![]() |
Tempat wajib singgah bila balik kampung |
Kalau belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak mungkin tak boleh bayangkan rupa mee sapi yang dimaksudkan SA tu 😅. Yessss... ni la mee sapi tersohor di Sarawak, sampai pernah disebut oleh PM ke-8 dalam teks ucapan beliau sebelum ni. Beroperasi dari Restoran Sepinang Sari, mee sapi Hj Salleh ni menjadi tumpuan bukan setakat masyarakat tempatan di Sarawak tapi pelancong dari luar Sarawak pun sanggup beratur semata-mata nak menikmati mee sapi ni.
![]() |
Mee sapi Hj Salleh |
Biasanya kalau giliran raya tahun tu di kampung Suami Terchenta dulu, mesti aku rasa disappointed sikit haha. Kecewa bukan apa, sebab kedai ni tutup jadi tak dapat la aku merasa mee sapi bila balik kampung Suami Terchenta. Tapi tahun ni giliran kampung aku dulu, jadi bila kiteorang balik ke kampung Suami Terchenta pada hari raya ke-3, hari raya ke-6 kiteorang pun gigih beratur depan kedai semata-mata nak makan mee sapi Hj Salleh ðŸ¤.
Nak makan mee sapi Hj Salleh ni kena sabar beratur... ada yang sanggup beratur dari pukul 6 pagi lagi! Kiteorang yang beratur pukul 8 pagi kena menunggu sejam baru dapat tempat duduk dalam kedai. Lepas tu kena menunggu lagi 30 minit untuk pesanan kiteorang sampai. Tapi rata-rata pengunjung masih lagi sabar beratur dan takde yang marah-marah sebab servis lambat.
My favourite dekat sini ialah mee sapi tendon. Tendon lembu ni direbus sampai lembut dan kenyal, memang kena dengan mee kolok yang kenyal jugak. Yang menjadikan mee sapi Hj Salleh ni istimewa ialah sup dan kuah cili nya yang sedap. Ex-boss aku dulu kalau ke sini, dia akan pesan sekurang-kurangnya 2 mangkuk mee sapi ni ye! Dia memang peminat tegar mee sapi Hj Salleh.
Kalau korang ada rezeki sampai ke Kuching dan nak merasa mee sapi Hj Salleh ni, tips nak mengelak beratur panjang ialah datang seawal jam 6 pagi atau hari biasa. Oh ya, dekat sini cuma boleh bayar tunai je kalau tak silap jadi standby bawak cash sebelum ke sini.
1st time dgr mee sapi...biasa kalo swak biasa dgr mee kolok & laksa swak
ReplyDeleteMee sapi dgn mee kolok ni guna mee yg sama cuma mee sapi berkuah dan mee kolok biasanya dihidang kering. Tapi ada jugak tempat yang jual mee sapi tapi dalam menu dieorg letak mee kolok sbb org lebih kenal mee kolok dari mee sapi hehe:
Deletehttps://www.iloveborneo.my/mi-kolok-vs-mi-sapi-ketahui-perbezaan/
nampak sedap la mee sapi tu..1st time tahu kewujudannya
ReplyDeleteMee sapi ni adik beradik dengan mee kolok MZ hehe. Satu berkuah satu lagi tak berkuah, tu je bezanya. Tapi banyak tempat yg jual mee sapi tapi dekat menu letak nama mee kolok sbb mee kolok lagi famous ðŸ¤
DeleteYa Allah, ni kalau dalam Semenanjung, memang dah pergi ni. Sekarang dah tak larat nak kejar kapal terbang, hahaha.
ReplyDeleteBaru baca kat FB Sepinang Sari anak Hj Salleh ni bukak gerai dekat Putra Heights. Tak tau la sama ke tak rasa dengan mee sapi Hj Salleh di Kuching tu sbb belum try lagi 😄
Deletebila2 ada rezeki ke kuching, kena cuba nie...memang kena plan betul2 trip kalau nak ke sana
ReplyDeleteNi antara tempat makan wajib dekat Kuching hihi.
Deletefirst time dgr mee sapi...nampak sedap..tendon yg kenyal..
ReplyDeleteMemang sedap ni Kak Nohas, sebab tu ramai yg sanggup beratur panjang semata2 nak makan mee sapi dekat sini 😄
DeleteJauh nak naik belon...
ReplyDeleteHehe, nak buat macamana tu je cara paling pantas nak ke sana ðŸ¤
Deletelooks yummy, I wanna try :D
ReplyDeleteBoleh masuk bucket list bila jalan2 ke Kuching 😄
DeleteDah pernah ke Sarawak beberapa kali, tapi tak pernah jumpa/makan mi sapi.
ReplyDeleteKuah supnya asing tu ya Carneyz?
Kuah supnya asing, ada yg suka makan kering & hirup sup tapi kiteorang selalunya terus campur je dengan mee sbb suka mee berkuah 😄
Deleteresto ni tak ada cawangan lain ya? ni satu2nya resto dia ke?
ReplyDeleteDalam group whatsapp office lama dulu dieorg share anak Hj Salleh ni ada bukak gerai dekat Medan Selera MPSJ dekat Putra Heights, nama gerai tu Rozi Sarawak. Ada jual mee sapi / mee kolok jugak. Tak pasti sama ke tak dengan yg dekat kuching tu tapi boleh la pegi try kalau nak 😄
Deletehttps://www.facebook.com/share/p/1EdX2U7aCG/?mibextid=wwXIfr
teringat masa PM8 sebut mee hj salleh! waktu tu PKP & terasa dekat betul bila PM8 baca teks-teksnya.. rindu pula waktu PKP hehe
ReplyDeleteTu la sampai masuk teks ucapan PM8 masa tu hehe.
Delete