Pergi Wedding Anak Staff Suami Terchenta

Dua minggu lepas, Suami Terchenta bagitau dapat jemputan ke majlis kahwin anak staff dia di Bangi. Pagi tu lepas anak-anak habis mengaji, kiteorang terus bersiap-siap untuk memenuhi jemputan perkahwinan anak staff Suami Terchenta.


selendang nenahijabs
Pakai tudung sulam beli dari Nenahijabs, buat style macam selendang bahu

kerongsang
Merasmikan kerongsang pemberian dari blogger Mama Zharfan 🫶🏻

Majlis dibuat di venue perkahwinan terbaru di Bangi iaitu ARJUNA. Lawa tempat ni, klasik dan bercirikan tradisi Melayu.


ARJUNA
ARJUNA
 

Sampai-sampai je, kiteorang terus ambik gambar di photo booth dan tinggalkan ucapan buat pengantin baru dalam buku tetamu.


ARJUNA
Mengabadikan ucapan selamat pengantin baru dalam buku tetamu

Disebabkan kiteorang sampai agak lewat dalam pukul 2 petang, jadi banyak la meja kosong. Kalau sampai awal, mesti kena parking kat luar sebab parking agak limited jugak. Tapi bila sampai lambat, lauk pun tinggal sikit je hihi. Tapi dapat la merasa ayam seketul, daging seketul dua dan dessert cendol. Alhamdulillah. Rupa-rupanya pihak catering dah jadualkan bila nak keluarkan stok lauk sebab lepas kiteorang habis makan, baru lauk ditambah tapi tetamu yang baru datang kena tunggu nasi pulak. Rasanya pihak catering kena improve lagi timing dieorang mengisi semula lauk kenduri dan nasi. Yalah, tempat masih baru lagi kan, mesti la masih kekok lagi.


ARJUNA
Ruang makan yang cantik

Ada tempat bergambar jugak di sini iaitu replika rumah kampung ni. Ramai tetamu yang ambik kesempatan untuk bergambar di sini termasuk la aku dan Suami Terchenta. Anak-anak memang idok ler nak bergambar, tu pun bila suruh ambik gambar kiteorang tu haaa... sayup-sayup je gambar kiteorang diambiknya! 🤣


ARJUNA
Ala-ala rumah kampung

Alhamdulillah, dapat doorgift beg pouch, gula-gula dan teh uncang. Suami Terchenta dapat doorgift gempak sikit - non-woven bag dengan tumbler kaca warna purple, matchy2 betul dengan botol air aku hihi.


Doorgift wedding
Doorgift dari wedding Atikah & Hafiza


Buat pengantin baru Atikah & Hafiza - "“Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair”. Semoga perkahwinan yang dibina dilimpahi dengan keberkatan, sakinah, mawaddah dan rahmat Allah SWT 🤲🏻.

Post a Comment

33 Comments

  1. Kacak ARJUNA ya.. mun kmk pn mst x lepas peluang bergambar... sinun best byk option nk sewa, dr murah ke mahal ada.. kita sitok masih lom jd trend gilak bisnes gitok, di kuching br stat juak tp kebanyakkan sidak molah banglo utk disewa jd event venue

    ReplyDelete
  2. nice sgt tempat ni! bestnya goodies tu...lawa sgt tumbler pepel tu! yayy u dh pakai brooch dragonfly tu ;) i got one for myself too ;) i rasa design tu unik kan...sbb biasanya byk design bunga, love or butterfly ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sebab warna pepel bertambah lawa la tumbler tu hehe. TQ for the brooch tau! It's so pretty and matchy2 dgn my outfit!

      Delete
  3. banyaknya goodies kita pula yang happy tengoknya..done klik iklan jemput singgah blog sha juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah, nanti kita datang singgah & klik iklan 🫶🏻

      Delete
  4. Replies
    1. Aok, nang best door gift wedding anak staff tok.

      Delete
  5. Cantik tmptnya
    Ala2 kg yq
    Tmpt ootd wajibbb kan kita bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Cik Nor, memang venue ni bertemakan kampung Melayu. Memang kena sangat dah berbaju kurung ada pulak replika rumah kampung tu hihi

      Delete
  6. lawa replika rumah tu...sayup2 gambarnya pun, lawa juga tu...

    ReplyDelete
  7. Lurvvv your look sista 👍🏻
    Nampak grand juga tempat ni ... Klasik vibe

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sis 🫶🏻 Betul, klasik vibe betul kat venue ni.

      Delete
  8. Uncle suka la kaler baju tu... anggun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Uncle! Baju ni sebenarnya nak pakai masa wedding adik hujung bulan ni, saya test pakai dulu kot2 la nak kena alter ke hehe.

      Delete
  9. Tunggu nasi itu yang azab.
    Sama hari itu kenduri ada yang kena tunggu nasi masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kesian tetamu yang datang lepas kiteorang sebab dieorang kena tunggu nasi sampai. Lauk dah diisi semula, nasi pulak yang tak sampai2 lagi.

      Delete
  10. Sy kalau nak dtg kenduri kawen kena dtg selepas pengantin dah masuk dewan.. time tu tak la ramai org huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang akan pergi lepas Zohor sebab masa tu dah tak penuh sangat dengan tetamu, cuma risikonya lauk dah habis je la hehe

      Delete
  11. Patut dah habis mknn dlm try tu pihak catering terus la reload segala makanan yg ada .. kenapa nak kena tunggu kan.. sebab kalau dah bajet 1000 org makan.. kalau tak cukup tak apa lah.. bab nasi habis tu tak leh terima haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la, dieorang belum mahir lagi nak menguruskan catering kat majlis kahwin kot. Semoga ada penambahbaikan dekat situ. Kesian emcee kena mintak maaf banyak kali kat tetamu yang datang tapi nasi tak sampai lagi 😅

      Delete
  12. Btw cantik pulak tgk tempat wedding ni.. kampung style.. open air.. dgn door gift dia pun nice.. biasa buat open air ni dato datin tak lepak lama2 panas katanya hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nasib baik kiteorang bukan dato datin 🤪

      Delete
  13. zaman sekarang tempat wedding semuanya meriah2 & cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Cie. Tinggal nak pilih je yg mana satu. Budaya rewang sekarang dah makin pupus. Tak pasti la kalau yang buat majlis kat kampung masih buat lagi ke gotong-royong memasak lauk kenduri ni.

      Delete
  14. Saya belum pakai brooch dari kak Suz. Tapi punya saya gambar bunga. Nanti nak pakai saat ada acara saja.

    Tudung macam shawl yg Carneyz pakai, saya belum pandai pakainya. Asik tak rapi 😅😅. Lebih suka tudung bawal yg Carneyz bagi 2 tahun lalu, LBH mudah dipakai 😂.

    Memang cantiiiik deko tempat nya. Mungkin Krn banyak kayu, jadi kesannya homey sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tunggu ada majlis baru dapat pakai hihi. Sayang pulak nak pakai hari2.

      Lately saya suka pakai shawl berbanding bawal. Entah kenapa bila pakai bawal nampak muka saya macam bulat sikit 😅 Shawl dari nenahijabs ni kainnya mudah bentuk, flowy dan ringan. Saya suka sangat 😻

      Delete
  15. Wah tempat majlis kahwin sangat menarik..suasana seolah membawa ingatan zaman lalu yang sangat indah tu..menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cikgu, dekat sini banyak dewan perkahwinan yang cantik2 macam tempat ni. Tinggal nak pilih je ikut bajet masing2.

      Delete
  16. sukaaaaa tempat macam ni...
    berapa agaknya ya sewa buat majlis kat sini?
    tentu mahal hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .