabar ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena terima hakikat badan wanita ni ikut hormon jadi bila bersenam tak boleh dipaksa2 sangat. Ada harinya workout yang keras dan ada hari santai2 aje.

      Delete
  5. ooo ya ke? baru tahu thanks for sharing...

    sy, kalau time period, banyak bergerak...confirm malam2 nya akan tidur nyenyak sampai ke pagi walaupun tak laa terasa macam penat sgt pun

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .