Sabtu lepas, kiteorang bersiap-siap awal sebab kena berada di komplek sukan wanita UIA seawal 7.30 pagi. By the way, hari sukan sekolah Khadeeja ni bukanlah hari sukan biasa, lebih kepada hari sukaneka je. Khadeeja masuk acara lari berganti-ganti dan lari dalam guni.

Tahun ni tema rumah sukan ialah tema bunga - dahlia (biru), bunga matahari (kuning), bunga mawar (merah) dan bunga hydrangea (ungu). Masing-masing menampilkan kostum yang comel-comel semuanya hihi:

Perbarisan rumah sukan

Memandangkan hari sukan sekolah dieorang ni digabungkan sekali dengan sambutan merdeka, murid-murid membuat persembahan lagu bertemakan patriotik sebelum acara sukaneka bermula:


Semua menyanyi dengan penuh perasaan

Acara yang dipertandingkan tak banyak sangat tahun ni. Yang ada ialah lari berganti-ganti, lari dalam guni dan untuk playschool pulak, acara isi cawan guna span air. Ada jugak acara untuk ibu bapa tapi aku tak join sebab aktiviti tu tak sesuai dengan lutut aku yang tak berapa elok ni. 


Khadeeja sedang beraksi!

Adat bertanding, ada yang menang ada yang kalah. Rumah biru muncul juara keseluruhan diikuti dengan rumah merah di tempat kedua dan rumah kuning di tempat ketiga.


Tahun lepas rumah ungu (rumah Khadeeja) muncul juara, tapi tahun ni giliran rumah biru pulak yang menang keseluruhan

Ada jugak penyampaian hadiah untuk pertandingan sambutan hari kemerdekaan. Khadeeja dapat tempat pertama untuk pertandingan kolaj dan kelas Khadeeja dapat tempat ketiga untuk pertandingan menghias biskut bertemakan sambutan hari kebangsaan.



Tahniah buat Khadeeja dan rakan-rakan!