Gema Pekik Palu: Pertandingan Bakat Tradisi

Salam Rabu kawan-kawan,

Awal bulan ni, Khayla dan kawan-kawan masuk Gema Pekik Palu: Pertandingan Bakat Tradisi di The Campus Ampang.


Gema Pekik Palu poster
Poster pertandingan (kredit imej: Instagram @pekikmy)

Ada tiga kategori yang dipertandingkan - Tunas Seni (7-12 tahun), Mekar Warisan (13-17 tahun) dan Gema Pusaka (18 tahun ke atas).

Mujurlah program CR Day di Bangi tak clash dengan event jadi dapatlah kiteorang menonton persembahan Khayla dan kawan-kawan sambil bagi sokongan. Tiket masuk ialah RM10 seorang. Demi nak tengok anak yang seorang ni beraksi, pejam mata dan bayar jelah!

Kumpulan Adipatra ialah kumpulan pertama yang membuat persembahan, mungkin sebab dieorang ada banyak alat muzik yang kena set up awal-awal.


Gema Pekik Palu
Masa ni tengah buat sound check lagi

Gema Pekik Palu
Sebahagian dari aksi kumpulan Adipatra semasa buat persembahan

Dieorang membawakan lagu medley dan persembahan pun tak lama - tak sampai 10 minit dah selesai. Disebabkan kumpulan dieorang yang pertama naik ke pentas, emcee pun tak warm up lagi masa tu jadi takde la sesi temubual tak macam peserta-peserta yang lain.


Gema Pekik Palu
Ada kod QR kat belakang tu untuk undi pilihan penonton. Siapa yang bawak ramai penyokong, dieorang la yang menang undi!

Aku ambik jugak gambar dan video persembahan dari peserta-peserta yang lain (kecuali peserta terakhir merangkap juara kategori Mekar Warisan sebab masa tu bateri hp aku dah mati). Persembahan yang lain kebanyakannya memang sangat 'wow' lah. Kebanyakan peserta dari kategori Tunas Seni dan Mekar Warisan mempersembahkan tarian tradisional manakala selebihnya menyanyi. 


Gema Pekik Palu
Persembahan dari kategori Tunas Seni. Adik yang pakai baju hijau kuning tu suara dia power betul, tapi tak dapat menandingi persembahan penuh bertenaga dari penari-penari cilik dalam gambar tengah atas yang siap junjung lagi kawan dieorang masa menari!

Gema Pekik Palu
Persembahan dari kategori Mekar Warisan merangkap pesaing-pesaing kumpulan Adipatra. Aku paling kagum dengan peserta yang buat persembahan tarian tradisional India tu sebab dieorang menari bukan setakat dengan lenggok badan, siap dengan mimik muka lagi - kejap buat muka senyum, kejap buat muka bengis 😅

Gema Pekik Palu
Yang ni pulak dari kategori Gema Pusaka

Dan akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman pemenang untuk setiap kategori. Sayangnya bukan rezeki kumpulan Adipatra kali ni untuk mendapat tiga tempat teratas - dieorang dapat tempat keempat keseluruhan.


Gema Pekik Palu
Kumpulan juara tu buat tarian orang asli rasanya. Yang naib juara tu menari tarian kuda kepang. Tapi yang untung kumpulan dapat tempat ketiga sebab dieorang dapat tempat ketiga dan menang undi pilihan penonton jadi jumlah wang tunai dieorang menang sama / lebih banyak dari kumpulan juara kalau tak silap 😅

Gema Pekik Palu
Juara kategori Tunas Seni - memang best persembahan dieorang sebab sangat bertenaga dan lincah!

Gema Pekik Palu
Yang ni pulak barisan pemenang dari kategori Gema Pusaka

Alhamdulillah 'ala kulli haal. Walaupun tak menang, tapi yang penting usaha dan semangat dieorang mewakili sekolah tu. Nanti boleh dapat markah PAJSK sebab event ni bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.


Gema Pekik Palu
Semua peserta tak pulang tangan kosong - dapat pingat sagu hati dan sijil kalau tak silap

Korang boleh tengok video yang aku rakam semasa pertandingan kat bawah ni ye:

 

Post a Comment

1 Comments

  1. Well done Adipatra! Pengalaman tu yg berharga 👍🏻
    Aktif ye anak² sis. Keep it up.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .