Alhamdulillah, flight MAS kiteorang Selasa lepas bertolak seperti dijadualkan dan tak delay pun. Ni baru ada masa nak update blog sebab 2-3 hari ni sibuk kemas rumah, beli persiapan raya dan buat kuih dan kek lapis.

Seperti biasa, sebelum bertolak balik kampung, aku akan buat checklist aktiviti yang perlu dibuat:

  • Check in flight dan print boarding pass
  • Beli tiket ERL - tiket ERL tu aku beli melalui apps KLIA Express. Ada promosi pakej famili untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, keseluruhannya berjumlah RM120 (diskaun sebanyak 25%). Promosi ni sampai 30 Jun ni.
  • Kemas beg pakaian dan beg laptop - paling penting jangan tinggalkan charger handphone dan jam!
  • Kemas rumah, mop lantai
  • Habiskan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam peti sejuk
  • Basuh baju-baju dalam bakul pakaian kotor
  • Hantar surat tak hadir sekolah untuk anak-anak

Memandangkan kiteorang akan sampai tengah malam, aku sediakan bagasi ekstra untuk bawak balik cadar dan selimut dari KL. Takde la kalut bila sampai di kampung nanti. Keseluruhan bagasi kiteorang sebanyak 3 buah, satu untuk aku dan Suami Terchenta, satu untuk Khayla dan Khadeeja dan satu lagi untuk cadar, selimut dan tuala mandi. Sehari sebelum balik kiteorang dah siap-siap kemas bagasi dan print pas penerbangan dari rumah. 

Kali ni anak-anak request nak ke KLIA menaiki ERL. Kalau ikutkan Suami Terchenta, dia lebih suka naik Grab je sebab lagi jimat. Tapi kali ni dia ikutkan je permintaan anak-anak sebab nak bagi 'feel' suasana perjalanan balik kampung selepas 2 tahun tak balik beraya. Merasalah dari rumah kiteorang mengheret beg sejauh 300m ke stesen LRT nak pergi ke KL Sentral. Dari KL Sentral pulak naik ERL Transit (buat masa ni perkhidmatan ERL non-stop ke KLIA / KLIA2 masih lagi belum beroperasi macam biasa). Ni memang betul-betul perjalanan balik kampung!


Balik Kuching

Ni baru turun dari ERL dan tengah tunggu lif ke tingkat 5 KLIA (Departure Hall)

Satu kelebihan balik awal ialah kurang sesak di airport. Kiteorang tak perlu beratur pun kat kaunter check in bagasi dan pemeriksaan keselamatan. Kali ni boarding gate kiteorang dekat je, sebelah Golden Lounge je. Jadi memang banyak masa nak jalan-jalan cuci mata dekat duty-free shopping area!

Buat pengetahuan semua, sekarang ni dah tak perlu lagi nak isi borang masuk ke Sarawak (Enter Sarawak dan e-health declaration). SOP dah macam sebelum zaman pandemik, cuma masih lagi kena check-in MySejahtera dekat boarding gate je la. So apa lagi Sis Lin & Kak Ret, jom kita bercuti-cuti Malaysia di Sarawak!

Balik Kuching
Anak-anak dah tak sabar-sabar nak masuk pesawat sebab nak tengok movie free

Bila naik MAS, korang akan dapat complimentary hygiene kit dari MAS. Dalam kit ni ada face mask dan sanitizing wipe. Cuma satu je la tak bestnya sekarang - MAS dah tak lagi bagi pinjam selimut sebab nak elakkan jangkitan Covid. Jadi next time kena pastikan pakai jaket / baju tebal sikit kalau tak tahan sejuk.

Balik Kuching

Sebelum naik flight, kiteorang berbuka puasa dengan kurma dan air. Bila kapal terbang dan berlepas, masing-masing dah lapar. Sebenarnya aku dah siap-siap preorder makanan tapi tak tau kenapa nama kiteorang takde dalam list pulak, so terpaksalah tunggu lama sikit sebelum makanan sampai. Aku pilih nasi lemak dan budak-budak pulak pilih chicken noodle. 

Tapi... serius makanan MAS tak sesedap dulu. Masa aku balik sebab uruskan hal sewa rumah bulan lepas pun aku bagi komen semua yang baik-baik pasal MAS KECUALI makanan dalam flight. Aku musykil sebab setau aku MAS ada in-house chef yang sediakan menu. Tapi kenapa makanan dieorang hambar dan macam nasi lemak yang aku makan tu, sambal nasi lemak tu memang tak serupa sambal. Nasi lemak pun rasa macam nasi kosong je. Aku tak kisah kalau nasi lemak dieorang ni tak letak ayam atau letak sambal kosong je asalkan sedap. Ni memang kalau pelancong asing yang baru pertama kali merasa nasi lemak dalam flight, dieorang akan cop nasi lemak ni 'over-hyped'. Padahal nasi lemak la juadah yang paling sedap dan digemari ramai rakyat Malaysia! Harap MAS boleh perbaiki resipi dieorang sebagai national carrier yang bawak identiti Malaysia. Padanlah kena tegur dengan Chef Wan satu ketika dulu.

Tapi other than food, aku memang akan pilih MAS berbanding AirAsia. Sekarang ramai yang komplen di FB kalau naik AirAsia memang kena bersiap-sedia mental yang kemungkinan flight akan delay atau kena re-timed tak pun kena cancel terus. Aku rasa sebab tu KLIA2 sesak teruk sekarang ni - ramai yang ambil langkah berjaga-jaga taknak kena tinggal flight so dieorang datang seawal boleh kat airport untuk drop luggage. Tapi satu lagi masalah yang timbul bila datang dan check in luggage awal sangat - lambakan luggage tu menyebabkan ada luggage yang salah masuk pesawat dan akhirnya tak sampai-sampai. Satu lagi, ramai jugak yang komplen gate selalu bertukar-tukar dan dieorang tak dapat alert pun dekat apps atau email. Tau-tau tunggu dekat gate yang salah dan kena tinggal flight. Naya tau kalau kena tinggal flight, sebab tiket flight ni beratus-ratus. Kalau satu family kena tinggal kerugian boleh cecah ribu-ribu jugak!

Berbalik ke perjalanan balik kampung kami. Kiteorang sampai di Kuching dalam pukul 10.30 malam. Suami Terchenta cuba book Grab tapi malangnya Grab tak banyak dan semua sibuk. Terpaksalah kiteorang sewa kereta malam tu untuk balik ke rumah memandangkan takde sesiapa yang boleh ambik kiteorang kat airport (adik-adik ipar kerja malam dan bapak mertua pulak dah tak boleh drive sekarang).

Sampai je di rumah, tak boleh terus rehat sebab kena kemaskan bilik, vakum lantai dan pasang cadar. Lepas tu kena mandi pulak. Dalam pukul 1 pagi jugak barulah setel semuanya. Tidur pun 3 jam lebih je sebab kiteorang kena bangun awal untuk sahur memandangkan waktu Subuh di Sarawak sejam awal dari di KL.

Tu la kisahnya balik kampung selepas 2 tahun. Apapun kiteorang gembira dapat jumpa mak bapak / mertua / atok nenek lepas sekian lama tak bertemu. Buat kawan-kawan kat Semenanjung, harap korang pun dah sampai ke kampung dengan selamat. 

7 comments:

  1. OK nanti kita set nak naik belon juga ni hahahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. igt plan nak g KK bln 6, sekali tgk tiket, ya ampun mahal nya weiii!!! terus rasa cam eh baik beli tiket oversea hhahaha

      Delete
  2. tak berbaloi travel ke Sabah/Sarawak bulan mei & jun sbb musim perayaan gawai / kaamatan. Apa kata kita plan ke Kelantan, pergi naik keretapi balik naik flight nak? hahaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. selamat dah sampai kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dipermudahkan urusan balik ke kampung.

      Delete
  4. Alhamdulillah dah sampai kampung. Selamat Hari Raya... Bestnya raya kat kampung. KL ni masih jem lagi ni... Harap hari ni dah kurang jem. Baru nak keluar cari apa apa yang belum cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. jumpa tak benda2 yang tak cukup tu?

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .