Salam Isnin korang,
Korang ingat lagi tak minggu lepas aku tercalarkan kereta kakak aku masa nak naik ke tempat letak kereta di kondo kiteorang?
Lepas kejadian tu, aku pun Google bengkel-bengkel cat kereta di sekitar KL dan call mintak quotation servis mengecat bumper kereta yang tercalar tu.
Rata-rata bengkel yang aku call bagi quotation harga lebih dari RM400 untuk cat separuh bumper je (aku siap Whatsapp gambar bumper kereta yang calar tu). Ada satu bengkel ni quote harga RM600 untuk separuh bengkel dengan alasan cat kereta jenama H tu mahal. Terus mata aku berpinar-pinar mendengarnya dan aku tak mampu ber word-word 😶.
Lepas tu aku ternampak Googl rating Iwan Auto Spray dengan rating yang perfect 5⭐️, dalam hati aku - yiihhh biar betik? Dalam 200+ pelanggan yang bagi rating ni, takde seorang pun yang tak berpuas hati dengan servis bengkel ni?
Jadi aku pun call owner bengkel ni. Masa kiteorang berborak-borak dalam telefon, aku sangkakan owner bengkel ni Melayu. Jenis mulut kecoh, fasih berbahasa Melayu. Macam biasa aku Whatsapp gambar kereta kakak aku dekat dia.
Tak lama lepas tu, dia call aku balik. Ayat dia, "Kak, kau biar betul? Ni bukan solid white, ni blablabla... Kalau warna solid, aku bagi kak harga RM180 tapi kalau cat ni, harganya tambah RM50 je." Lorrr nyahhhh. Mana aku tau, ni bukan kereta aku 😆. Tapi serius aku terkejut sebab harga dia quote tu menyimpang jauh dari harga yang bengkel-bengkel lain quote kat aku 🤯. Terus aku booking hari Sabtu untuk hantar kereta kat bengkel dia.
![]() |
| Ni la bengkel Iwan Auto Spray. Lokasinya di Ampang. |
Bila aku sampai, baru aku perasan owner bengkel ni namanya Ah Hock, dekat banner kedai ni tertulis nama dan nombor telefon owner. Aku bagitau aku ada buat booking hantar kereta hari Sabtu, terus pekerja dia panggil dia keluar. Ah Hock sangat peramah orangnya, dan dari cara dia bercakap, dia memang jujur dan bagi penerangan yang memuaskan hati. Dia tengok tempat calar tu, dia kata, "Oh, calar je. Takde kemek. Kita kasi spray je bahagian calar ni dah elok balik." Bila aku tanya nanti warna bumper tu akan nampak berbeza ke dengan warna body kereta, dia jawab, "Eh, taklah. Nanti saya order kod cat kereta jenama ni, ada tulis dekat tepi pintu penumpang depan tu. Cat ori punya, waranti 2 tahun. Kak tengok nanti, mesti takde beza."
Bincang punya bincang, aku pilih untuk spray cat seluruh bumper termasuk sebelah kiri sebab aku perasan ada calar sikit dekat situ. Dah alang-alang nak cat balik bumper, bagus aku buat seluruh bumper. Mesti kakak aku happy tengok kesan calar belah kiri tu pun dah hilang jugak lepas dia balik umrah nanti 😊. Ah Hock quote aku harga RM400 untuk cat seluruh bumper, lebih murah dari harga bengkel lain kenakan untuk cat separuh bumper je 😱.
![]() |
| Kebetulan pagi tadi hujan, sukahati dia je suruh kiteorang parking dalam kedai jiran sebelah 😂 'Takpe, dieorang tak kesah la," katanya. |
Disebabkan Sabtu masa kiteorang hantar kereta ni tengah hujan, dia kata mungkin akan siap tengahari esoknya iaitu semalam. Tup-tup pukul 3.30 petang hari yang sama, dia Whatsapp kata hujan dah berhenti dan cat pun dah kering. Boleh datang ambik kereta pukul 5 petang. Wah! Efisyen betul 🤩. Kiteorang hantar pukul 11 pagi, pukul 5 petang dah boleh ambik kereta.
![]() |
| Hasil selepas spray cat dekat bahagian tercalar di bumper depan kereta kakak aku ni. |
Alhamdulillah, aku dan Suami Terchenta berpuas hati dengan servis Iwan Auto Spray ni. Sampaikan Suami Terchenta kata mungkin dia nak hantar kereta Exora kiteorang jugak untuk cat dan ketuk balik bahagian yang kemek sebab dia sangat impressed dengan hasil kerja di bengkel ni 👍🏻.
![]() |
| Terima kasih Ah Hock, atas perkhidmatan mengecat kereta yang sangat memuaskan! |
Kalau korang mencari bengkel cat kereta dengan servis yang tip-top, owner peramah (siap cerita isteri dia pun pernah tercalarkan kereta dia, mentang-mentang laki dia ada bengkel cat kereta hahaha!), jujur dan Insha Allah tak akan kelentong korang, aku recommend sangat-sangat bengkel Iwan Auto Spray ni. Rating Google 5⭐️ tu ternyata tak menipu, dan aku pun bagi rating 5⭐️ jugak dekat bengkel ni 👍🏻.




1 Comments
Macam mana boleh letak nama kedai Iwan tu tak tanya dia ke? 😁. Bagus la service dia. Mesti ramai repeat hantar cat kat situ.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .