Jambatan Kuning (Jambatan Batang Mukah) - sebuah mercu tanda yang menandakan anda sudah sampai ke Mukah. Satu masa dulu sebelum adanya Jambatan Kuning, bila nak balik kampung di Igan, kiteorang kena tunggu feri untuk menyeberang Batang Mukah. Bayangkan betapa sesaknya masa tu pada musim perayaan! Kadang-kadang setengah hari atau sehari suntuk menunggu giliran naik feri ni dalam bulan puasa dan ada masanya cuaca panas terik. Tapi dengan siapnya Jambatan Kuning pada 31 Ogos 2005, perjalanan balik ke kampung jadi lebih mudah dan lancar (Sumber: sabre2008.blogspot.com) |
Mural tradisi Melanau di Pasar Lama Mukah - menonjolkan adat dan tradisi masyarakat Melanau iaitu pakaian tradisi, rumah tradisi dan Pesta Kaul yang cuma diadakan di Mukah Sarawak |
Itu ler pentingnya ada jambatan..jimat masa dan jarak..semoga jambatan itu terus kukuh...mungkin ada jambatan baru pada masa akan datang???
ReplyDeleteTak pasti pulak. Tapi sejak adanya jambatan ni memang menjimatkan masa dengan banyak. Dulu balik kampung boleh sehari suntuk perjalanan (banyak masa dihabiskan tunggu feri) tapi sekarang ni 3 jam dah boleh sampai.
DeleteMukah Sarawak dh ada airport kann., hehe
ReplyDeleteDah lama ada airport tapi baru2 ni dah upgrade airport baru dgn landasan lebih panjang. Airport lama dah tak digunakan. Teringat dulu2 nak balik ke KL naik flight twin otter dari airport lama. Bila dengar bunyi enjin twin otter mendarat baru keluar rumah lenggang-kangkung je takde rushing2 haha. Nak naik kapal terbang kena timbang badan dulu 🤭
Deletepertanyaan psl entri wak Tulipmania Singapore sila kilik di sini :
ReplyDeletehttps://antaradohadanjakarta.blogspot.com/2023/05/travelling-to-singapore-after-pandemic.html
oo.. baik Wak. Terima kasih hehe
Deletemenarik warna jambatannya...teringin nak rasa umai...nampak fresh..
ReplyDeleteKalau ke Sarawak boleh cuba cari umai, sebab di mana2 kat Sarawak ada jual umai. Saya tak pandai buat umai walaupun orang Melanau hehe.
DeleteTeringin jugak nak mencuba umai.
ReplyDeleteMasa jalan2 di Sarawak Kak Ujie tak sempat cuba ye? Kena ajak suami jalan2 ke Sarawak lagi nampaknya 😄
DeleteTak pernah sampai lagi...nak jugak explore nanti..
ReplyDeleteKalau ke Mukah kena ada tour guide kot, bawakkan ke tempat2 tinggalan sejarah macam tengok batang jerunai (tiang pengebumian) & rumah panjang Melanau di Kampung Sok Matu. Paling elok datang masa pesta Kaul boleh tengok sendiri permainan tradisi orang Melanau dan adat Melanau yg lain.
DeleteTak pernah rasa umai. Pernah tengok rancangan memasak di TV, tengok cara dia buat umai, dari ikan segar.
ReplyDeleteCantik mural tu. Suka juga tengok mural-mural yang dilukis di bangunan ni.
Samalah, suka tengok karya mural. Sekarang ni banyak bangunan lama yang dihidupkan semula dengan hasil seni lukisan mural di dinding.
Deleteselain Menara Pehin tu ada lg ke bangunan2 tinggi lain (macam Menara Pehin - kec kondo/rumah flat) kat Mukah?
ReplyDeleteHotel Kingwood je bangunan tinggi yang lain.
DeletePertama kali saya makan umai sewaktu kursus di Miri di Mega Hotel. Lama dulu, tahun 1996.
ReplyDeleteLama tu Kak Amie. Nak cari umai yang sedap, boleh jalan2 di Mukah.
DeleteUmai kalau tak jumpa ikan yang bagus memang tak sedap dan cara pemotongan juga wajib ada skil yang tinggi...saya boleh makan umai walaupun bukan makanan feberet hehehe
ReplyDeleteSebagai orang Melanau, wajib pandai makan umai hehehe
Deletetak penah rasanya makan umai ni. oo carneyz melanau ye.. kubah berita mu
ReplyDeleteYe mama. Wah, pandai mama bertanya khabar dalam bahasa Melanau ye.
Delete