Pernah tak dengar term PCOS ni?

PCOS ni singkatan untuk 'Polycystic ovary syndrome'. Ia merupakan sejenis gangguan hormon wanita yang menyebabkan seseorang tu sukar hamil dan sukar menurunkan berat badan.

Aku dah lama menghidap PCOS ni, simptom yang paling berat sekali ialah kesukaran untuk hamil. 4 tahun berkahwin tiada zuriat, telinga dah panas je bila orang sekeliling tanya bila nak ada anak.

Pernah jugak menjalani rawatan kesuburan di Hospital Pusrawi sampai pregnant tapi di usia kandungan hampir cecah 3 bulan, dapat tau janin dah takde heartbeat. Masa tu down jugak, paling tak tahan bila bidan kampung yang mengurut masa pantang tu boleh pulak tuduh aku & Suami Terchenta buat keputusan terburu-buru buat D&C (proses cuci rahim). Apapun, syukur Alhamdulillah kami dikurniakan jugak sepasang zuriat perempuan selepas 4 tahun.

Sebenarnya entri ni aku nak cerita pasal simptom PCOS yang kedua iaiatu sukar menurunkan berat badan. 

Disebabkan hormon yang tak stabil, jadi badan tak boleh nak bakar lemak dengan efisyen. Hasilnya, berat makin bertambah walaupun makan macam orang lain yang normal. Lepas tu bila bersenam pulak, berat turun tapi sikit je. 

Yang paling membimbangkan aku ialah PCOS ni punca aku menghidap sindrom metabolik - tekanan darah tinggi, paras gula dalam darah tinggi (tapi terkawal buat masa ni) dan kolesterol pun tinggi. Sejak bulan September tahun lepas, aku dah start kena makan ubat darah tinggi. Baru-baru ni pulak, aku perasan yang aku rasa haus di tengah-tengah malam, kerap buang air kecil dan mata rasa kering yang teramat. Aku syak paras gula dalam darah pun dah semakin naik ni. Ni la akibatnya melantak tak hengat dunia bila balik kampung, Carneyz... << membebel dengan diri-sendiri.

That's why sempena bulan Ramadhan ni aku nak cuba untuk kurangkan makan, elakkan makanan berkanji (untuk turunkan paras gula) dan walaupun berpuasa aku cuba bersenam (berjalan kaki 30 minit). Bagi aku agak mencabar sebab aku kena prepare lauk berasingan untuk keluarga dan diri-sendiri. Contoh menu keluarga dan menu aku bulan puasa ni:

1 Ramadhan:
Lauk keluarga - daging masak kicap, sayur tumis, ayam goreng, kuih-muih, buah-buahan.
Lauk aku - Protein shake Herbalife, buah-buahan (berbuka). Telur dadar, tomato dan avokado (sahur).  
2 Ramadhan:
Lauk keluarga - Ikan goreng, sayur tumis, buah-buahan.
Lauk aku - Protein shake Herbalife, buah-buahan (berbuka). Dada ayam panggang, avokado, sayur (sahur).
3 Ramadhan:
Lauk keluarga - tomyam ayam campur sayur (lobak, tomato, cauliflower, etc.), telur dadar, kuih-muih, buah-buahan.
Lauk aku - Protein shake Shaklee (saja nak try & Herbalife dah habis), buah-buahan (berbuka). Tomyam ayam sahaja (sahur).

Selama seminggu ni tu la menu dan rutin harian aku. Alhamdulillah, aku mula perasan takde lagi terbangun tengah-tengah malam nak minum air, kekerapan ke toilet pun dah kurang malam-malam dan mata dah tak pedih. Jari pun dah tak rasa kebas.

Aku bersyukur lemak badan pun dah menunjukkan penurunan walaupun tak banyak tapi lebih baik dari sebelum puasa. Berat pun ada susut sikit, tak banyak 2kg je. Itulah cabaran dengan PCOS, nak kurus dan sihat memang payah sikit berbanding orang yang takde masalah hormon. Pendapat aku, orang yang normal mungkin boleh hilang sampai 3-4kg seminggu kalau kawal makan dan bersenam tiap-tiap hari tapi sesetengah penghidap PCOS dikira beruntung kalau dapat kurangkan berat badan. Bagi aku, aku fokus untuk sihat je, turun berat badan tu dah dianggap bonus!


Cabaran PCOS

Aku teringin nak buat aktiviti lasak macam panjat gunung atau hiking, tapi sekarang ni pergi jogging dengan muatan lebih ni pun boleh end up sakit lutut, sakit tumit (plantar fasciitis) dan sakit pinggang. Sebab tu buat je yang termampu dulu i.e. berjalan kaki asalkan ada pergerakan yang merangsang pembakaran lemak.

Nanti aku share pulak devices yang aku rasakan penting dalam misi sihat ni.

14 comments:

  1. hahahaha kita sama... tp kita x bole makan protein berlebihan sebab badan dah penuh protein...

    pastu sejak start makan ubat steroid ni , kita dah x menaruh harapan sangat nak kurus... makan kurang ke byk, badan tetap naik jgk... jadi kita berazam untuk menikmati makan selagi mampu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kak ret pun ada masalah pcos jugak ke? saya tau sebab masa buat fertility treatment doktor scan ovari & detect benda ni. buat masa sekarang ni terpaksa korbankan dulu makan sedap2 sbb takut pulak bila dah kena darah tinggi ni.

      Delete
  2. Moga sentiasa sihat ye Carneyz. Saya dah lama tak buat full body check-up. Umur dah makin meningkat ni risau jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... Tu la dah nak menjengah alam 40-an ni kena sentiasa pantau kesihatan. Bila dah datang penyakit 3 serangkai tu, nak reverse balik memang susah. Skrg saya tgh fasa susah la ni huhu.

      Delete
  3. Aini dapat anak selepas 7 tahun berkahwin..
    Aini juga jenis hormon tak stable tambah lagi klau overweight.
    Sekarang ni tgh usaha untuk dapatkan ideal weight tp sangat mencabar..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. Lepas dapat anak kedua ada jugak teringin nak tambah yg ke-3 tapi tak de rezeki lagi. Nak dapatkan ideal weight bila ada PCOS ni mmg susah. Kena sabar & disiplin kena tinggi.

      Delete
  4. Kalau konsisten makan Herbalife tu, inshaalah turun laa tu berat tu.. Sis now minum tea dia tu haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah turun la jugak tapi tak boleh expect turun berkilo2 mcm orang lain bila ada PCOS. Kena sabarrrrrrrr....

      Delete
  5. smoga dipermudahkan segala urusan..alhamdulillah lps 4thn dpt sepasang tu...saya lps kawin trus dpt anak tp masih sorang je la...die pn dh umur 15thn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syukur sangat sebab lepas gugur yg 1st tu, tak menaruh harapan nak pregnant lagi tapi benarlah Allah Maha Pemberi Rezeki walaupun tak continue rawatan kesuburan tu tiba2 dapat tau pregnant.

      Delete
  6. Kakak saya adalah pesakit PCOS juga, selepas 6 tahun baru Allah kurniakan rezeki untuk kakak mengandung.

    Tahniah Kak sebab dah dikurniakan zuriat. Saya sebenarnya nak buat ujian kesuburan sebab teringin nak tahu kesihatan diri dari segi sakit puan walaupun tak kahwin lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nadia. Boleh juga check dari sekarang, kalau tau awal kena mula jaga kesihatan & kawal pemakanan.

      Delete
    2. kan, saya pun bersetuju kalau tahu awal, kita dapat kawal permakanan. Banyak tengok perkongsian doktor pun memang suruh kawal permakanan

      Delete
  7. Semoga Carneyz terus sihat. Betul cakap Carneyz. Fokus untuk sihat dulu. Nanti turun berat akan datang kemudian. Saya juga ada masalah hormon, bukan PCOS, tapi tiroid. On medication sekarang. Saya ambil masa lebih 5 tahun untuk ubah BMI dari obese ke normal. Saya tak boleh makan apa-apa supplement macam herbalife dan sebagainya. Cuma ambil makanan seimbang. Alhamdulillah. Jalan pun bagus. Asalkan konsisten.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .