Breakfast Date dengan BFF di The Red Beanbag Cafe

Ni pun entry throwback bulan Disember jugak. Haha. Tu la siapa suruh malas update blog bulan lepas 🤪. Kan dah bersusun-susun entry throwback kat sini hihi.

BFF aku mengajak sarapan pagi sebab kiteorang dah lama tak jumpa. Kali ni kiteorang bersarapan di kafe berhampiran rumah Zura iaitu kafe The Red Beanbag (RBB).


The Red Beanbag
The Red Beanbag Cafe yang terletak di Menara Mudajaya @ Mutiara Damansara

Kalau Mokky's Pizza ialah New York-inspired, RBB pulak ialah kafe Australian-inspired. Hujung minggu, kafe ni padat dengan pelanggan terutama keluarga dengan anak-anak kecik sebab dekat tingkat atas kafe ni ada taman permainan untuk anak-anak bermain. Tapi disebabkan kiteorang sampai awal pukul 8.30 pagi, jadi suasana kafe agak lengang dan selesa untuk berborak.


The Red Beanbag
Hiasan dalaman kafe yang menarik ditambah pulak dengan hiasan Krismas masa tu

Menu di RBB ni kebanyakannya ialah hidangan Western, tapi ada la satu dua menu tempatan dan Jepun. Selain hidangan berat, RBB turut menyediakan pilihan kek dan pai.


The Red Beanbag
Kek dan pai yang dihidangkan di meja kek 

Pagi-pagi biasanya aku tak cari benda manis, jadi aku pesan Signature Baked Eggs yang dihidangkan dengan toasted sourdough. Portion nya agak besar bagi aku.


The Red Beanbag
Signature Baked Eggs (RM32)

Zura pulak pesan The Hungry Caterpillar, iaitu mini pancakes yang dihidangkan dengan buah-buahan dan jem strawberry.


The Red Beanbag
The Hungry Caterpillar (RM19). Comel giler kan?


Pada mulanya, aku tak plan nak pesan pencuci mulut tapi tetiba aku ternampak ada tiramisu. Harus la aku mencuba tiramisu kat sini sebab nak bandingkan dengan tiramisu di Pizza Duo.


The Red Beanbag
Tira-Miss U (RM22) kongsi dengan Zura. My verdict, tiramisu Pizza Duo tetap yang paling ringan dan tak cepat muak

Overall, makanan kat sini menepati citarasa aku. Servis pun cepat. Cuma kena datang awal je sebab kafe ni cepat penuh pada hujung minggu.


The Red Beanbag
TQ BFF Zura, belanja breakfast 🫶🏻

Post a Comment

24 Comments

  1. food plating nya so nice. cute sgt caterpillar tu! best dpt dating dgn bff ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Memang nampak appetising betul bila food plating lawa macam ni 😄

      Delete
  2. comelnya pancake tu.. memang catterpillar betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan? Budak2 seronok la kalau pancake datang dalam bentuk comel macam ni hihi

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah, sedap makanan kat situ. Harga tu standard western cafe 🤭

      Delete
  4. tiramisu looks yummy, I want to try too :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiramisu sedap tapi agak muak sikit jadi tak dapat nak habiskan walaupun kongsi berdua 😅 maybe sebab baked eggs tu pun mengenyangkan jugak jadi tak banyak space dalam perut untuk dessert

      Delete
  5. saya pun banyak juga ni entry throwback,ntah rajin ke tak nak throwback
    cute sangat Hungry Caterpillar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, datang mood rajin baru nak meng update sambil clear gambar2 dalam phone 😅

      Delete
  6. Persembahan makanan memang bagus. Alhamdulillah makanan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, persembahan makanannya menambahkan selera.

      Delete
  7. The Hungry Caterpillar tu cute sangat. Memang best tengok The Red Beanbag Cafe ni, menu dan tempatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak, tempat cantik nak parking pun senang. Cuma jauh sikit dari rumah saya (jarak dalam 15-20 minit).

      Delete
  8. Comelnya caterpillar tu ...
    Best la cafe lengang, boleh borak sakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan sis? Kalau saya rasa sayang pulak nak makan haha. Sekejap je lengang, pukul 9 onwards dah start penuh kafe tu. Kiteorg bernasib baik sbb datang awal hihi.

      Delete
  9. Sayang pulak nak makan The Hungry Caterpillar tu... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Uncle? Saya pun rasa sayang sebab comel sangat caterpillar nya haha

      Delete
  10. mengancam pulak tengok tiramisu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, memang mengancam. Portion besar boleh share 2-3 orang.

      Delete
  11. Dipikir2 saya jadi penasaran pula, Australian foods ini apa khas nya yaa? Atau macam western biasa 😅? Ada 1 influencer keturunan Aussie-malaysia, menikah dengan wanita Indonesia. Dia sering sebut2 pie yg jadi makanan yg banyak dijual di Aussie. Tapi ntahlah itu benar2 makanan khas Aussie atau sekedar banyak dijual di sana 😄. Sebab pie pun yg saya tahu banyak dijual di mana2.

    Comeeel nya si Caterpillar tuh, tp agaknya mesti kongsi 😂. Tak sanggub habiskan semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, saya pun tak pasti Fanny 😅 mungkin Australian-inspired tu maksudnya dekorasi kafe tu kot.

      Delete
  12. Wah, tempat special ni tau..sangat kreatif..deko menarik bagi saya..persembahan juadah wow!! amazing..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .