Salam Isnin semua,

Harapnya minggu ni baik-baik je untuk kita semua, terutama buat saudara-saudara kita di bumi Anbiya. Satu dunia ni dah bukak mata dengan kebenaran di sana, jadi harapan aku semoga kuasa rakyat mampu mengubah pendirian kerajaan masing-masing, Ameen YRA 🤲🏻.

Minggu ni walaupun aku belum ada mood sangat nak menulis, tapi aku cuba la atasi mood ni #siscuba.

Nak cerita pasal minggu lepas. Aku kena pergi ke Proton service centre sebab lampu enjin menyala. Yang best nya service centre sekarang ni dah ada tempat menunggu yang selesa dan siap bagi roti dan kopi / teh percuma untuk para pelanggan yang menunggu.


Mesin ATM Kopi
Sambil buat kerja, sambil tu layan minuman panas dekat sini

Aku pulak tertarik dengan mesin ATM kopi yang disediakan. Kreatif betul pengusaham mesin vendor ni namakan mesin ni sebagai mesin ATM, padahal konsep sama je dengan mesin air yang buat minuman pra-bancuh ni.


Mesin ATM Kopi
Macam ni la rupa mesin ATM kopi

The good thing is, mesin ni benarkan kita untuk tentukan jumlah gula yang kita nak. Jadi kalau kita tengah jaga paras gula, boleh la pilih opsyen tak nak gula.


Mesin ATM Kopi
Cara-cara buat pembelian minuman di mesin ATM kopi

Mesin ATM Kopi
Antara pilihan minuman yang ada. Aku pilih hot chocolate

Mesin ATM Kopi
Lepas buat pembayaran menggunakan kod QR, mesin pun bancuh minuman


Mesin ATM Kopi
Minuman keluar dekat bawah ni

Mesin ATM Kopi
Penutup minuman pun disediakan di sebelah mesin

Menarik kan mesin ATM kopi ni? Air pun tak panas sangat, lepas keluar dari mesin ni boleh je nak hirup terus tak payah nak tunggu sejuk dulu.