Salam Isnin kawan-kawan,
Ni la masalahnya bila ko jenis cepat terpengaruh bila tengok orang post makanan yang sedap-sedap ðŸ¤. Al-kisahnya aku terbaca pasal Kak Dah Nasi Kerabu ni dekat blog Mamatisya (Kak Amy). Bila Suami Terchenta cuti, dia tanya nak makan kat mana? Aku ajak dia ke Taman Melawati sebab nak cuba nasi kerabu di kedai ni.
![]() |
| Susah sikit nak cari parking kat sini tapi kiteorang naik motor boleh parking merata-rata 😆 |
![]() |
| Beratur pilih lauk nasi kerabu (kiteorang berdua memang peminat nasi kerabu) |
Masa ni ramai betul orang yang datang makan kat sini. Mujur ada meja kosong.
![]() |
| Kak Amy kata lemak bakar sedap dan juicy jadi aku pun pilih lauk lemak bakar. Nak solok lada tapi dah habis masa ni. Budu wajib lebih 🤠|
![]() |
| Suami Terchenta pilih daging bakar dengan bawang putih jeruk. First time pulak aku tengok dia ambik bawang putih jeruk tapi dia kata sedap. |
![]() |
| Dua-dua pilih teh ais. Sedap! |
Overall aku rasa not bad jugak la nasi kerabu kat sini. Portion pun agak besar dan gigih jugak la nak menghabiskan nasi kerabu. Lemak bakar tu rasanya tak habis aku makan. Lemak bakar tu memang rasa juicy (lemak, kan?). Ni kalau doktor aku nampak memang kena pelempang laju-laju kot 🤣. Actually ni first time aku cuba lemak bakar. Rasa macam makan sate jando pun ada jugak 🤪.
Cumanya aku rasa sambal kelapa (ke serunding ikan?) tu agak kering. Itu pendapat aku la. Mungkin orang lain rasa sedap je sebab ramai yang singgah makan kat sini.
Satu pemerhatian aku dekat kedai ni kena improve bab kebersihan sebab lantai kedai dan kawasan sinki tempat cuci tangan masa aku datang tu agak kurang bersih. Mungkin masih baru bukak dan tak cukup staff lagi kot, Wallahualam.





0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .