HOOGA Backyard Clearance @ The Campus Ampang

Salam Jumaat kawan-kawan,

Semalam aku gigih la driving ke The Campus Ampang semata-mata nak ke HOOGA Backyard Clearance Sale ni:


The Campus Ampang
HOOGA Backyard Clearance dari 8-12 Julai (Rabu - Ahad).

Buat korang yang baru pertama kali dengar jenama ni, HOOGA ialah sebuah jenama gaya hidup dan kediaman berasal dari Singapura yang diilhamkan oleh konsep Hygge Denmark, mewujudkan rasa selesa, selesa dan hubungan dalam kehidupan seharian (dipetik dari website HOOGA).

Tujuan aku ke backyard sale ni ialah nak mencari set cadar baru untuk anak-anak. Sesambil tu nak tengok kalau ada sale untuk reed diffuser rumah memandangkan kat rumah ni aku pakai reed diffuser HOOGA Black Series (aroma Peony & Freesia, White Tea & Ginger dan English Pear & Freesia). Aku cuma akan beli reed diffuser HOOGA time ada sale 50% ke atas je 😜. Jadi bila ada event sale macam ni memang masa yang sesuai untuk aku stock up pewangi rumah sesambil tengok barang-barang rumah yang lain.


The Campus Ampang
Tak la besar mana pun backyard clearance nya, cuma ada selected items je yang dieorang nak clear kan.

bed linens
Yang meriah kat sini ialah jualan set cadar HOOGA. Cadar Tencel ni separuh harga, berbaloi sangat. Tapi aku tak beli yang ni sebab di luar bajet yang aku dah tetapkan. 

fragrances
Barangan pewangi rumah dan kereta HOOGA antara yang popular sebab aromanya mewah tapi harga tak mahal sangat. Aku pernah jumpa reed diffuser jenama dari Eropah di Seibu TRX harga ribuan eh. Melainkan aroma tu boleh buat aku kurus atau takde selera makan, memang idok ler aku nak beli! 🤣  

scented candle
Scented candle ni nampak menarik kalau letak atas meja makan masa tetamu datang

Selepas meninjau barang-barang di sini, akhirnya aku mengangkut pulang 2 set cadar kain kapas 800 threadcount (RM139.60/set selepas diskaun 60%), alas kaki luar rumah (RM17.90 selepas diskaun 44%) dan placemat (RM4+ selepas diskaun 60%).


HOOGA Backyard Clearance
Alas kaki luar rumah (door mat)

HOOGA Backyard Clearance
Placemat

Dannnn... last but not least, selepas berfikir duaplohribukali aku beli jugak pewangi kereta ni 😅. Sebab apa? Sebab lawa, dan bau kegemaran aku (English Pear & Freesia). Yang ni diskaun 50%, so dari harganya RM50+ jadi RM20+. Harap tahan lama 🤭.


HOOGA Backyard Clearance
Ada dua design clip on - yang ni design metal. Tinggal satu je tadi dan aku berjaya sambar kotak last tu 😜

HOOGA Backyard Clearance
Yang ni pulak clip on design leather.

Aromanya complement pewangi kereta yang dihadiahkan oleh Fanny sebelum ni. Buat pertama kalinya aku driving santai-santai je tak berebut nak sampai ke rumah sebab nak menikmati aroma kesukaan aku dalam kereta hihi.

Kalau korang pun minat barangan HOOGA, boleh la singgah ke backyard clearance event HOOGA sampai Ahad ni. Tapi jangan expect semua produk ada. Reed diffuser yang aku cari tu takde. Adik aku pun siap pesan beli reed diffuser untuk rumah dia tapi yang dia nak tu pun takde jugak. Adik aku kena beli kat website la nampak gayanya.


Post a Comment

0 Comments