Masa aku awal-awal pregnant, aku mula sensitif dengan bau-bauan terutama bau bawang tumis. Adoi, memang tak boleh terima! Jiran sebelah menumis bawang pun dah buat kepala aku berdenyut-denyut. Bila tengok keadaan aku, Suami Terchenta decided untuk bawak makan di luar je. Lagipun katanya taknak beli barang basah sebab nak kosongkan peti sejuk memandangkan peti sejuk baru belum dibeli masa tu.

Apa lagi, gunakanlah kesempatan ni ajak Suami Terchenta makan di tempat-tempat yang teringin nak pergi hihi... 😝

1. YaHala Express Taman Melati

OK, sebenarnya aku nak pergi ke Restoran YaHala kat Ampang sebab bangunannya nampak cantik:

YaHala Express Taman Melati
Pinjam gambar Google (Photo credit: atap.co)

YaHala Express Taman Melati
Bahagian dalam (Photo credit: atap.co)

Tapi berlaku sedikit kekeliruan so end up kami pergi ke YaHala Express Taman Melati. Tujuan ke sini semestinya nak menikmati nasi mandy kambing.


YaHala Express Taman Melati
Cantik juga tempatnya

YaHala Express Taman Melati
Nasi mandy kambing

Bagi aku, nasi mandy di sini kurang menepati citarasa aku, mungkin sebab rempahnya yang terlalu kuat. Tapi berbaloi jugak datang sebab teh Arab kat sini sedap.


YaHala Express Taman Melati


2. K Fry Urban KL East Mall

Tujuan utama datang ke sini sebab anak-anak nak makan ayam bersalut keju mozzarella yang selalu dieorang tengok kat iklan IG.


K Fry Urban KL East Mall
Tak silap yang ni original cheesy fried chicken bumbuk (RM68+)

Lupa pulak ambik gambar masa staff K Fry ni tengah tarik keju mozzarella yang dah cair tu sebelum balut ayam goreng tu dengan keju yang masih panas-panas.

Kami jugak order bingsoo iaitu pemanis mulut dibuat dari parutan halus ais sebab ni memang dessert kegemaran sekeluarga.


K Fry Urban KL East Mall
Choco Brownie Bingsoo (RM26.56)

K Fry Urban KL East Mall
Mango Bingsoo Mini (RM28.88)

Pada pendapat aku, ayamnya masin (tapi entahlah, bila aku makan makanan Korea baik di Malaysia atau di Seoul dulu, memang aku rasa makanan Korea masin sikit di lidah aku) lepas tu dibalut pulak dengan keju mozzarella yang sedia masin. Tak berapa sesuai untuk orang yang ada darah tinggi macam aku.

Tapi bingsoo K Fry ni aku bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 baik dari segi persembahan dan juga rasa.


3. Dolly Dim Sum

Satu minggu jalan-jalan di Sunway Putra Mall, boleh pulak tersinggah makan di Dolly Dim Sum.


Sunway Putra Mall
Cantik dan ceria restoran Dolly Dim Sum di Sunway Putra

Seperti biasa aku dan Suami Terchenta berkongsi hidangan Szechuan Dumpling. Terasa nikmat dapat hirup kuah dumpling ni.


Dolly Dim Sum
Szechuan Dumpling (RM12.80)

Khayla pulak pesan custard bun dengan inti kastad cair di dalam. Memang favourite dia tu.


Dolly Dim Sum
Signature Egg Custard Bun (RM9.50)

Khadeeja pilih har gao dumpling sebab dia memang seorang hantu udang.


Dolly Dim Sum
Har Gao Dumpling (RM11.50)

Nasi goreng Cina ni kami berempat kongsi. Rasanya mewah dengan udang dan telur. Mesti Uncle Roger approved.

Dolly Dim Sum
Royal Golden Fried Rice (RM24.90)

Cukuplah tiga tempat ni je masuk dalam review hari ni. Hari-hari lain pulak biasalah order je nasi bungkus di Grabfood atau makan di gerai dan restoran mamak berdekatan. Tapiiiiii bila dapur dah siap leganya boleh masak sendiri. Yalah, hari-hari makan di luar jemu jugak dan tak baik untuk kesihatan poket! 😜