Join Aktiviti Fun Run CR Day Ofis Suami Terchenta

Balik dari Jakarta tempoh hari, tetiba Suami Terchenta buat announcement - "Sabtu ni, abang dah sign up kita semua join fun run masa CR Day department."

Ko ghase perasaan aku bila dengar ni??? 🤣 OK la, dah melantak macam-macam di Bandung dan Jakarta, elok la kita bakar kalori ikut aktiviti sihat ni. Walaupun tak berapa nak sihat dibuat masa musim jerebu 🤪.

Khayla tak dapat ikut sebab dia masuk pertandingan bakat seni di The Campus Ampang. Sudahnya cuma kiteorang bertiga beranak je la yang pergi.


CR Day
Semangat Suami Terchenta nak join fun run ni siap belikan running kit termasuk baju t-shirt untuk kami anak-beranak 😅

Sebelum larian bermula, sesi memanaskan badan dan foto berkumpulan tapi kiteorang sampai lambat, pukul 8 pagi. Mujurlah sampai masa larian baru nak mula jadi kiteorang terus ikut dieorang ni ramai-ramai.


fun run
Flag off dekat Stadium Maybank, pusing keliling pusat latihan dan finish line kembali ke stadium. Total jarak larian 3km.

fun run route
Route larian kiteorang pagi tu

fun run
Ni kali pertama Suami Terchenta join apa-apa running event jadi haruslah aku ambik gambar buat kenangan! Bila aku ajak dia brisk walk dekat Taman Tasik Titiwangsa pun dia selalunya mengelat 😜

Walaupun nama event ni fun run tapi majoriti termasuk la kiteorang bertiga brisk walk je sebenarnya. Sejak aku sakit lutut lepas raya, aku dah stop berlari atas nasihat physiotherapist. Sedih la jugak tapi kena la dengar nasihat pakar. Sebab tu aku dah tak update pasal progress larian dan tukar ke aktiviti brisk walk je sekarang.


fun run
Nama je fun run tapi masing-masing jalan santai je hehe. Ada la 4-5 orang yang memang betul-betul runner, tapi dieorang dah jauh kat depan!

Alhamdulillah kiteorang ambik masa 41 minit untuk sampai ke garisan penamat dengan average pace 15 minit. Mesti yang berlari tu ambik masa 10 minit je dah sampai 😅.


fun run
Posing dengan pingat masing-masing!

Selepas fun run, kiteorang pergi ke gerai-gerai jualan makanan sebab belum sarapan lagi pagi tu. Sama jugak macam program CR Day tahun lepas, hasil jualan akan disumbangkan kepada badan-badan NGO yang terpilih.

CR Day
Ada macam-macam jualan tapi mostly yang ringan-ringan je macam dimsum, kuih-muih, buah-buahan dan sandwich. Paling berat pun laksa je. Ada gerai Tea Thamby yang bagi minuman percuma, cuma on first come first serve basis. Mujur sempat ambik sebab aku suka teh masala dieorang.

Selain dari tu, ada aktiviti zumba dan pertandingan bola tampar antara unit. Pertandingan bola tampar tu aku tak ambik gambar pulak.


CR Day
Aktiviti zumba

Penutup program sebelum kiteorang bersurai ialah food auction antara ketua jabatan @ HOD (hasil bidaan pun didermakan dekat badan-badan kebajikan). Kalau tak silap aku, dieorang berjaya kutip ribuan ringgit jugak la untuk acara ni.

Dengan tu berakhirlah program CR Day tahun ni. Tahun depan harap-harap ada lagi event macam ni dan lebih banyak aktiviti untuk keluarga. Barulah seronok sikit join.

Post a Comment

12 Comments

  1. spontan betul Suami Carneyz bagi surprise sign up fun run! Tapi betul jugak tu, balik dari melantak kat Jakarta & Bandung memang elok sangat bakar balik kalori. Cumanya bab jerebu tu mencabar sikit lah kan 😅 Bestnya dapat join aktiviti tempat ramai-ramai macam ni, SA nyer next CSR 28 November nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha! Tak hilang lagi penat jalan2 tup2 kena masuk fun run. Jammed kejap otak. Tapi ok la, 3km je tak sampai pun 10k langkah hihi.

      Good luck CSR bulan Nov nanti SA 💪🏻

      Delete
  2. Bersemangat👍👍👍
    Seronok tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Event semua staff wajib join ni Cik Nur hihi. Tapi ok la, dapat t-shirt dgn medal 🤭

      Delete
  3. Event yang bermanfaat dan baik untuk diadakan setiap tahun. Kat company aku sekarang ni #redha je lah. Katanya 1 Mei 2027 ada team building. wait & see je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun baru 2x dieorg buat event yg jemput family sekali. Klu sebelum2 ni mmg event utk staff je la. Annual dinner pun jemput staff je. Padahal yg byk berkorban kena tinggal kat rumah ni family hihi

      Delete
  4. trus sign up ye tanpa tnya wife die dlu hehe...tk pernh lg join mana2 even fun run...husband ada ajak tp wifenya kemalasan haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum Covid dulu rajin la join event run. Skrg mcm dah malas haha.

      Delete
  5. Kalau warna macam ni memang bank sis ni. Hehe.....seronoknya join aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
  6. Eh bila tengok stadiumnya...lerrr memang dekat sangat dengan rumah sis ni....memang area situ institusi bank. Banyak bank kat situ RHB Bank, Public Bank. Selain tu Petronas pun ada, Felda, Pos Malaysia, MPOB.....meriah kat situ. Psttt....selalu le berhenti kat ATM bank Stadium Carneyz ni sebab nak ambik duit dan kalau ada event je memang jam depan stadium dan tepi stadium ni ada tanaman pokok2 dan kawan sekelas Dania salah seorang part time jaga pokok. Bagi baja, petik hasil...tak silap ambik bawang. Ni dipanggil Urban Farming. Terpanjang pulak komen kat sini. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Selamat Kayla ye ada program lain. Cie selalu join funrun tapi idokla run. Jalan lenggang2 je.

    ReplyDelete
  8. Kudos..!! Best kan dapat join larian ni, hhmm masa dah berlalu. Apalagi dengan urat tersepit ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .