Louis the Cat

Louis the Cat

Louis the Cat


Salam pagi Rabu semua,

Cuti CNY mesti ramai yang keluar berjalan-jalan kan. Louis pun keluar berjalan-jalan jugak, tapi jalan-jalan di sekitar kawasan rumah je la.

Kebetulan masa singgah di kedai haiwan peliharaan belikan makanan kucing, Khadeeja ternampak beg sandang kucing Hello Kitty. Terus dia mintak Suami Terchenta belikan. Beg tu pulak ada diskaun 20%, maka bapak dia pun ok je la. Lepas tu beli pulak cat harness ni. Hihi... budak Louis ni gemuk sangat, nasib baik muat masa nak pasangkan tali harness ni.

So Ahad lepas, kami berbasikal ke taman terdekat. Louis duduk elok je dalam beg, tapi masa nak masukkan tu dia meronta jugaklah. Maklumlah tak biasa kan, padahal dia sejenis kucing yang suka duduk dalam kotak.

Bila dah sampai kat taman, kemain takut dia. Terus menyorok bawah bangku. Lama jugak dia duduk bawah bangku. Sementara anak-anak pergi bermain, aku dan Suami Terchenta duduk lepak di bangku temankan si Louis penakut ni. 

Agak-agak dah berani sikit, dia keluar pergi bawah pokok pulak. Berjalan pun ala-ala mengendap, takut betul dia dengan persekitaran baru. Kat bawah pokok dia duduk lagi memerhati sekeliling. Dengar bunyi LRT lalu, terus dia lari menyorok bawah bangku lagi! 😂 Adoi la Louis, dasar penakut!

Oleh sebab Louis takut setengah pengsan (dia bernafas laju macam kena panic attack je), kami pun decide untuk balik je. Kucing lain rilek je lalu-lalang, dia pulak keras kejung bawah bangku. Bila sampai rumah, terus bawak masuk bilik mandi sebab bulunya kotor lepas duduk di bawah bangku. Satu hal lagi nak layan dia meraung kena mandi pulak 😅

Nampaknya lama lagi la Louis nak keluar berjalan-jalan lagi lepas ni. Mungkin kena biasakan dia dalam beg sandang dulu baru bawak dia keluar.

20 Comments

  1. best juak boleh pakei harness..mun kucing umah tok, da memberontak mok pakei ya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya bila dah pakei harness nya terus tergolek sik mok berjalan. protest kali haha

      Delete
  2. Best dia jalan2 ye.
    kucing ciknur kalau pakai ni tak.bergerak he he terus dia duduk.je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama la si louis ni pun. dia tak bergerak bawah bangku. masa pasangkan kat rumah dia terus tergolek je taknak bangun hihi

      Delete
  3. Louis kucing suka perap rumah agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kot. tapi kat rumah dia bosan, asyik tido je tak pun termenung tgk luar tingkap.

      Delete
  4. Ok la tu louis suka duduk rumah..kalau dia pandai keluar mau satu taman dia ronda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia duduk rumah tinggi jadi tak berapa nak bebas hehe.

      Delete
  5. Alolo cute je perangainya...
    Kucing PH sekor tu takut bila nampak lori sampah. Berlari dia sembunyikan diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Louis dgr bunyi vakum pun boleh lari nyorok jugak. klu nampak lori sampah mau kejung dia kat situ haha!

      Delete
  6. Sorry ya Louis, geli hati pulak dengan tahap ketakutan dia 😄
    Comel beg sandang kucing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sejak ada louis meriah sikit rumah dgn keletahnya yang lucu tu hehe

      Delete
  7. slow-slow kenalkan Louis pada dunia luar. Jangan lepas ni tak ingat nak balik pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. berani dia tak balik2, nanti tak dpt makan kibbles :P

      Delete
  8. nmpk sgt laa dia x biasa. sblm ni pk dinding rumah je. bla keluar... rupanya lg luas😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia ni lahir2 je mmg membesar dalam rumah. lepas tu tuan dia serahkan dia di spca pun dalam bilik sangkar jugak. tu yang tak biasa tu.

      Delete
  9. La, sebijik macam kucing arwah mak saya dulu. Penakut juga, lebih lagi dari Louis kot. Sebab dengar bunyi guruh kilat dalam rumah pun, masuk bawah katil. Hehe..

    ReplyDelete
  10. kalau kucing uncle tak de de nak pakai harnest... berguling2..! Nyampah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Louis pun sama jugak Uncle, mula2 pasang dia berguling2 rasa pelik agaknya. Tapi lama2 ok je hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .