Serangan Siber Melalui Whatsapp

Semalam adik saudara aku yang kerja di bahagian IT share dekat group Whatsapp family kiteorang. Sekarang ni tengah berleluasa ye serangan siber melalui Whatsapp. Sebagai pengguna Whatsapp, kita kena cakna dan ambil maklum langkah-langkah untuk melindungi diri kita dari jadi mangsa serangan siber.

Bak kata SA dalam komen entry semalam, ofis dia dah 'haramkan' staff guna web Whatsapp dekat PC / laptop syarikat. Sebabnya malicious file ni bila dibukak akan curi data peribadi atau data sulit dalam laptop / PC.

Scammers bukan setakat curi data peribadi dan kewangan, tapi boleh hijack akaun Whatsapp kita. Lepas tu mula la dia menyamar jadi kita - mintak transfer duit la atau mintak pinjam duit dari orang-orang sekeliling kita. 

Jadi sekarang kita kena lebih berhati-hati bila terima mesej dari mak / ayah / adik-beradik / suami / kawan-kawan. Kena call dieorang verify betul ke mesej tu dari dieorang. Tanya soalan yang cuma dieorang je yang tau jawapannya. 

Aku pernah dapat email dari seorang kawan mintak pinjam duit, katanya adik dia kena tahan di Manila jadi dia perlukan duit untuk jamin adik dia. Bila dia mintak duit je terus red flag. Aku pun tanya dia - masih kerja di company ABC ke? (Dia sebenarnya kerja di company DEF). Scammer ni pun dengan confident jawab eh masih lagi. Terus aku report akaun email kawan aku tu dan call dia bagitau email dia dah kena hijack. Tu contoh nak verify ID seseorang.

Bila dapat call dari nombor landline dan orang tu memperkenalkan diri sebagai pegawai bank pun korang kena berhati-hati. Lagi-lagi kalau dia tanya soalan yang kita gunakan untuk membuktikan identiti kita dekat bank (contohnya nama kucing). Tu pun kita kena alert sebab bank takkan call tanya jawapan soalan verification ni. Sebab aku pernah hampir terkena. Scammer yang call aku tu memang professional, cara bercakap macam pegawai bank (English superb tapi ada slang Indian sikit). Tapi dia tanya aku nama kucing (contoh) sebab nak verify identiti aku la kononnya, terus aku letak telefon. Sebab entah-entah maklumat peribadi lain dah jatuh kat tangan dia kecuali maklumat yang satu ni je dia belum dapat. Once dia dah dapat maklumat tu, senang-senang je dia boleh menyamar jadi kita, tukar password akaun bank dan sebagainya.


cyber attack awareness
Jangan buka dan muat turun fail sebarangan. Kalau terima fail, telefon penghantar untuk sahkan kesahihan fail tu terutama fail kerja.

Ingatkan mak ayah kita di kampung jangan buka fail sebarangan walaupun fail tu mungkin datang dari nombor anak-anak / adik-beradik / kawan rapat. Sekarang zaman dunia tipu-tipu, macam-macam muslihat yang scammers guna untuk curi data peribadi dan data kewangan kita. Apapun semoga kita semua dijauhkan dari serangan siber ni. 


Nota kaki: Makin pening Suami Terchenta bila berlaku benda-benda gini 😌. Bertabah la ye. Wife cuma boleh mendoakan sistem sentiasa terlindung dari serangan siber, nak tolong jugak takde kepakaran pulak huhu.  

Post a Comment

0 Comments