![]() |
Tempat wajib singgah bila balik kampung |
Kalau belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak mungkin tak boleh bayangkan rupa mee sapi yang dimaksudkan SA tu 😅. Yessss... ni la mee sapi tersohor di Sarawak, sampai pernah disebut oleh PM ke-8 dalam teks ucapan beliau sebelum ni. Beroperasi dari Restoran Sepinang Sari, mee sapi Hj Salleh ni menjadi tumpuan bukan setakat masyarakat tempatan di Sarawak tapi pelancong dari luar Sarawak pun sanggup beratur semata-mata nak menikmati mee sapi ni.
![]() |
Mee sapi Hj Salleh |
Biasanya kalau giliran raya tahun tu di kampung Suami Terchenta dulu, mesti aku rasa disappointed sikit haha. Kecewa bukan apa, sebab kedai ni tutup jadi tak dapat la aku merasa mee sapi bila balik kampung Suami Terchenta. Tapi tahun ni giliran kampung aku dulu, jadi bila kiteorang balik ke kampung Suami Terchenta pada hari raya ke-3, hari raya ke-6 kiteorang pun gigih beratur depan kedai semata-mata nak makan mee sapi Hj Salleh ðŸ¤.
Nak makan mee sapi Hj Salleh ni kena sabar beratur... ada yang sanggup beratur dari pukul 6 pagi lagi! Kiteorang yang beratur pukul 8 pagi kena menunggu sejam baru dapat tempat duduk dalam kedai. Lepas tu kena menunggu lagi 30 minit untuk pesanan kiteorang sampai. Tapi rata-rata pengunjung masih lagi sabar beratur dan takde yang marah-marah sebab servis lambat.
My favourite dekat sini ialah mee sapi tendon. Tendon lembu ni direbus sampai lembut dan kenyal, memang kena dengan mee kolok yang kenyal jugak. Yang menjadikan mee sapi Hj Salleh ni istimewa ialah sup dan kuah cili nya yang sedap. Ex-boss aku dulu kalau ke sini, dia akan pesan sekurang-kurangnya 2 mangkuk mee sapi ni ye! Dia memang peminat tegar mee sapi Hj Salleh.
Kalau korang ada rezeki sampai ke Kuching dan nak merasa mee sapi Hj Salleh ni, tips nak mengelak beratur panjang ialah datang seawal jam 6 pagi atau hari biasa. Oh ya, dekat sini cuma boleh bayar tunai je kalau tak silap jadi standby bawak cash sebelum ke sini.
1st time dgr mee sapi...biasa kalo swak biasa dgr mee kolok & laksa swak
ReplyDeletenampak sedap la mee sapi tu..1st time tahu kewujudannya
ReplyDeleteYa Allah, ni kalau dalam Semenanjung, memang dah pergi ni. Sekarang dah tak larat nak kejar kapal terbang, hahaha.
ReplyDeletebila2 ada rezeki ke kuching, kena cuba nie...memang kena plan betul2 trip kalau nak ke sana
ReplyDeletefirst time dgr mee sapi...nampak sedap..tendon yg kenyal..
ReplyDeleteJauh nak naik belon...
ReplyDeletelooks yummy, I wanna try :D
ReplyDeleteDah pernah ke Sarawak beberapa kali, tapi tak pernah jumpa/makan mi sapi.
ReplyDeleteKuah supnya asing tu ya Carneyz?
resto ni tak ada cawangan lain ya? ni satu2nya resto dia ke?
ReplyDeleteteringat masa PM8 sebut mee hj salleh! waktu tu PKP & terasa dekat betul bila PM8 baca teks-teksnya.. rindu pula waktu PKP hehe
ReplyDelete