Pagi tadi ada urusan di bank. Maka aku pun request nak ikut Suami Terchenta ke ofis.
![]() |
| Jarang-jarang ke main branch Maybank. Tepi bangunan ni ada food court |
Alang-alang sampai awal, kiteorang singgah breakfast dulu di food court. Luas jugak food court ni. Ada banyak gerai. Sejak staff Maybank pindah ke Maybank 118, tempat ni lengang sikit.
![]() |
| Food court Menara Maybank |
Aku tanya dia apa yang sedap kat sini? Nasi lemak sedap tak? Selamba dia jawab, tak 🤣. Last2 dia beli roti canai dekat gerai roti canai. Aku request nak roti banjir.
![]() |
| Suami Terchenta tengah buat pesanan roti canai dan roti banjir di gerai roti canai ni |
![]() |
| Hari ni luar biasa sikit, ada orang temankan dia sarapan pagi hihi |
Tapi betul la cakap Suami Terchenta 😅. Makanan kat sini... hmm. Patutlah dia selalu ajak breakfast di kedai mamak dekat dengan rumah kiteorang je. Kuah dhal pagi tu masin betul. Menyesal pulak pesan roti banjir 😮💨.




38 Comments
Lamanya tak datang menara Maybank ni...
ReplyDeleteKhabonya nanti semua pindah trx eh?
Ada lagi yg masih di situ Uncle. Cawangan utama Maybank masih lagi di Menara Maybank buat masa ni.
DeleteSelamat menyarap selera
ReplyDeleteTerima kasih Wak.
DeleteHehehe.... rasa pernah try sekali kt situ sbb kbtulan ada urusan..mmg so so je la kan.. lagi la lps ramai pindah confirm food court tu pun aakn pindah gak tak 😅
ReplyDeleteSetakat ni macam takde plan pulak sbb masih ada lagi staff yg stay situ tak pindah ke 118. Jun cakap gerai2 kat situ skrg ambik order dari staff Maybank yang kerja di 118 😅
DeleteBanned terus.
ReplyDeleteMasalahnya gerai tu yg makanannya paling boleh telan 😅 susah nak banned hihi.
DeleteAh jadi kangen, dah lama tak makan di foodcourt gedung2 perkantoran macam ni :D
ReplyDeleteOya, sy jadi teringat. Kalau saya ditanya sama keluarga, "Makanan di tempat A, sedap tak?". Bilamana saya jawab, "Sedap", tak de lah mereka semua percaya.
Tapi kalau saya bilang, "Tak Sedap", langsung lah mereka semua tak mau makan. Dianggapnya tak layak makan, hahahaha
Iya makanya dia tak suruh saya pesan nasi lemak kerana menurutnya tak sedap langsung 😅
DeleteKalau dah kuah banjir, nak tak nak terpaksa telan jugak walau masin ya 😅
ReplyDeleteTelan la jugak kak Ujie, sebab dah bayar hahaha!
DeleteTak faham la orang meniaga tak rasa ni. Puasa ke apa 😅
ReplyDeleteMungkin lidah dia tak cukup masin hihi
DeleteDulu-dulu selalu gak abang sabar ajak sarapan sebelum dia gi keje.. tapi sejak kerja di Penggerang.. sarapan minum kopi dia je kat uma, kadang masuk termos dia.. memang tak sempat laaa
ReplyDeleteSkrg klu takde meeting pagi2 selalu je teman dia breakfast kat kedai mamak dekat2 rumah. Baru tau kenapa dia malas nak breakfast kat food court hehe
Deleteorg ckp kalau lauk masin tu nak kawen. penjual roti canai tu nak kawen ke? hahaha
ReplyDeleteOrang tua dah anies haha. Level pakcik dan makcik 😜
DeleteBW sini. Masin pun masinlah, yg penting kena habiskan sebab roti banjir kuah tuang sekali. Betul tak?
ReplyDeleteHuhu terpaksalah sebab dah bayar kan. Tapi taubat dah nak makan kat sini lagi 🥲
DeleteOk lah roti canai kuah masin dari kuah manis. Ops!
ReplyDeleteDua2 tak ok. Kena secukup rasa baru ok huhu
DeleteFoodcourt di gedung2 kantor begini sayapun jaraaaaang makan, sebab biasanya rasa so so, harga overpriced 🤣🤣. JD tetap lebih suka jajan di luar dari gedungnya 😄
ReplyDeleteKalau di kantor saya dulu makanannya sedap2. Mungkin kerana kalau tak sedap bakal di komplen sama pekerja2 dan kontrak mereka pun akan ditamatkan, jadi mereka tetap berusaha menjaga kualiti makanan mereka 😅
Deletewaaa bestnya dating sambil bf ;)
ReplyDeleteSelalu je pergi breakfast berdua tapi kat mamak la hihi. Lepas tu dia pergi kerja I pergi brisk walk. Yang ni unik sikit sebab breakfast kat food court tepi ofis dia
DeleteHebat kan Mybank ada semua tempat kita nak..nak makan ja wah..tak perlu gerak ke mana dah..kaki kena rantai..hebatnya
ReplyDeleteBetul tu Cikgu, senang bila bank dekat kawasan strategik dan ada macam2 kemudahan di sekitar.
DeleteKenapa kaki kena rantai tu cikgu? Hehe
Kita pun suka banjir. Aihh kalau termasin memang kena habiskan
ReplyDeleteYe, terkulat2 jugak la nak menghabiskan tu kak Mulan hehe
Deletealamak masin pulakk. cukupla merasa sekali je xD
ReplyDeleteTertumpah garam agaknya 😅 sekali je pergi sini lepas tu mmg ajak asben breakfast mamak dekat rumah je hihi
DeleteWalaupun makanan dekat food court tu ala kadar je rasanya, yang penting momen sweet dapat teman Suami Terchenta breakfast sama-sama sebelum dia masuk ofis..Aduhai, dugaan betul bila dah request roti banjir sekali dhal dia masin gila! terpaksalah jugak telan sebab dah bayar kan
ReplyDeleteMmg selalu teman dia breakfast sebelum turun kerja SA hehe. Tapi selalunya kat mamak dekat rumah kiteorg je. Yang kali ni je unik sikit breakfast kat food court tepi ofis ðŸ¤
Deleteadoi, dah pesan roti banjir,,,memang spoil lah
ReplyDeleteTerpaksa telan jugak Linda, dah bayar kan huhu
DeleteKalau order yang banjir dengan kuah dah masuk dalam tu banyak2...hmmmmm susah la nak habiskan tu Carneyz.
ReplyDeleteYe sis Ezna, terkulat2 jugak nak menghabiskan tapi dah bayar jadi kena la habiskan huhu
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .