Ni pun entry throwback bulan Disember jugak. Haha. Tu la siapa suruh malas update blog bulan lepas 🤪. Kan dah bersusun-susun entry throwback kat sini hihi.
BFF aku mengajak sarapan pagi sebab kiteorang dah lama tak jumpa. Kali ni kiteorang bersarapan di kafe berhampiran rumah Zura iaitu kafe The Red Beanbag (RBB).
![]() |
| The Red Beanbag Cafe yang terletak di Menara Mudajaya @ Mutiara Damansara |
Kalau Mokky's Pizza ialah New York-inspired, RBB pulak ialah kafe Australian-inspired. Hujung minggu, kafe ni padat dengan pelanggan terutama keluarga dengan anak-anak kecik sebab dekat tingkat atas kafe ni ada taman permainan untuk anak-anak bermain. Tapi disebabkan kiteorang sampai awal pukul 8.30 pagi, jadi suasana kafe agak lengang dan selesa untuk berborak.
![]() |
| Hiasan dalaman kafe yang menarik ditambah pulak dengan hiasan Krismas masa tu |
Menu di RBB ni kebanyakannya ialah hidangan Western, tapi ada la satu dua menu tempatan dan Jepun. Selain hidangan berat, RBB turut menyediakan pilihan kek dan pai.
![]() |
| Kek dan pai yang dihidangkan di meja kek |
Pagi-pagi biasanya aku tak cari benda manis, jadi aku pesan Signature Baked Eggs yang dihidangkan dengan toasted sourdough. Portion nya agak besar bagi aku.
![]() |
| Signature Baked Eggs (RM32) |
Zura pulak pesan The Hungry Caterpillar, iaitu mini pancakes yang dihidangkan dengan buah-buahan dan jem strawberry.
![]() |
| The Hungry Caterpillar (RM19). Comel giler kan? |
Pada mulanya, aku tak plan nak pesan pencuci mulut tapi tetiba aku ternampak ada tiramisu. Harus la aku mencuba tiramisu kat sini sebab nak bandingkan dengan tiramisu di Pizza Duo.
![]() |
| Tira-Miss U (RM22) kongsi dengan Zura. My verdict, tiramisu Pizza Duo tetap yang paling ringan dan tak cepat muak |
Overall, makanan kat sini menepati citarasa aku. Servis pun cepat. Cuma kena datang awal je sebab kafe ni cepat penuh pada hujung minggu.
![]() |
| TQ BFF Zura, belanja breakfast 🫶🏻 |







24 Comments
food plating nya so nice. cute sgt caterpillar tu! best dpt dating dgn bff ;)
ReplyDeleteKan! Memang nampak appetising betul bila food plating lawa macam ni 😄
Deletecomelnya pancake tu.. memang catterpillar betul..
ReplyDeleteComel kan? Budak2 seronok la kalau pancake datang dalam bentuk comel macam ni hihi
Deletesedap nmpk menu yg di order tu
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap makanan kat situ. Harga tu standard western cafe 🤭
Deletetiramisu looks yummy, I want to try too :D
ReplyDeletetiramisu sedap tapi agak muak sikit jadi tak dapat nak habiskan walaupun kongsi berdua 😅 maybe sebab baked eggs tu pun mengenyangkan jugak jadi tak banyak space dalam perut untuk dessert
Deletesaya pun banyak juga ni entry throwback,ntah rajin ke tak nak throwback
ReplyDeletecute sangat Hungry Caterpillar tu
Tu la, datang mood rajin baru nak meng update sambil clear gambar2 dalam phone 😅
DeletePersembahan makanan memang bagus. Alhamdulillah makanan sedap.
ReplyDeleteYa, persembahan makanannya menambahkan selera.
DeleteThe Hungry Caterpillar tu cute sangat. Memang best tengok The Red Beanbag Cafe ni, menu dan tempatnya.
ReplyDeleteTu la kak, tempat cantik nak parking pun senang. Cuma jauh sikit dari rumah saya (jarak dalam 15-20 minit).
DeleteComelnya caterpillar tu ...
ReplyDeleteBest la cafe lengang, boleh borak sakan :)
Comel kan sis? Kalau saya rasa sayang pulak nak makan haha. Sekejap je lengang, pukul 9 onwards dah start penuh kafe tu. Kiteorg bernasib baik sbb datang awal hihi.
DeleteSayang pulak nak makan The Hungry Caterpillar tu... hahaha
ReplyDeleteKan Uncle? Saya pun rasa sayang sebab comel sangat caterpillar nya haha
Deletemengancam pulak tengok tiramisu tu.
ReplyDeleteHaha, memang mengancam. Portion besar boleh share 2-3 orang.
DeleteDipikir2 saya jadi penasaran pula, Australian foods ini apa khas nya yaa? Atau macam western biasa 😅? Ada 1 influencer keturunan Aussie-malaysia, menikah dengan wanita Indonesia. Dia sering sebut2 pie yg jadi makanan yg banyak dijual di Aussie. Tapi ntahlah itu benar2 makanan khas Aussie atau sekedar banyak dijual di sana 😄. Sebab pie pun yg saya tahu banyak dijual di mana2.
ReplyDeleteComeeel nya si Caterpillar tuh, tp agaknya mesti kongsi 😂. Tak sanggub habiskan semua
Haha, saya pun tak pasti Fanny 😅 mungkin Australian-inspired tu maksudnya dekorasi kafe tu kot.
DeleteWah, tempat special ni tau..sangat kreatif..deko menarik bagi saya..persembahan juadah wow!! amazing..
ReplyDeleteMemang kafe hipster ni hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .