Tempat wajib singgah bila balik kampung

Semalam terbaca komen Suria Amanda dekat entry balik kampung:


Kalau belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak mungkin tak boleh bayangkan rupa mee sapi yang dimaksudkan SA tu 😅. Yessss... ni la mee sapi tersohor di Sarawak, sampai pernah disebut oleh PM ke-8 dalam teks ucapan beliau sebelum ni. Beroperasi dari Restoran Sepinang Sari, mee sapi Hj Salleh ni menjadi tumpuan bukan setakat masyarakat tempatan di Sarawak tapi pelancong dari luar Sarawak pun sanggup beratur semata-mata nak menikmati mee sapi ni.


Mee sapi Hj Salleh


Biasanya kalau giliran raya tahun tu di kampung Suami Terchenta dulu, mesti aku rasa disappointed sikit haha. Kecewa bukan apa, sebab kedai ni tutup jadi tak dapat la aku merasa mee sapi bila balik kampung Suami Terchenta. Tapi tahun ni giliran kampung aku dulu, jadi bila kiteorang balik ke kampung Suami Terchenta pada hari raya ke-3, hari raya ke-6 kiteorang pun gigih beratur depan kedai semata-mata nak makan mee sapi Hj Salleh 🤭.

Nak makan mee sapi Hj Salleh ni kena sabar beratur... ada yang sanggup beratur dari pukul 6 pagi lagi! Kiteorang yang beratur pukul 8 pagi kena menunggu sejam baru dapat tempat duduk dalam kedai. Lepas tu kena menunggu lagi 30 minit untuk pesanan kiteorang sampai. Tapi rata-rata pengunjung masih lagi sabar beratur dan takde yang marah-marah sebab servis lambat.

My favourite dekat sini ialah mee sapi tendon. Tendon lembu ni direbus sampai lembut dan kenyal, memang kena dengan mee kolok yang kenyal jugak. Yang menjadikan mee sapi Hj Salleh ni istimewa ialah sup dan kuah cili nya yang sedap. Ex-boss aku dulu kalau ke sini, dia akan pesan sekurang-kurangnya 2 mangkuk mee sapi ni ye! Dia memang peminat tegar mee sapi Hj Salleh. 

Kalau korang ada rezeki sampai ke Kuching dan nak merasa mee sapi Hj Salleh ni, tips nak mengelak beratur panjang ialah datang seawal jam 6 pagi atau hari biasa. Oh ya, dekat sini cuma boleh bayar tunai je kalau tak silap jadi standby bawak cash sebelum ke sini.

20 comments:

  1. 1st time dgr mee sapi...biasa kalo swak biasa dgr mee kolok & laksa swak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee sapi dgn mee kolok ni guna mee yg sama cuma mee sapi berkuah dan mee kolok biasanya dihidang kering. Tapi ada jugak tempat yang jual mee sapi tapi dalam menu dieorg letak mee kolok sbb org lebih kenal mee kolok dari mee sapi hehe:

      https://www.iloveborneo.my/mi-kolok-vs-mi-sapi-ketahui-perbezaan/

      Delete
  2. nampak sedap la mee sapi tu..1st time tahu kewujudannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee sapi ni adik beradik dengan mee kolok MZ hehe. Satu berkuah satu lagi tak berkuah, tu je bezanya. Tapi banyak tempat yg jual mee sapi tapi dekat menu letak nama mee kolok sbb mee kolok lagi famous 🤭

      Delete
  3. Ya Allah, ni kalau dalam Semenanjung, memang dah pergi ni. Sekarang dah tak larat nak kejar kapal terbang, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru baca kat FB Sepinang Sari anak Hj Salleh ni bukak gerai dekat Putra Heights. Tak tau la sama ke tak rasa dengan mee sapi Hj Salleh di Kuching tu sbb belum try lagi 😄

      Delete
  4. bila2 ada rezeki ke kuching, kena cuba nie...memang kena plan betul2 trip kalau nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni antara tempat makan wajib dekat Kuching hihi.

      Delete
  5. first time dgr mee sapi...nampak sedap..tendon yg kenyal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap ni Kak Nohas, sebab tu ramai yg sanggup beratur panjang semata2 nak makan mee sapi dekat sini 😄

      Delete
  6. Replies
    1. Hehe, nak buat macamana tu je cara paling pantas nak ke sana 🤭

      Delete
  7. Replies
    1. Boleh masuk bucket list bila jalan2 ke Kuching 😄

      Delete
  8. Dah pernah ke Sarawak beberapa kali, tapi tak pernah jumpa/makan mi sapi.
    Kuah supnya asing tu ya Carneyz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah supnya asing, ada yg suka makan kering & hirup sup tapi kiteorang selalunya terus campur je dengan mee sbb suka mee berkuah 😄

      Delete
  9. resto ni tak ada cawangan lain ya? ni satu2nya resto dia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam group whatsapp office lama dulu dieorg share anak Hj Salleh ni ada bukak gerai dekat Medan Selera MPSJ dekat Putra Heights, nama gerai tu Rozi Sarawak. Ada jual mee sapi / mee kolok jugak. Tak pasti sama ke tak dengan yg dekat kuching tu tapi boleh la pegi try kalau nak 😄

      https://www.facebook.com/share/p/1EdX2U7aCG/?mibextid=wwXIfr

      Delete
  10. teringat masa PM8 sebut mee hj salleh! waktu tu PKP & terasa dekat betul bila PM8 baca teks-teksnya.. rindu pula waktu PKP hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la sampai masuk teks ucapan PM8 masa tu hehe.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .