Kisah Tercicir AirTag Di Stesen LRT Masjid Jamek

Salam Jumaat semua,

Semalam aku bawak mak jalan-jalan ke Bangunan Sultan Abdul Samad sebab mak belum pernah lagi jejak kaki ke sini sejak tempat ni dibuka semula awal tahun ni. Kiteorang naik LRT ke sini dan turun di stesen Masjid Jamek.

Dah lintas jalan menuju ke Masjid Jamek dan masa lalu di shortcut tepi masjid tu, tiba-tiba dapat notification "Carneyz Key Left Behind". Eh biar betik. Terus aku keluarkan kunci tu sekali dengan kad TnG sekali - ada je kunci aku. Cuma bila aku check balik, rupa-rupanya AirTag yang aku letak belakang kunci (sebab aku selalu misplaced access card kondo sebab tu terpaksa letak AirTag supaya senang nak cari) dah tercicir, agaknya masa aku tap kad TnG dekat palang tiket masa keluar tu.

Aku bagitau mak aku kena patah balik ke stesen LRT nak cari AirTag yang tercicir tu. Bukak aplikasi Find My dan terus locate kedudukan AirTag - nampaknya masih lagi di stesen LRT dan tak bergerak. Kalau bergerak, maksudnya ada yang jumpa dan dah rembat la AirTag tu.

Dalam hati berdoa semoga jumpa balik AirTag. Sampai je di stesen LRT tadi, aku tekan balik AirTag 'Carneyz Key' tu dan aplikasi Find My terus cari lokasi tepat di mana AirTag tu berada. Masa aku lalu dekat sebelah cart cleaner (cleaner tak tau pergi mana masa tu), aplikasi tu terus tunjuk yang AirTag ada dekat-dekat situ kurang dari 3m dari cart tu. Mujur ada fungsi 'Play Sound' dan bila aku tekan je, AirTag pun mengeluarkan bunyi yang jelas. Rupa-rupanya AirTag tu ada atas cart cleaner. Mungkin masa cleaner tengah menyapu, dia terjumpa AirTag yang tercicir dan letakkan dalam cart supaya tak diambil orang lain, aku berhusnuzon. 

Since cleaner takde kat situ, aku capai AirTag tu dan untuk memastikan yang AirTag tu betul-betul aku punya, aku mainkan 'Play Sound' sekali lagi. Alhamdulillah, sah la AirTag tu kepunyaan aku sebab dia berbunyi hihi.

Legaaaa sangat dapat jumpa balik AirTag 😮‍💨. Kalau tak, rosak mood aku nak berjimba dengan mak semalam! 😅


Bangunan Sultan Abdul Samad
Gambar dengan mak ni diambil selepas dah jumpa balik AirTag 🤭 Kiteorang matchy2 tudung hijau olive semalam 

Post a Comment

1 Comments

  1. Cuak juga tu, tapi alhamdulillah jumpa dgn selamatnya.
    Seronoknya berjimbaan dgn insan istimewa :D

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .