Kredit foto: Putrajaya International Convention Centre


Esok warga KL, Putrajaya dan Labuan akan menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2023. Maksudnya, besok Suami Terchenta dan anak-anak bercuti yeay!

Sedikit fakta tentang Hari Wilayah Persekutuan:

  • Wilayah Persekutuan merangkumi tiga buah wilayah iaitu ibu negara Kuala Lumpur, Labuan dan akhir sekali Putrajaya
  • Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya yang menjadi pintu gerbang utama kepada negara
  • Disambut pada 1 Februari sempena pengisytiharan status Wilayah Persekutuan yang pertama iaitu bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974
  • Labuan menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 bermatlamat mengukuhkan perpaduan serta menghapuskan perasaan perbezaan antara penduduk di Malaysia.
  • Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 untuk mengangkat status Putrajaya sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran kelas pertama terhadap infrastruktur yang telah dibangunkan.

Sumber: Wilayahku


Nota kaki:

Mudahan Suami Terchenta takde la kena bekerja hari cuti besok. Nak ajak JJCM la besok hihi.

12 comments:

  1. Sama, PH pun dok plan nak keluar dating dgn hubs.. anak4 sekolah hehe ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya, en suami tengah meeting sekarang huhu...

      Delete
  2. Hhaha cuti mcm x cuti je ni haha keje sentiasa menanti..tp nk rileks gak esok haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jun tgh meeting online skrg. klu tak nak ajak try beef brisket di Flow Smoke & Brew dekat Kpg Chubadak. Kak Ret penah singgah tak?

      Delete
  3. syok ar org kl bleh bgn lambat esok😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 la syok, sambung tidur lepas subuh hehe.

      Delete
  4. Wah, seronoknya cuti!
    Moga tercapai hasrat JJCM bersama suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh menunggu suami habis meeting online ni Kak Amie. Hari cuti pun boss ajak meeting huhu...

      Delete
  5. Wah esok cuti lah ye, selamat JJCM lah esok ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lagi tunggu en suami habis meeting ni kak sue. nampak gaya lunch makan di rumah je la.

      Delete
  6. Selamat hari Wilayah Carneyz walau dah jauh berlalu...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .