Tengok Movie Spider-man: Brand New Day

Salam Rabu kawan-kawan,

Bersambung dari kisah sini.

Suami Terchenta menyuarakan hasrat nak tonton filem Spider-man: Brand New Day. Jadi aku pun terus book tiket untuk kami berempat di TGV KLCC.


TGV KLCC
Ruang legar TGV KLCC ni dah berubah wajah dari kali terakhir kiteorang ke sini


TGV KLCC
Pergi ambil makanan dan minuman yang dah dipesan online dulu sementara menunggu giliran masuk cinema hall

Macam biasa, kalau tengok wayang wajib ambik sekali popcorn dan minuman. Tambah jugak chicken minis combo dengan cheesy sauce. Seat aku dapat murah (RM15), beza RM10 dari harga seat biasa (RM25) selepas redeem 300 Movie Money. Total damage keseluruhan untuk tiket wayang dan makanan + minuman ialah RM151. Mahal betul aktiviti tengok wayang sekarang ni sebab tu kami jarang-jarang pergi.

Kalau anak-anak excited bergambar dengan watak-watak Chiikawa, mak pak dieorang pulak nak posing depan replika sesawang labah-labah ni hehe.


TGV KLCC
Tudiaaa... penuh tangan kiri kana pegang makanan dan minuman hehe

Akhirnya giliran kiteorang untuk masuk. Masa tunjuk kod QR tiket, petugas TGV bagi poster Spiderman sebanyak 4 keping. Nak taknak kena ambik jugak haha 😅. Yang peminat Spider-man seorang je, poster sampai 4 keping nak buat apa la tu 🤭. Sekeping aku bagi dekat Uyum. Sekeping rosak kena cheese sauce. Tinggal lagi 2 keping yang tak tau nak buat apa dengan poster tu 😜.


TGV KLCC
Mintak Khadeeja posing sambil pegang poster Spiderman

Masa booking tiket, aku pilih kerusi di bahagian belakang dan sebelah tepi sebab sebaris tu ada 4 kerusi je. Takde la terganggu fokus bila ada orang datang lambat. Aku paling tak suka bila orang yang duduk kat seat tengah-tengah tapi datang lambat lepas tu menyelit depan aku sebab nak pergi ke seat dia. Kalau ambik seat bahagian tengah, silalah datang awal supaya tak menyusahkan orang yang duduk di bahagian paling hujung barisan di tengah-tengah hall.


TGV KLCC
Wefie dulu sebelum movie start

Tak lama kemudian, cerita pun bermula. Aku sebenarnya takde la mengikuti sangat pun cerita ni sebab tak minat kan haha. Sesambil tengok skrin wayang, sesambil main game dekat phone. Yang beria tengok ialah Suami Terchenta dan anak-anak.

Cerita ni ialah kesinambungan dari movie "Spider-man: No Way Home". Selepas Dr Strange membuatkan seluruh dunia lupa tentang kewujudan Parker, Parker memfokuskan masanya menjadi pelindung bandar New York dari penjenayah sebagai Spiderman. Kekacauan mula berlaku selepas Parker cuba menghentikan seorang pemandu kereta kebal dari merempuh penjara Department of Damage Control. Pemandu tu sebenarnya dah dirasuk oleh seorang "telepath" yang melompat dari satu badan ke satu badan yang lain. "Telepath" tu cuba untuk merasuk Spiderman tapi tak berjaya. Spiderman kemudian berjumpa dengan Black Widow yang memberitahunya si "telepath" tengah mencari lokasi "V-Max". Si "telepath" ni kemudian menjejaki Spiderman dan secara tak sengaja mengetahui tentang MJ, bekas awek Parker. Dia kemudiannya memburu dan merasuk MJ, dan hampir-hampir membunuh MJ. Selepas Parker menyelamatkan MJ, dia mendapat tau yang si "telepath" ni ialah seorang remaja bernama Jean Gray.

Apa sebenarnya "V-Max" dan kenapa Jean Gray ni cari "V-Max"? Berjaya ke MJ mengingati semula Parker? Siapa sebenarnya penjahat dalam cerita ni? Semua ni korang kena tengok sendiri la ye.

Cerita ni bagi aku best sebenarnya, walaupun untuk orang yang tak berapa minat Spiderman. Penuh dengan babak aksi pastinya, dan diselitkan jugak babak lucu yang buatkan kiteorang ketawa. Ada jugak babak yang sedih selepas Jean Gray membongkar kebenaran tentang "V-Max". Yang penting ending cerita ni happy dan buatkan kita pulang dengan rasa puas hati. Kalau ending tak happy, confirm tak best haha.

Anak-anak bagi rating 5/5 . Suami Terchenta bagi rating 4/5 sebab ada babak Spiderman 'terbang' dari satu bangunan ke satu bangunan dari kaca mata Spiderman tu buatkan dia pening kepala / "motion sickness" 😵‍💫. 

Korang dah tengok ke filem Spider-man: Brand New Day ni? Apa pulak pendapat korang tentang filem ni?

Post a Comment

9 Comments

  1. PH suka citer Spiderman. Yg dekat Netflix tu berapa kali ulang, tak jemu tengok. Cuma tak pernah pergi tengok di cinema la. Mesti lagi best la kan sbb audio visual semua gempak kalau di pawagam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami saya sampai pening kepala sebab tengok babak Spiderman 'terbang' sbb scene tu dari kacamata Spiderman tu sendiri hehe. Saya tak berapa minat sangat komik Marvel ni tapi boleh la layan jugak.

      Delete
  2. Wuntung nya dapat poster spiderman tu.. kan daddy nya yg nk tgk patut daddy simpan poster tu satu hahahaa.. Tak pernah masuk TGV KLCC tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nak tengok cerita Spiderman tu je, poster taknak hehe

      Delete
  3. me n my boys memang minat lah spidey series ni..tak pernah miss tgk kat cinema!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak berapa minat but boleh la layan tengok sekali. Tapi nak pergi sendiri mmg idok ler hehe

      Delete
  4. Saya sebenarnya tak fans dengan marvel. Tapiiiii dari awal movie memang sudah menonton, hanya karena menemani Raka 🤣🤣. Jadi bukan karena suka.

    Cuma movie yg ini saja belum tonton. Krn Raka ditemani anak bungsu.

    Sebenarnya Spiderman nih movie2 sebelum nya pun baguuus. Tapi kadang ada cerita yg saling terkait kan.

    Nah saya pula tipe mudah lupa 😄. Jadi kadang bingung, eh, kenapa begini yaaa... Ternyata ada kaitan dengan film sebelumnya

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak tengok wayang dan bukan peminat spiderman, superman, ironman dan man - man yang lainnya.

    ReplyDelete
  6. spiderman suka tgk tp lama dh tk tgk wyg...tgv klcc ni dlu kala slalu la jejak sblum ada tgv wangsa walk & tgv AU setiawangsa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .