Dua minggu lepas, Suami Terchenta bagitau dapat jemputan ke majlis kahwin anak staff dia di Bangi. Pagi tu lepas anak-anak habis mengaji, kiteorang terus bersiap-siap untuk memenuhi jemputan perkahwinan anak staff Suami Terchenta.
![]() |
| Pakai tudung sulam beli dari Nenahijabs, buat style macam selendang bahu |
![]() |
| Merasmikan kerongsang pemberian dari blogger Mama Zharfan 🫶🏻 |
Majlis dibuat di venue perkahwinan terbaru di Bangi iaitu ARJUNA. Lawa tempat ni, klasik dan bercirikan tradisi Melayu.
![]() |
| ARJUNA |
Sampai-sampai je, kiteorang terus ambik gambar di photo booth dan tinggalkan ucapan buat pengantin baru dalam buku tetamu.
![]() |
| Mengabadikan ucapan selamat pengantin baru dalam buku tetamu |
Disebabkan kiteorang sampai agak lewat dalam pukul 2 petang, jadi banyak la meja kosong. Kalau sampai awal, mesti kena parking kat luar sebab parking agak limited jugak. Tapi bila sampai lambat, lauk pun tinggal sikit je hihi. Tapi dapat la merasa ayam seketul, daging seketul dua dan dessert cendol. Alhamdulillah. Rupa-rupanya pihak catering dah jadualkan bila nak keluarkan stok lauk sebab lepas kiteorang habis makan, baru lauk ditambah tapi tetamu yang baru datang kena tunggu nasi pulak. Rasanya pihak catering kena improve lagi timing dieorang mengisi semula lauk kenduri dan nasi. Yalah, tempat masih baru lagi kan, mesti la masih kekok lagi.
![]() |
| Ruang makan yang cantik |
Ada tempat bergambar jugak di sini iaitu replika rumah kampung ni. Ramai tetamu yang ambik kesempatan untuk bergambar di sini termasuk la aku dan Suami Terchenta. Anak-anak memang idok ler nak bergambar, tu pun bila suruh ambik gambar kiteorang tu haaa... sayup-sayup je gambar kiteorang diambiknya! 🤣
![]() |
| Ala-ala rumah kampung |
Alhamdulillah, dapat doorgift beg pouch, gula-gula dan teh uncang. Suami Terchenta dapat doorgift gempak sikit - non-woven bag dengan tumbler kaca warna purple, matchy2 betul dengan botol air aku hihi.
![]() |
| Doorgift dari wedding Atikah & Hafiza |
Buat pengantin baru Atikah & Hafiza - "“Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair”. Semoga perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan keberkatan, sakinah, mawaddah dan rahmat Allah SWT 🤲🏻.







33 Comments
Kacak ARJUNA ya.. mun kmk pn mst x lepas peluang bergambar... sinun best byk option nk sewa, dr murah ke mahal ada.. kita sitok masih lom jd trend gilak bisnes gitok, di kuching br stat juak tp kebanyakkan sidak molah banglo utk disewa jd event venue
ReplyDeleteAok sitok banyak wedding venue kedak tok
Deletenice sgt tempat ni! bestnya goodies tu...lawa sgt tumbler pepel tu! yayy u dh pakai brooch dragonfly tu ;) i got one for myself too ;) i rasa design tu unik kan...sbb biasanya byk design bunga, love or butterfly ajer
ReplyDeleteAah sebab warna pepel bertambah lawa la tumbler tu hehe. TQ for the brooch tau! It's so pretty and matchy2 dgn my outfit!
Deletebanyaknya goodies kita pula yang happy tengoknya..done klik iklan jemput singgah blog sha juga
ReplyDeleteInsha Allah, nanti kita datang singgah & klik iklan 🫶🏻
Deletemenarik juak door gift nya tek
ReplyDeleteAok, nang best door gift wedding anak staff tok.
DeleteCantik tmptnya
ReplyDeleteAla2 kg yq
Tmpt ootd wajibbb kan kita bergambar
Ya Cik Nor, memang venue ni bertemakan kampung Melayu. Memang kena sangat dah berbaju kurung ada pulak replika rumah kampung tu hihi
Deletelawa replika rumah tu...sayup2 gambarnya pun, lawa juga tu...
ReplyDeleteLawa kan? Feel macam kat kampung 😄
DeleteLurvvv your look sista 👍🏻
ReplyDeleteNampak grand juga tempat ni ... Klasik vibe
TQ sis 🫶🏻 Betul, klasik vibe betul kat venue ni.
DeleteUncle suka la kaler baju tu... anggun!
ReplyDeleteTerima kasih Uncle! Baju ni sebenarnya nak pakai masa wedding adik hujung bulan ni, saya test pakai dulu kot2 la nak kena alter ke hehe.
DeleteTunggu nasi itu yang azab.
ReplyDeleteSama hari itu kenduri ada yang kena tunggu nasi masak.
Itulah, kesian tetamu yang datang lepas kiteorang sebab dieorang kena tunggu nasi sampai. Lauk dah diisi semula, nasi pulak yang tak sampai2 lagi.
DeleteSy kalau nak dtg kenduri kawen kena dtg selepas pengantin dah masuk dewan.. time tu tak la ramai org huhuu..
ReplyDeleteKiteorang akan pergi lepas Zohor sebab masa tu dah tak penuh sangat dengan tetamu, cuma risikonya lauk dah habis je la hehe
DeletePatut dah habis mknn dlm try tu pihak catering terus la reload segala makanan yg ada .. kenapa nak kena tunggu kan.. sebab kalau dah bajet 1000 org makan.. kalau tak cukup tak apa lah.. bab nasi habis tu tak leh terima haha..
ReplyDeleteEntah la, dieorang belum mahir lagi nak menguruskan catering kat majlis kahwin kot. Semoga ada penambahbaikan dekat situ. Kesian emcee kena mintak maaf banyak kali kat tetamu yang datang tapi nasi tak sampai lagi 😅
DeleteBtw cantik pulak tgk tempat wedding ni.. kampung style.. open air.. dgn door gift dia pun nice.. biasa buat open air ni dato datin tak lepak lama2 panas katanya hahaha..
ReplyDeleteHahaha! Nasib baik kiteorang bukan dato datin 🤪
DeleteEh byk pulak aku komen hahaha..
ReplyDeleteLaju sangat tekan publish ni hihi
Deletezaman sekarang tempat wedding semuanya meriah2 & cantik2.
ReplyDeleteYe Cie. Tinggal nak pilih je yg mana satu. Budaya rewang sekarang dah makin pupus. Tak pasti la kalau yang buat majlis kat kampung masih buat lagi ke gotong-royong memasak lauk kenduri ni.
DeleteSaya belum pakai brooch dari kak Suz. Tapi punya saya gambar bunga. Nanti nak pakai saat ada acara saja.
ReplyDeleteTudung macam shawl yg Carneyz pakai, saya belum pandai pakainya. Asik tak rapi 😅😅. Lebih suka tudung bawal yg Carneyz bagi 2 tahun lalu, LBH mudah dipakai 😂.
Memang cantiiiik deko tempat nya. Mungkin Krn banyak kayu, jadi kesannya homey sangat
Saya pun tunggu ada majlis baru dapat pakai hihi. Sayang pulak nak pakai hari2.
DeleteLately saya suka pakai shawl berbanding bawal. Entah kenapa bila pakai bawal nampak muka saya macam bulat sikit 😅 Shawl dari nenahijabs ni kainnya mudah bentuk, flowy dan ringan. Saya suka sangat 😻
Wah tempat majlis kahwin sangat menarik..suasana seolah membawa ingatan zaman lalu yang sangat indah tu..menarik..
ReplyDeleteYa cikgu, dekat sini banyak dewan perkahwinan yang cantik2 macam tempat ni. Tinggal nak pilih je ikut bajet masing2.
Deletesukaaaaa tempat macam ni...
ReplyDeleteberapa agaknya ya sewa buat majlis kat sini?
tentu mahal hehehe
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .